_
Umat Islam negara ini dinasihatkan agar berhati-hati ketika melayari laman web bagi mencari jawapan sesuatu perkara mengenai agama itu kerana kini semakin banyak kemudahan dunia maya disalahgunakan oleh Barat. Laman Web yang diusahakan ... dalam melaksanakanagenda membunuh Islam di seluruh dunia, kini dilaporkan semakin berleluasa dan berlindung di sebalik memberi kemudahan dalam mencari jawapan untuk beberapa permasalahan umat sejagat.
_
Antara laman web yang dibangunkan dengan niat memburukkan Islam termasukmaklumat berhubung hadis dan al-quran serta tesebar kini secara meluas ialah http://www.answering-islam.org/, http://www.thequran.com/ dan http://www.allahassurance.com/.
_
Al-Quran terbaru, The True Furqan yang diterbitkan dua syarikat percetakan milik Amerika, Omega 2001 dan Wine Press serta disebarkandi Kuwait, dikesan majalah al-Furqan sebagai mengenegahkan sejumlah ayat syaitan dengan memutarbelitkan surah sebenar dalam kitab suci agama Islam. Tidak ketinggalan, kegiatan jahat ______ turut dikesan melalui pengedaran The 21st Century Quran setebal 366 halaman dalam versi bahasa Arab dan Inggeris, kepada kanak-kanak di beberapa sekolah persendirian Inggeris di Kuwait.
_
Kitab baru ini yang mengandungi 77surah seperti al-fatihah, al-jana dan al-injil, tidak dimulai dengan Bismillah tetapi ayat panjang merangkumi tiga kepercayaan Kristian yang dilakukan dengan niat mengelirukan umat Islam apalagi di kalangan mualaf. Selain itu, ia menentang banyak ajaran Islam seperti mempunyai isteri lebih daripada seorang dianggap berzina dan perceraian tidak dibenarkan dalam Islam, manakala jihad pula ditakrifkan sebagai haram dengan beberapa bahagian menghina Allah SWT secara langsung.
*
***
_
Selagi manusia yang mencari kebenaran tidak mendapat Hidayah dari Allah SWT yang maha esa, mereka akan sentiasa berada didalam terang yang tidak terang dan gelab yang amat gelap. Berdoalah untuk Hidayah dengan penuh rasa ikhlas. Firman Allah : Berdoalah, pasti akan aku kabulkan ...
No comments:
Post a Comment