Wednesday, November 4, 2009

Bekas Mufti Perlis tak ada ...Tauliah ...

Isnin 2 November.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) ditahan kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah di Selangor.

Sejak sekian lama, ramai orang "cerdik pandai" memberi fatwa atau "opinion" tersendiri tentang apa yang boleh disampaikan dan tak boleh disampaikan. Takut nanti orang keliru. Jadi ikut sajalah "orang cerdik pandai" ni, tapi yang lebih penting lagi orang cerdik pandai ni ada KUASA. Macam JAIS ke, JA yang lain lain kat Malaysia ni. Selain dari, JAKIM sebagai agensi Persekutuan, ada 13 negeri yang ada JA masing-masing.

Makna nya, kalau ikut akal, setiap negeri kena ada tauliah, seseorang yang nak mengajar atau pun menyampaikan mesej agama kena bawa 13 - 14 tauliah sana sini sekiranya beliau ingin menyampaikan/mengajar agama kat Malaysiani.

Nabi bersabda ... maksud nya, SAMPAIKAN LAH DARI KU WALAU SATU AYAT ..

Macam mana ni????????????????????????

2 comments:

chib said...

Hello from Rwanda

d'enricher said...

Dr Asri dijangka kena dakwa Jumaat.

Dalam Berita Harian, 11112009, Dr Asri berkata " JAIS perlu bertindak Professional kerana ia akan memalukan orang agama ... saya sudah ingatkan JAIS ketika ditahan saya sedang mengulas memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) terhadap saya dan surat Hamka terhadap Mufti Johor, bukannya sedang mengajar agama."

"Pada masa itu(ketika ditahan" saya sedang hurai isu semasa, jika JAIS hendak mendakwa saya atas sebab tiada tauliah dan mengajar agama elok mereka fikir panjang"

"Saya ada bukti dan kita mempunyai rakaman terhadap apa yang sedang saya lakukan malam itu," kata nya.