bersambung ...
dari tulisan terdahulu tentang TTS, adalah dicadangkan bahawa satu Jaringan IMAN digerakkan atau lebih global kita panggil IMAN Network. Asas nya mestilah bersumberkan Al Quran dan Al Hadith. Kita pastikan "Benchmark" serta "checklist" supaya kedangkalan dan kejahilan tidak melebihi hukum.
Contoh-contoh mudah dan umum :-
1. Yang bersih tak semestinya suci.
2. Yang baik tak semestinya masuk syurga.
3. Yang logik tak semestinya betul.
Mungkin banyak yang lagi, tapi yang utama Allah SWT telah mengutuskan Rasul bermula dari Nabi Adam AS lagi, sehinggalah kepada kita hari ini yang mana keikhlasan kita beriman bukan untuk menunjuk-nunjuk siapa yang benar atau lebih pandai, ada darjah 6 atau PHd, bertaraf Presiden atau hanya kuli batak, belajar dipondok atau di Al Azhar atau Harvard.
Di alam kubur, Mungkar dan Nangkir akan melakukan tugasnya tanpa boleh di rasuah atau disogok, jangan terlalu yakin kepada perkara yang batal yang mana akhirnya akan merugikan diri sendiri. Masa tu, apa juga alasan dah tak berguna lagi.
Usaha ini akan sentiasa diganggu oleh TTS, maka kita perlu sentiasa berusaha dengan DUIT. Ooops ... bukan RM, $, Euro, Yen, Dinar & dirham, Rupiah atau sebangsanya, tetapi ...
Doa
Usaha
Istiqomah
Tawakkal
Tindakan yang berterusan, insyaallah akan berhasil, DO IT ... NOW
******
Insyaallah, pada yang ingat dan berjaya hari ini 9hb Muharram 1432, kita akan dapat menjalankan ibadah puasa sunat, dan sekiranya mampu esok (10hb Muharram) kita puasa lagi. Ganjarannya : diampunkan dosa setahun yang lalu.

4. Yang sembahyang tak semestinya Solat, sepertimana mengambil air sembahyang belum tentu di kira berwudhu.

1 comment:
Askm,
Izin nak tambah....
Semua berpunca dari ILMU. Ramai yang berfikir mereka mempunyai banyak ILMU kerana berpelajaran tinggi, pandai berkumputer dan banyak pengetahuan dalam pakar masing2 atau pengetahuan am. Sebenarnya yang mereka ada ialah hanya setakat banyak MAKLUMAT.
Ilmu adalah maklumat yang dimenafaatkan. Kalau tidak ia tinggal hanya maklumat tak berharga.
Begitu juga ramai yang menganggap mereka akan selamat diakhirat nanti jika mereka merasa pandai dan banyak pengetahuan dalam hal2 agama, berkelakuan baik, buat baik dsb. Kita mesti paham bahawa yang akan ditimbang nanti di akhirat untuk ditentukan ke syurga atau ke neraka ialah amalan ibadahnya bukan hanya banyak pengetahuannya. Tapi untuk mengamal kita perlu tahu ilmunya.
Dalam banyak perkara duniawi, hanya orang yang berpelajaran tinggi mungkin tahu ilmunya untuk membuat, mencipta dan mengguna sesuatu benda atau melakukan sesuatu perkara terbaik. Tetapi perkara ibadah bagaimana? Perkara ibadah adalah ketetapan Allah SWT dan olih demikian, hanya Allah saja yang tahu ilmunya. Manusia diberi ilmu olih Allah SWT melalui pengantaran2Nya Malaikat( Jibrail as ) kepada Nabi2 & Rasul2, yang akhir ialah Nabi Muhamad SAW yang menyampaikan pula kepada Sahabat2 dan tabien2 dan seterusnya mubaliq & mubaliqut, ilmu yang terkandung dalam Quran & Hadith yang ditinggalkan olih Nabi Muhamad SAW untuk menjadi rujukan & panduan ibadah kita semua. Itulah ilmu yg haq. Yang lain2 itu hanya untuk keperluan didunia ini sahaja yang bolih membantu kita dalam kehidupan harian dan dapat melakukan ibadah dengan selesa, sempurna semuga diterima olih Allah SWT.
Kita mesti sedar bahawa kita ini ialah:
1) HAMBA - hamba kepada Allah SWT dan olih demikian mesti taat dan patuh kepada perentah2 Allah SWT. Tanpa tanya2 atau ragu2.
2) KHALIFAH - kita diperentah untuk menjadi pemimpin kepada manusia dan kelumpuk yang terkecil ialah unit keluarga. " Firman Allah SWT, " jagalah dirinu dan ahli2mu dari api neraka "
3) PEJUANG AGAMA - perlu memurnikan ISLAM ( agama Allah telah Allah sempurnakan) , mengembangkan ( menyebarkan )pengaruhnya dan mempertahankan ( membela )kesucian.
Kita mestilah mempunyai 3 sifat diatas untuk mempastikan setinggi2nya keimanan kita kepada Allah.
Maka fikir2kanlah...
Post a Comment