Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432

Maka di tentukan mengikut kiraan rukyah dan hisab, maka 1 Syawal 1432 telah ditetapkan pada hari ini bersamaan dengan 30 Ogos 2011. Maka bertakbir lah kita dengan lafadz ...

Allah Hu Akbar Allah Hu Akbar Allah Hu Akbar
La illa ha illallah Hu Allah Hu Akbar
Allah Hu Akbar walillah ilham

Lafadz takbir ini diulang berterusan, memuji kebesaran Allah dengan berakhirnya Ramadhan yang membawa maksud kemenangan bagi yang mampu bertahan, bukan hanya dari lapar dan dahaga tapi juga dari segala perkara serta amalan yang berdosa.

Adalah sunnah Rasulullah SAW untuk setiap mukmin bersarapan pagi dahulu sebelum menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri. Pastikan Zakat Fitrah telah dibayar sebelum Solat, kerana sesiapa yang tidak menunaikan Zakat Fitrah, maka amalannya tergantung dari diterima Allah. Sekiranya Zakat Fitrah dibayar selepas Solah maka bayarannya hanya dikira sebagai sadaqah.

Apabila berjumpa dengan mukmin lain mengucapkan ...

Taqabbal'allahu minna wa minka/kum
(Semoga Allah menerima amalan saya dan anda)

di jawap

Naam - Taqabbal'allahu minna wa minka/kum
( Ya - Semoga Allah menerima amalan saya dan anda)
Lepas tu nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin serta bermaaf-maafan diantara satu sama lain baik bagi menyelesaikan antara individu amat digalakkan bagi memperkukuh silaturrahim.

Dan didalam bulan syawal, disunnahkan untuk berpuasa 6 hari, kecuali pada 1 syawal (haram) dan bagi mereka yang mampu, mereka seperti berpuasa satu tahun.


***

Solat Sunat Aidil Fitri dan juga Aidil Adha di lakukan sekitar waktu Dhuha, 2 rakaat dan 2 khutbah. Rakaat pertama ada 7 takbir dan rakaat kedua ada 5 takbir. Diantara takbir dibaca ...

Subhanallah wal hamdulillah wa la illa ha illallah hu Allah hu Akbar

Berbeza dengan Solat Jumaat, Khutbah dibaca selepas solat 2 rakaat dan didalam bahasa Al Quran, ia itu Bahasa Arab. Berbahasa selain dari Bahasa Al Quran di dalam solat, dengan sendirinya membatalkan Solat, kerana kita seperti bercakap dan bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW.

No comments: