Tuesday, March 27, 2012

PIN Nombor SYURGA ...

Minggu lepas saya telah mendengar satu nasihat agama seperti biasa, insyaallah sebulan sekali dan dari banyak yang dinasihati, saya tersentuh pada satu kiasan yang sangat "basic", tetapi sangat bertepatan. 

Ia dikaitan dengan zaman moden sekarang ini dengan teknologi canggih dimana kita perlu mengunakan Personal Identification Number (PIN) bila berkomunikasi atau menjalankan urusan-urusan tertentu baik melalui INTERNET atau World Wide Web (WWW). Sekiranya kita tersalah tekan Username dan PIN yang betul, kita tidak akan dapat berurusan seperti yang kita inginkan. 

Kalau salah pula tiga (3) kali, kita akan kena 'block' dan perlu berhubung dengan pihak yang bertanggung jawab untuk reset balik Username dan PIN kita.

Selain dari itu, atas kegairahan pihak-pihak yang cuba "MENCURI" data kita, perlu kepada "SECURED SITE" bagi memastikan pihak yang tidak bertanggung jawab tidak mengetahui PIN kita. Ini bagi memastkan informasi rahsia kita atau  wang kita tidak dicerobohi atau di CURI.

Sedar tak kita kita telah diberikan PIN Nombor untuk ke SYURGA !!!

Apa dia PIN tersebut ?

Adakah kita yakin, dengan lafadz "SYAHADAH, SOLAT, ZAKAT, PUASA & HAJI", iaitu apa yang kita kenali dengan Rukun Islam, atau mungkin dengan Rukun Iman memadai ??? Nabi bersabda : "Ad dinnu nasiha", yang bermaksud (Agama itu Nasihat).

Maka sudah kah kita ketahui PIN nombor itu, yang tidak ada "Secured Site", yang perlu adalah rasa kepastian yang perlu dicari, jangan nanti menyesal apabila ajal menemui kita dan yang kita amalkan selama ini bukan yang dituntut Allah SWT seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Renung-renungkan lah, tapi jangan sampai tak kemana. Hidayah Allah pasti bagi mereka yang benar-benar ikhlas.

No comments: