Showing posts with label komersial. Show all posts
Showing posts with label komersial. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Imam Komersial nak mula lagi ...

Tahun lepas dah pilih dah, glamour habis, sekarang nak mula lagi, Menteri Jamil Khir sokong habis, bukan main panjang lagi senyum dia waktu pelancaran.

IMAM MUDA
Musim Kedua
Memecah Tradisi, Satu Perjalanan dalam sebuah kehidupan

Siap ada peserta dari luar lagi !!!

Memandangkan liputan meluas media asing dan sambutan menggalakkan terhadap Imam Muda musim pertama, telah mendorong Astro mengamalkan dasar buka pintu bagi penyertaan kepada peserta luar negara. Tapi salah satu syaratnya ialah boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Menolak dikatakan tak sokong Bahasa Malaysia, orang yang tak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu tak boleh jadi imam ke?

Jadi tunggu apalagi !!!

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang imam, bolehlah hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan di berberapa lokasi yang telah ditentukan, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Tapi memandangkan BLOG ini tak setuju, apalagi menyokong aktiviti ini maka yang berminat tu pergilah cari kat mana nak uji bakat. Sekarang standard imam samalah dengan standard pemenang AF, Mentor dsb.

Itulah dia kemajuan agaknya.

Wednesday, March 17, 2010

Imam Komersil ?

Inilah yang menarik hari ini, dulu ada Akedemi Fantasia, nak jadi Islamik maka ada Akademi Al Quran, sekarang dah ada pula program Imam Muda ... Dunia dunia apa nak jadi. Nampak baik tapi semuanya nak dikomersilkan. Kalau dah jahil, semunya boleh...

Berita Harian - 17 mac 2010.
Hadiah nya cukup lumayan. Selain sebuah kereta yang bernilai lebih RM150,000.00, pemenangnya juga akan ditaja untuk melanjutkan pelajaran sepenuhnya di universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

Kemudian khidmatnya diperlukan bagi memegang jawatan Imam di Masjid utama di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sertaa pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000.00 serta komputer riba Apple Macpro.

Itulah imbuhan yang dijanjikan kepada juara program realiti kerohanian pertama, Imam Muda terbitan Astro dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Mengikut kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, program realiti kerohanian pertama dalam mencari pelapis dan menyambung warisan untuk memikul tanggungjawab imam.

"Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggung jawab sebenar yang dipikul oleh seorang imam muda. Program Imam Muda bakal dilahirkan dengan menepati objektif utama kami adalah bukan calang-calang insan yang terpilih"
.

Semasa pelancaran Menteri dijabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum pun ada. Beliau yang meyokong program ini berkata "Sebelum ini kami banyak mendengar pelbagai komentar mengenai kebanjiran program televisyen yang kurang bersesuaian untuk suapan minda dan jiwa remaja. Saya yakin dengan program ini akanmenatijahkan keputusan yang optimum kepada semua pihak. Ini berdasarkan pengalaman luas pihak JAWI dalam pengurusan imam dan masjid serta surau di Wilayah Persekutuan yang ternyata menjadi contoh kepada pengurusan kariah bersistematik di negara ini".

Nanti semua yang jadi imam tauliahnya mesti melalui program ini agaknya, kerana Pak Menteri pun dah sokong.