Insyallah, kalau dipanjangkan umur, Hari Raya Aidil Adha akan kita jumpai dalam masa seminggu lagi, ia itu 10 dhulhijjah yang bersamaan dengan 17hb November 2010. Hari ini juga disebut dengan nama Hari Raya Qurban kerana setiap umat Islam digalakkan berkorban.
Kalau dulu, dari segi sejarah, ibadah qurban ini bermula semasa Nabi Ibrahim (alaihissalam) di perintah Allah (aza wajalla) menyembelih anaknya Nabi Ismail (alaihissalam). Atas ketaatan keduanya, perintah tersebut telah di jalankan dengan keredhaan. Walaubagaimanapun, pisau Nabi Ibrahim (as) yang sungguh tajam itu tidak dapat menjalankan tugasnya kerana tidak ada izin Allah SWT. Allah SWT sebaliknya mengantikan tersebut dengan seekor kibas dari syurga.
Bayangkan ketaatan Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) serta kesabaran Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim (as) serta ibu kepada Nabi Ismail (as), kesabaran serta keyakinan mereka, tidak dapat dinilai walaupun dengan nyawa yang tersayang.
Kalau lah ibadah menyembelih anak ini kekal, apa agaknya pandangan masyarakat umum hari ini. Ramai akan berkata dah tak ada anak lagi, mungkin kita pun dah disembelih bapa kita, agaknya.
Tapi Allah SWT itu maha pengasih lagi maha penyayang, maka sehingga kini masih ramai yang belum memahami betapa pentingnya ibadah qurban ini. Maka sudah kah kita mengambil inisiatif untuk menjalankan ibadah ini. Seekor lembu, kambing atau kalau ada dan mampu seekor unta. Sekiranya tidak mampu seekor bolehlah berkongsi dengan orang lain, tidak semestinya 7 atau 10 orang. Masa kini ramai yang merasakan, tidak berkemampuan, tapi kalau dah "last minute" memang lah macam tak mampu, tapi masih boleh.
Tapi mula sekarang, bersiap sedialah untuk qurban tahun hadapan, insyaallah kalau masih ada umur, kalau RM3000.00 seekor lembu, baru RM250.00 sebulan tak sampai RM10.00 sehari. Jadinya, kita mulakan sekarang.