Monday, May 17, 2010

3 Jamadilakhir 1431

Mengingatkan diri tentang masa, kerana ia berlalu dengan begitu pantas. Tanpa kita sedari ia meninggalkan kita, apa yang telah kita lakukan dan berapa banyak lagi yang perlu kita lakukan.

Tidak ramai yang sebenarnya kisah tentang masa sehinggalah kita sudah terlambat. Hanya ingin mengingatkan diri bahawa lebih kurang 3 bulan lagi kta akan menghadapi Ramadhan, itupun kalau diberi Allah SWT umur panjang. Mungkin lebih ramai lagi yang sudah mula mengingati Syawal (Hari Raya Aidil Fitri).

Manusia yang leka dan akan terus dilekakan, tidak akan suka jika diingatkan. Dah beli baju baru, kain untuk tempah baju kurung dan baju melayu. Tak lama lagi masuk mula sibuk nak buat kuih untuk diri atau berniaga menambah pendapatan.

Ilmu yang manafaat ni sebenarnya sukar untuk dihayati kerana musuh utama kita ni memang 'expert' melalaikan. Kalau tidak sentiasa berusaha untuk kebaikan, kita mungkin rugi.

Tapi ... insyaallah, sekiranya kita ikhlas untuk berjaya kita perlu sentiasa berusaha.

Monday, May 3, 2010

IMAN perlu kepada ILMU ...

Maka ramai lah yang akan mengaku IMAN, dan marah apabila ada orang mempersoalkannya. Lebih lebih lagi, sekiranya dituduh tidak beriman.

Persoalannya, dalam tahap mana keimanan seseorang ditentukan oleh ilmu yang dia ada dan amalannya dengan ilmu tersebut. Kadang-kadang ada ilmu tapi sumbernya salah, maka apa yang diamalkan menjadi songsang.

Saya mendengar satu cerita yang mungkin berkaitan yang untuk dikongsi. Adalah seorang hamba Allah ini yang ingin pergi ke Cikano di Mexico, tetapi atas kelalaian yang sengaja atau tidak sengaja, atau peka atau tidak peka maka dia telah diberi peta United States of America. Maka telah dikaji akan peta tersebut, maka yang paling hampir ialah Chicago. Maka hamba Allah tersebut pergilah ke Chicago, malangnya dia tidak kesampaian ke Chikano kerana peta yang salah tadi. Sekarang ni mungkin ada yang berkata itu tidak akan terjadi kerana ada Googles Map dan semua macam mapa, GPRS ke (GPS), dasebagainya.

Maka dalam menuntut hukum Allah, Al Quran dan Al hadith adalah sumber mutlak, dengan cara pembelajaran yang perlu betul serta cukup sanad nya, sekiranya tidak, apa yang bakal terjadi, yang mengharapkan Surga yang kekal dari agama yang murni, mengamalkan selain dari yang diajar oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW.

Jangan ambil mudah, nak masuk surga, atas kelalaian serta keegoaan, rugi masuk neraka.

Tak ke haru, maka pastikan ... dimana kita dan kemana kita !!!

Monday, April 26, 2010

ILMU = KNOWLEDGE (bhg 2)

Seperti yang saya katakan dalam 'post' terdahulu, nak cari INFO mudah, tekan sahaja dekat "Search Web" yahoo ke, Googles ke, sekejab-kejab ada la link.

Jadi untuk membuktikan 'point" itu, saya pun taip ILMU, adalah 21,600,000 (21 juta lebih) site atau posting yang mengatakan tentang ILMU. Itu saya tak pula guna istilah English iaitu knowledge.

Focus kita disini adalah ilmu Allah SWT bagi umat Islam yang mahu memastikan apa juga yang mereka anuti sentiasa sama sepertimana yang diturunkan oleh Allah melalui malaikat Jibrail AS kepada Nabi Muhammad SAW. Kita dengan logik akal akan bersetuju bahawa Allah SWT boleh dengan mudah melakukannya tanpa perantaraan kerana kuasa hanya dengan lafadz "KUN FA YA KUN", "jadi maka jadilah".

Oleh yang demikian, mengapa perlu perantaraan dengan Nabi SAW, dan atau melalui Malaikat Jibrail AS?. Ini perlu kepada kefahaman itu sendiri kerana Allah SWT lebih mengetahui sejak zaman mulanya alam ini, dimana Malaikat mempersoalkan kenapa Adam AS ingin diletakkan sebagai Khalifah dimuka bumi ini.

Ya ... setiap perkara itu ada sebab musababnya, adakah kita mengetahuinya.

bersambung ...

Friday, April 23, 2010

ILMU = KNOWLEDGE

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Mencari ILMU itu WAJIB bagi tiap-tiap Orang Islam"
dan
"ILMU itu ada TIGA yang WAJIB di pelajari, dan selainnya adalah kelebihan,
Ayat yang menghukumi (dari Al Quran),
Sunnah yang tegak (dari Hadith hadith Sahih), dan
ILMU FARAID yang adil (dari Al Quran dan Hadith hadith Sahih)


Jadinya, sebelum kita berani untuk berkata yang akhirnya mungkin boleh memakan diri sendiri, kita mestilah sentiasa mengambil iktibar untuk memperbaiki diri dan berdoa kepada Allah SWT agar jalan yang kita lalui adalah yang sebenarnya, bukan kerana akal kita yang cetek.

Mencari Ilmu ada caranya, dan sekarang ni, ramai berpendapat bahawa melalui "Internet" kita dah boleh dapat INFO atau MAKLUMAT, tapi malangnya kesahihan maklumat itu kita tidak dapat yakini seratus peratus. Ada info berbentuk fakta, nukilan seseorang (positif dan nagetif) dan sebagainya.

Jadi cara khusus untuk mendapatkan ILMU mestilah berguru. Guru pula perlu kepada berberapa "credential" tertentu.

bersambung...

Wednesday, March 17, 2010

Imam Komersil ?

Inilah yang menarik hari ini, dulu ada Akedemi Fantasia, nak jadi Islamik maka ada Akademi Al Quran, sekarang dah ada pula program Imam Muda ... Dunia dunia apa nak jadi. Nampak baik tapi semuanya nak dikomersilkan. Kalau dah jahil, semunya boleh...

Berita Harian - 17 mac 2010.
Hadiah nya cukup lumayan. Selain sebuah kereta yang bernilai lebih RM150,000.00, pemenangnya juga akan ditaja untuk melanjutkan pelajaran sepenuhnya di universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

Kemudian khidmatnya diperlukan bagi memegang jawatan Imam di Masjid utama di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sertaa pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000.00 serta komputer riba Apple Macpro.

Itulah imbuhan yang dijanjikan kepada juara program realiti kerohanian pertama, Imam Muda terbitan Astro dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Mengikut kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, program realiti kerohanian pertama dalam mencari pelapis dan menyambung warisan untuk memikul tanggungjawab imam.

"Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggung jawab sebenar yang dipikul oleh seorang imam muda. Program Imam Muda bakal dilahirkan dengan menepati objektif utama kami adalah bukan calang-calang insan yang terpilih"
.

Semasa pelancaran Menteri dijabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum pun ada. Beliau yang meyokong program ini berkata "Sebelum ini kami banyak mendengar pelbagai komentar mengenai kebanjiran program televisyen yang kurang bersesuaian untuk suapan minda dan jiwa remaja. Saya yakin dengan program ini akanmenatijahkan keputusan yang optimum kepada semua pihak. Ini berdasarkan pengalaman luas pihak JAWI dalam pengurusan imam dan masjid serta surau di Wilayah Persekutuan yang ternyata menjadi contoh kepada pengurusan kariah bersistematik di negara ini".

Nanti semua yang jadi imam tauliahnya mesti melalui program ini agaknya, kerana Pak Menteri pun dah sokong.

Friday, March 12, 2010

Syahadah ...

Berapa ramai dari kita yang telah bersyahadah?

Kalau digunakan jumlah nombor, yang dikatakan orang Islam ada lebih dari 1 Billion dan ada yang kata dah lebih 1.5 Billion. Ramainya ... ikut kira-kira mudah, ini bersamaan dengan lebih kurang 1/4 dari keseluruhan penduduk dunia.

Dari lafadz syahadah itu ... aku naik saksi tiada tuhan kecuali Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad SAW itu hamba dan utusan(pesuruh) Allah.

Maka demikian itu, pengakuan bahawa tiada tuhan yang wajib disembah kecuali Allah SWT, maka adakah kita mengerjakan Perintahnya serta menjauhi larangan nya. Tapi ... sebelum kita pergi lebih jauh tanya diri kita ... Apa dia perintah serta larangan Allah???

Persoalan ini akan membuatkan ramai yang marah, terutama sekali Tok Tok Guru dan Ustaz.

Yang menariknya ramai juga yang akan merasa keliru, kerana diseluruh dunia berapa ramai yang mengaku dirinya Islam tetapi dengan kata dan perbuatan telah melanggar perintah serta larangan terebut.

Kenapa ya???

Monday, March 1, 2010

SATU dari 73 ...

Setiap kali berbicara tentang Islam, baik secara individu atau berkumpulan, perkara ini menjadi perkara yang sangat "rumit". Ia rumit kerana seluruh dunia hari ini dikatakan ada lebih dari 1 billion orang yang mengakui mereka adalah orang Islam.
.
Dan disetiap ceruk dunia, berkemungkinan ada orang yang mengakui dirinya Islam, baik bermastautin di situ ataupun pendatang yang bekerja atau melancung. Dunia hari ini mengenali Islam dalam bentuk yang sangat berbeza. Sekarang 'SUNNI' atau 'SHIITE'. Maknanya SUNNAH atau SYIAH. Setiap satu mengatakan mereka Islam, kemudian ada pula MAZHAB yang 4, dan yang menarik sekarang 'WAHABBI', adakah ini juga masuk kategori MAZHAB, kalau ya dah jadi 5 pula.
.
Dari tulisan yang terdahulu saya mengutarakan tentang sabda Nabi SAW berkaitan dengan 2 perkara, iaitu Al Quran dan Sunnah. Di Malaysia kita dah sambut Hari Keputeraan Nabi SAW dengan nama Maulid Nabi/Maulidul Rasul. Ada Perarakan, ada ceramah ada anugerah, ada pertandingan azan, berzanji dan sebagainya.
.
Ada yang mengatakan Islamnya seseorang itu dengan lafadz Syahadah (memang ada Hadithnya pun). Jadi mudahlah menjadi orang Islam. Apa intipati Syahadah???
.
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,
dan aku naik saksi Muhammad Hamba dan Utusan Allah"
.
Mudahnya Perintah kerjakan, Larangan jauhi sepertimana yang diajarkan oleh Hamba dan Utasan iaitu Nabi Muhammad SAW.
.
Adakah kita pasti bahawa kita dah ikut perintah serta menjauhi larangannya???