Hari ini kita melangkau ke bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalender Hijrah. Ini bermakna, dalam tempoh 30 hari, kita akan meninggalkan 1430 apabila 1 Muharram 1431 menjelma.
Pada waktu ini, ramai yang berniat menunaikan fardhu haji telah berada di Madinah dan juga Makkah. Mungkin ada segelintir yang sedang dalam perjalanan, dan selebihnya menunggu masa untuk bertolak. Rasanya ramai juga yang terkilan, kerana niat mereka tidak kesampaian tahun ini. Apa juga, pasti ada hikmah disebalik situasi tersebut, asalkan kita "husnuzun billah" (bersangka baik kerana Allah).
Pada yang tidak kesampaian, di Malaysia telah ditetapkan bahawa, Hari Jumaat, 27hb November 2009, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1430 adalah Hari Raya Aidil Adha. Untuk mendapat keberkatan, Sunnah Nabi SAW, kepada yang mampu adalah untuk :-
1. tidak bercukur bermula dari hari ini sehingga 10 zulhijjah.
2. berpuasa Arafah (hari wukuf 9 zulhijjah/26hb November 2009.
3. berkorban semampunya binatang ternak (lembu,kambing dsb).
Diharamkan berpuasa pada Hari Raya dan hari Tasyrik (11,12 & 13 Zulhijjah).
Berdoalah kita agar mendapat peluang untuk menunaikan tuntutan Rukun Islam yang kelima ini pada masa depan secepatnya. AMIN.

2 comments:
Assalammu'alaikom,
1. Bab tak bercukur tu lupa pula kerana tak ada yang mengingatkannya.
2. Puass sunat Arafah pada 26hb Nov insyaa'llah
3. Korban tahun ini hanya sebahagian yang mampu sahaja
4. Nak diingatkan pada semua yang telah menabung di Tabung Haji perlu mendaftar nama sekarang jika sudah ada rancangan untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5. Sila ambil perhatian pendaftaran tidak otomotik
Addin nu nasihat (Agama itu nasihat) tapi namanya manusia, kita sentiasa lupa dan lalai.
Post a Comment