Monday, December 21, 2009

TOKOH MAAL HIJRAH 1431

Tahniah kepada Professor Dr Yusuf al-Qaradawi dan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor kerana terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431 peringkat Nasional kali ke8.

Sebagai penerima, mereka secara tidak langsung menuruti berberapa orang-orang terdahulu yang terpilih mengikut panel pemilihan atas kelayakan mereka. Sekiranya ada diantara kita yang cuba mempersoalkan mereka, adakah kita dicop sebagai orang yang cuba memperlekeh.

Selain dari Putrajaya, Professor Dr Yusuf Qaradawi juga berceramah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) di Shah Alam, berita disini oleh Malaysia Kini.


Saya tidak berkesempatan untuk menghadiri ceramah tersebut, tapi sesuatu yang mungkin berbunyi sinis dari komen ini ialah, adakah sesiapa dari MAIS atau JAIS dah keluarkan Tauliah untuk beliau. Seperti kes kes yang terjadi masa kini, diantaranya adalah kes di Mahkamah ...


Saksi tidak pasti
Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, bahawa seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah kepada bakal saudara baru atau mengajar Muqadam jika tidak mempunyai tauliah.

Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Tarnuzi Nokin berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam kes seorang penceramah agama, Dr Abdullah Yasin, 63, yang didakwa mengajar tafsir al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 14 hingga 20 yang berhubung agama Islam tanpa tauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118(3), Enakmen Pentadbiran Agama Islam.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah Pusat Rukun Tetangga, Seksyen 14/26 Petaling Jaya, pada jam 4.30 petang, 24 April 2006.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Abdullah diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mohamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.

KAMAR: Pada 24 April 2006, kamu berada dalam dewan tempat kejadian, kamu dengar apa yang diajar?

TARNUZI: Saya tidak mendengar dengan jelas, tetapi dia (Abdullah) ada menulis ayat al-Quran di papan putih.

KAMAR: Apa ayat itu?

TARNUZI: Saya tidak pasti.

KAMAR: Kamu pasti ia ayat al-Quran bukan bahasa Arab?

TARNUZI: Ya.

KAMAR: (Rujuk kepada tafsir al-Quran yang didakwa digunakan Abdullah pada hari kejadian) Cuba tunjukkan kepada mahkamah, ayat mana kamu kata tertulis di papan putih?

TARNUZI: Saya tidak ingat.

KAMAR: Ada kamu atau sesiapa rakamkan tulisan di papan putih itu?

TARNUZI: Tidak ada.

KAMAR: Sila rujuk sekali lagi, al-Quran ini dicetak oleh siapa?

TARNUZI: Tidak pasti tetapi ada cop 'Royal Saudi of Arabia'.

KAMAR: Adakah al-Quran ini yang diluluskan atau palsu?

TARNUZI: Saya tidak pasti.

KAMAR: (rujuk kepada tafsir al-Quran) Tolong bacakan kepada mahkamah tafsir Surah al-Baqarah ayat 14 hingga ayat 20. Setuju jika saya katakan ayat ini menerangkan sifat orang munafik?

TARNUZI: Ya.

KAMAR: Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?

TARNUZI: Tidak boleh tanpa tauliah.

KAMAR: Adakah itu kehendak Islam?

TARNUZI: Tidak, tetapi ia undang-undang berdasarkan Islam.

KAMAR: Adakah Abdullah tidak layak mengajar Islam?

TARNUZI: Layak, tetapi dia tidak mempunyai tauliah.

KAMAR: Saya katakan kepada kamu di Selangor hanya orang ada tauliah boleh mengajar?

TARNUZI: Ya.

KAMAR: Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca Muqadam?

TARNUZI: Tidak boleh.

KAMAR: Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?

TARNUZI: Tidak boleh.

Sementara itu menjawab soalan Mohamad Nazri, Tarnuzi berkata, tauliah diperlukan bagi mengelak individu mengajar ajaran tidak betul serta lari dari landasan Islam.

NAZRI: Selain ajaran tidak betul, apa lagi?

TARNUZI: Mengelak daripada ajaran sesat atau fahaman yang tidak betul, tetapi ia hanya pendapat saya.

NAZRI: Adakah perlu ada pengiktirafan atau tauliah walaupun dimasukkan di dalam senarai dikecualikan daripada mendapat tauliah mengajar yang dikeluarkan Jais?

TARNUZI: Ya.

Dalam prosiding semalam, Mohamad Nazri memohon sapina dikeluarkan terhadap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Mohd Zaki Arshad untuk memberi keterangan dalam prosiding akan datang.

Prosiding bersambung 28 Januari ini.



Persoalan kita dalam mencari agama yang HAQ adalah "consistency", jangan lah ikut suka atau bila terkait dengan seseorang atau kumpulan kumpulan tertentu sahaja. Apabila ia berkaitan dengan agama, kembalilah kepada hukum Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW.



3 comments:

Yayasan Ilmu said...

Saya berpandangan JAIS tengok dan pilih bulu. Segala keputusan JAIS dipengaruhi oleh pertimbangan duniawi manusia, membelakngkan perintah Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itulah saya berpandangan ramai orang yg 'Khusrin' (i.e. rugi) di JAIS kerana membelakangkan al-Quran dan meremehkan as-Sunnah. Walhal mereka boleh meraih sebanyak mungkin pahala dengan mengajarkan manusia Islam dan menggalakkan manusia mengajar Islam kerana yg beelajar, apabila beramal dengan yg diajarkan, akan mengirim pahala kpd mereka sampai kiamat dunia. Tapi, mereka tak mahu. Maka 'rugi'lah mereka selama-lamanya sehingga ditarik balik peraturan 'tauliah' ini. Mudah-mudahan orang JAIS mengaji semula ilmu mengenai Islamnya, supaya mendapat hidayah terbaru ...

Yayasan Ilmu said...

Assalamualaikum, tk kerana beritahu blog (tokoh ilmuwan arus perdana): jomfaham.blogspot.com' itu. Barulah saya tahu begitu banyaknya pembaharuan dan bid'ah yg diyakini oleh majoriti org Islam sekarang ini. Kalau tak saya ingat sikir aje. Rupanya begitu meluas dan berbagai pula tu. Bacalah kalau nak tahu macammana ramai org, terutama para ilmuwan dan ulama' yg tersesat dan disesatkan. Nasib baiklah kita masih lagi waras - cari yg betul dan egang yg haq.
Jazakallahu khairah.

Yayasan Ilmu said...

Assalamualaikum,saya terjumpa blog ni - tanyajawabagamaislam.blogspot.com. Baik juga diikuti kerana banyak juga ilmu kawan tu dan nampaknya taklah berpegang pd mazhab.