Monday, January 18, 2010

SAFAR 1431

Diam tak diam Muharram telah meninggalkan kita, dan hari ini pun dah 3 Safar 1431. Masa berlalu begitu pantas, tidak ada peluang untuk menoleh kebelakang. Inilah kalau hendak dihitung hidup kita sudah berapa tinggal berapa. Walaupun ramai mungkin masih memikirkan bahawa masih muda, masih banyak masa, fikirkanlah betul betul. Ada yang tak berpeluang untuk berjumpa dengan esok mereka kerana 'Malaikat Maut' telah menjalankan tanggung jawabnya.

Ini bukan kira orang iman atau tidak, sampai masa tak akan ditunda lagi. Di Malaysia aje dalam berberapa hari ini ada 'kemalangan/kecelakaan' lah, dijalanraya, dilaut, banjir di Sabah dan sebagainya. Diseluruh dunia, kisah di Haiti dengan gempabumi yang mengorbankan lebih 100,000 orang. Yang mati kerana perperangan atau pengebom berani mati berapa ramai pula, Afghanistan, Iraq, Pakistan ....

Isunya mudah, yang pasti "setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati", itu haq tak ada dakwa dakwi lagi. yang menjadi persoalannya adalah adakah kita telah bersedia untuk mati? Sudah cukupkah amalan kita, kalau rasa cukup baguslah, tapi betul ke amalan kita seperti mana yang telah di ajarkan oleh Rasulullah SAW.

Jangan nanti syiok sendiri, akhirnya amalan yang dilakukan tidak diterima Allah SWT seperti mana salah satu dari Hadith Nabi SAW yang bermaksud : "Barang siapa beramal bukan dari perkaraku Nabi, maka amalan itu di tolak"



No comments: