Friday, February 19, 2010

Rabiul Awal

Apa yang menarik pada bulan ini???

Pada mereka yang peka, berberapa hari lagi, kita akan dapat cuti kerana jumaat 12 Rabiul Awal, bersamaan dengan 26hb Februari 2010 sempena hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Maka sibuklah mereka yang sedang bertungkus lumus kerana persediaan untuk berarak dengan baju baru yang cantik serta kain rentang yang berpelbagai cogankata. Ini telah menjadi isu yang panas apabila "dikatakan" Pulau Pinang akan membatalkan perarakan tahunan tersebut. Lebih menarik lagi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Asri mencadangkan agar semua bentuk perarakan tak kira agama ditiadakan. Apa pula komen mereka yang sentiasa tidak bersetuju dengan beliau?

Selain dari itu, kes orang kena rotan. Hari ini dah ramai mula buat komen lebih lebih lagi mereka yang tak faham hukum. Tapi persoalannya ialah adakah ini hukum yang Allah SWT turunkan sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW? Kenapa berbeza hukumannya sekiranya kesalahan yang dilakukan dikira dari sudut agama Islam.

Adakah ini yang dikatakan menegakkan sunnah nabi???


No comments: