Kita nak ucapkan tahniah lah kat JAIS kerana usaha mereka memastikan ajaran sesat tidak berleluasa di Selangor ni.
Setiap kali kita dengar tentang ajaran sesat, kita perlu bertanya apakah dia "benchmark" ajaran Islam yang hak. Kita perlu ada "checklist", bagi memastikan apa yang sebenarnya Nabi Muhammad SAW tinggalkan untuk kita semua ikuti mengikut perintah Allah SWT. Jangan nanti ... kita syok tuduh orang sesat, kita pula yang sesat kerana ilmu tak banyak mana, dan akhirnya terlekatlah kita sebagai pemfitnah. Akhirnya masuk neraka rugi tak sudah.
Nabi bersabda yang ... bermaksud :
Setiap kali kita dengar tentang ajaran sesat, kita perlu bertanya apakah dia "benchmark" ajaran Islam yang hak. Kita perlu ada "checklist", bagi memastikan apa yang sebenarnya Nabi Muhammad SAW tinggalkan untuk kita semua ikuti mengikut perintah Allah SWT. Jangan nanti ... kita syok tuduh orang sesat, kita pula yang sesat kerana ilmu tak banyak mana, dan akhirnya terlekatlah kita sebagai pemfitnah. Akhirnya masuk neraka rugi tak sudah.
Nabi bersabda yang ... bermaksud :
" Barang siapa mengerjakan sebarang amalan,
bukan dari perkara ku (Nabi),
maka amalan itu di tolak "
bukan dari perkara ku (Nabi),
maka amalan itu di tolak "
3 comments:
Askm, saya juga ingin memberi ucapan "TAHNIAH" kerana kejayan JAIS memberkas orang & pengikut ajaran sesat dalam usaha utk memhapuskan ajaran sesat di Selangor, Jumaat lalu.
Tak silap saya, perkara yg sama juga berlaku tak lama dulu atas kumpulan yg sama. Khabarnya akan di"charge" di mahkamah tapi sampai sekarang tak dengar berita pun. Apa tugas JAIS yg sebenarnya? Ada kuasa utk menguatkan kuasa.. selepas tu? Tak tahu apa nak buat mungkin tugas mereka hanya menangkap, macam kisah kes2 khalawat yg lebih menyeronokkan.
Kami sebagai orang Islam, terutamanya yg mahu mencari Islam yg haq, makin confused.
Tujuan Islam bukan untuk menghukum tetapi lebih kepada pengajaran. Tugas kita semua ialah utk mencari dan mendapatkan jalan ke syurga yang Allah SWT telah janjikan. Walaubagaimanapun, kita akan sentiasa diuji dalam usaha demikian tapi jawapan2 dah Allah berikan dalam Quran dan junjungan kita, Nabi SAW pula dalam sunnahnya. Semua kita patut mencari dan mempelajarinya termasuklah orang2 yg "berkuasa" yg nampaknya masih jahil tentang agama yg haq.
Dulu kesah tauliah yg digahkan2 utk membuktikan "kuasa" yg ada pada mereka. Pernahkah mereka memikirkan impact atau kesan pada masyarakat atas tindak tanduk mereka menggunakan kuasa tanpa berhemah.
Saya ada mixed feeling dalam tindak tanda JAIS setakat ini, rasa:
SEDIH kerana mereka melibatkan agama yg murni atas kurangnya ilmu yg haq,
MARAH kerana mereka sentiasa berbangga atas "kejayaan" tindakan mereka dan
JIJIK kerana membuat banyak fitnah ( ikutan dari lapuran media)tanpa dapatkan fakta yg benar olih itu mengelirukan dan bolih terus menyesatkan masyarakat yang mahu mencari & mengamalkan agama yg diredhai Allah SWT.
Semuga Allah memberi hidayah, perlindungan dan nekmat ketenangan fikiran & kesihatan.... ameeen.
Assalamualaikum..
Sebelumnya saya minta maaf kalau ada kata-kata sy yang membuat sakit hati kepada pihak terbabit. Sebenarnya saya merasa pelik, kenapa JAIS menangkap orang2 yang mereka anggap (songsang) tapi setelah itu mereka bebaskan, yang peliknya orang2 tersebut dibebaskan walaupun masih terikat namun pembebasan mereka atas dasar atau hujah yang seluruhnya tidak sama dengan mereka wartakan dalam surat kabar mahupun media lainnya. Boleh kita ambil contoh, JAIS menangkap orang2 tersebut, umpamanya kerana ada 5 kesalahan tapi mereka dibebaskan sementara kerana hanya ada 2 kesalahan tanpa menyebut 3 lagi kesalahan. Ini menunjukkan bahawa isu yang diwartakan dalam media hanyalah tulisan semata tanpa ada bukti yang kukuh, bererti sama halnya dengan menambah-nambah isu yang sebenarnya tidak terjadi. Ini sangat ironi. Padahal kita sudah diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW yang sentiasa mengutamakan kejujuran. Selain itu, kalau kita memberi hukum kita tidak boleh melihat, mendengar hanya satu pihak tanpa membiarkan pihak yang lain.
Semoga Alloh memberi petunjuk kepada kita semua, boleh memilih & memilah mana yang benar & mana yang silap sehingga kita tidaklah dalam keadaan yang bingung / confused terus. aameen..
Saya tidak bermaksud apa-apa.Saya hanyalah orang yang mengikuti keadaan semasa yang berlaku di Negara kita ini yang semakin pelik menurut saya.
Wassalamualaikum...
Askm kpd semua blogers & pembaca blog ini.
Dengar2 baru ini kumpulan ini telah dibebaskan dgn ikat jamin. Sementara itu JAIS akan merangka tuduhan ketika kes ini didengar kelak pd 28hb Dis nanti. Memandang ada lapuran akhbar yg mengatakan bahawa solat jumaat yg di lakukan olih kumpulan "sesat" ini SAH hukumnya tapi mereka tidak melakukan di tempat yg telah diwartakan sebagai masjid.
Saya bingung bagaimana mereka bolih dilabelkan sebagai kumpulan ajaran sesat manakala Solat Jumaat yg dikerjakan itu SAH mengikut dalil dari Quran & Hadith.
Jadi yg mungkin salahnya ialah tidak di adakan ditempat yg belum diwartakan. Dimana sesatnya? Adakah hukum ciptaan manusia bolih mengatasi hukum Allah?
Kalau perkara sedemikian diambil berat olih JAIS, apa pula nak jadi tentang ramai yg tidak solat Jumaat? Tiba2 JAIS tak ada kuasa?
Apa nak jadi? kami sungguh keliru.
Semuga Allah SWT memberi kita semua hidayah.... ameeen
Post a Comment