Monday, November 1, 2010

Musim Haji ...

Rukun Islam yang kelima, menunaikan Haji ke baitullah - Makkah Al Muqarammah.

Sejak berberapa minggu ini, ramai yang telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji, ada yang berjalan kaki, ada yang mengunakan kenderaan yang pelbagai, ada yang dekat dan ramai yang perlu mengharungi beribu batu untuk sampai. Semua mengharapkan keredhaan Allah SWT, kerana merasakan bahawa mereka menyempurnakan tanggung jawab mereka. Insyaallah, akan ada lagi yang akan berangkat sehinggalah tarikh akhir penerimaan bakal haji oleh penguasa Makkah.

Kalau dari Malaysia, kosnya dalam RM10,000.00 (+-) untuk orang kebanyakkan. Bagi yang berkemampuan, ada pakej dari RM16,000 ke RM100,000. Ini kira, makanannya, tempat penginapannya dan sebagainya. Untuk keselesaan, kalau mampu apa salahnya.

Semuanya mengharapkan Haji Mabrur. Maka persoalannya ... adakah mereka telah bersedia dalam memastikan ibadah mereka itu, ibadah yang mengikut tuntunan Rasulullah SAW. Ini yang diharapkan umat supaya sedar, kerana akhirnya, semua usaha kita akan menjadi satu pembaziran yang tidak kita sedari yang mana akhirnya harapan syurga menjadi adzab yang tidak disangka-sangka.

Oleh yang demikian, kita perlu memastikan, jangan ambil mudah dan terlalu terikut dengan situasi semasa dalam memasti setiap amalan kita berpandukan kepada Al Quran dan Al Hadith secara mutlak dengan sah cara nya. Kita berdoa ...

DOA MINTA AGAR DAPAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Allahhumma ballighnaa Makkata wal Madinata wal Arofata
warzuqnal Hajjal Mabruuro wardho 'annaa waghfillanaa warhammna
Anta Maulanaa Fanshurnaa 'Alalqoumil kaafirin

yang bermaksud :

Ya Allah sampaikanlah kami ke Kota Makkah, Madinah dan Padang Arofah,
dan berikanlah kepada kami rizqi berupa Haji yang Mabrur,
smoga engkau redha kepada kami dan mengampuni dosa-dosa kami
dan berikanlah kepada kami rahmat,Engkaulah kekasih kami,
maka tolonglah kami mengalahkan orang-orang kafir.


Tahun ini dah tak berpeluang, insyaallah, tahun hadapan dan paling lewat tahun selepas itu (1433), dapat kita menjadi tetamu Allah SWT, di tanah suci. Amin.

No comments: