Sunday, October 24, 2010

Surah Al Ghafir - Ayat 40

" Barang siapa yang beramal dia pada keburukkan
maka tidak akan dibalas dia kecuali

seumpamanya, dan barangsiapa yang beramal dia pada kebaikan
dari laki-laki atau perempuan dan dia beriman
maka mereka itu akan masuk (mereka) pada syurga,
di beri rezki mereka (di dalam syurga) dengan tanpa hitungan "


Selalunya, kita mengambil mudah perkara 'agama' kerana kita cuba meletakkan setiap perkara itu dalam erti akal kita atau logik masing-masing. Jadi, kita akan sentiasa membuat andaian bahawa Allah (aza wajalla) akan memberi ganjaran kerana perbuatan kita yang kita rasakan baik, nampak baik atau dikatakan baik.

Oleh yang demikian, kita akan sentiasa berasa bahawa pada niat itu, Allah (aj) akan memberikan ganjaran pahala yang mana akan membawa kita ke syurga.

Walaubagaimana pun, dari ayat diatas, mereka yang beriman sahaja akan mendapat ganjaran syurga. Atau sekiranya kita lakukan sesuatu tetapi kita bukan dari kategori orang iman kita tidak layak. Allah (SWT) sangat pemurah lagi maha mengasihi, pemurah kepada semua mahluknya, tetapi maha mengasihani kepada mereka yang iman.

Persoalannya, kita dah jadi orang iman ke ???

No comments: