Ramai dari kita yang mempunyai niat yang baik. Niat yang baik adalah naluri untuk melakukan perkara yang baik untuk diri, keluarga serta masyarakat.
Ini selalunya terjadi secara umumnya apabila seseorang itu mendapat didikan yang baik dari keluarga. Ia juga mungkin terjadi apabila seseorang itu tinggal atau bergaul dengan orang-orang baik. Ramai juga yang berusaha menjadi orang baik serta berusaha berbuat baik. "Orang-orang yang baik" ini terdapat didalam semua bangsa dan keturunan. Mereka ini akan mengambil peluang untuk berkelakuan baik disamping mengambil peluang melakukan perkara-perkara yang baik mengikut kemampuan mereka.
Maka dari dahulu sampai sekarang, kita sentiasa mendengar ada orang yang disanjung kerana usaha mereka membantu orang lain dengan kederat mereka atau juga dengan harta mereka. Mereka ini sanggup mengagihkan berbillion-billion ringgit tanpa merasa sedih apalagi kedekut. Inilah yang dikatakan berniat baik. Maka secara umumnya ramai yang mendapat manafaat dari niat serta sifat murni ini.
Sekiranya kita lekatkan "agama" mereka, peratusan majoriti adalah mereka yang bukan beragama Islam,sedangkan kita selalu disajikan bahawa ramai "orang Islam" yang kaya raya, terutamanya mereka yang dari timur tengah, serta seorang yang menguasai sebuah negara kecil di Asia Tenggara.
Mungkin ada yang akan berkata, "apabila tangan kanan memberi, tangan kiri tidak megetahui". Oleh itu, kita tidak perlu memperdebatkan isu ini.
Harapan kita, agar orang-orang yang mempunyai sifat murni akan terus mempunyai niat yang baik.
Tetapi ... bayangkan mereka yang mempunyai sifat yang baik ini, mempunyai "ILMU" dari AlQuran dan Al Hadith . Dari ILMU tersebut, niat baik mereka akan mendapat ganjaran Allah aza wajalla dengan lipatan ganjaran yang tidak mungkin mereka sedari.
Contohnya, mereka yang berusaha untuk berselawat keatas Nabi Muhammad SAW dengan menziarahi dari rumah ke rumah, atau di Masjid, atau dimana saja, niat yang nampak baik menjadi bida'ah yang dholala (sesat). Banyak unsur-unsur baik yang cuba diterapkan serta ditekankan, tetapi isi ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui junjungan besar Nabi SAW tidak diamalkan.
Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa bertanya pada diri ... Adakah Islam yang aku anuti ini seiring dengan ajaran yang HAQ sepertimana di tuntut oleh Allah SWT ???
Implikasinya sangat besar ... Syurga atau Neraka.
No comments:
Post a Comment