Monday, January 24, 2011

Aurad dan Sentuhan

Memahami isu ini amat penting, menerangkan isu ini juga penting.

Ramai yang mempunyai pandangan bahawa mereka adalah orang baik, maka perbuatan atau cara mereka tidak akan merencatkan sesuatu perkara kerana yang penting niat. Berniat baik walaupun tidak menutup aurad lebih baik dari mereka yang bertutup litup tapi berbuat tidak senonoh atau berperangai tidak senonoh. Ada ungkapan, pakai tudung ... tapi, perangai nya mengalahkan yang tidak.

Memahami hukum adalah dituntut, dan ramai hari ini mempersoalkan hukum kerana kejahilan mereka. Maka kita kena terima hakikat antara orang yang faham dan orang yang jahil. Orang yang faham akan berusaha mengamalkan hukum kerana mereka takut akan adzab Allah di akhirat kelak, manakala orang jahil akan mengunakan logik akal yang mana tahap kemampuan akal itu walaupun sangat 'advance' sampaikan ada yang membuat persamaan dengan 600 'super computer' sebesar padang bola, masih belum dekat walaupun dengan sekelumit dari kekuasaan Allah aza wajalla.

Makanya, sekiranya ilmu serta kefahaman kita masih kurang, pastikan kita terus mengaji, memastikan bahawa kita akan dapat ilmu yang haq yang mana dengannya kita berpeluang menikmati Syurga yang dijanjikan.

Persoalan yang selalu timbul akibat isu sebegini, ialah :-

1. Batal Air Sembahyang (wudhu) atau haram menyentuh yang bukan mahram?

Maka ramailah yang memahami bahawa kalau batal air sembahyang, maka kan boleh ambil kembali, tetapi sekiranya kita memahami ilmu, hanya ada 3 perkara yang membatalkan wudhu. Walaubagaimanapun, hukum menyentuh yang bukan mahram itu yang kita khuatiri.

2. Aurad itu apa dan bagaimana?

Ini perlu pemahaman yang panjang lebar, dan menulis disini tidak akan merubah persepsi kerana perkara ini memerlukan keikhlasan yang empunya diri dan kekuatan dalaman kerana banyak perkara perlu diambil kira.

Istilah yang perlu dipersoalkan adalah seperti bersih atau suci? Kalau dah bersih melepak itu belum tentu suci, bagaimana kita boleh menghadapi banyak perkara lain kerana yang nampak nyata itu mungkin sebaliknya.

Makanya ... tanpa ilmu jangan mudah 'tangkap muat' aja.

1 comment:

Orbee said...

Askm,

Siapa kita? Kita adalah;

HAMBA ALLAH - Olih itu kita sebagai hamba adalah wajib ta'at dan patuh kepada SEMUA perentah Allah dan jauhi SEMUA larangaNya. SEMUA - tak bolih pilih ikut citarasa masing2.

Bagaimana nak tahu SEMUA itu? tak ada jalan pintas melainkan NGAJI Ilmu Quran & Hadith secara manqul,asnad & mutasir. Semuga Allah SWT memberi kita semua petunjuk selari dengan bacaan Al Fathiha setiap kali kita solat

Kalau berminat hubungi/sms di 012-3199052