Showing posts with label aurad. Show all posts
Showing posts with label aurad. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Aurad dan Sentuhan

Memahami isu ini amat penting, menerangkan isu ini juga penting.

Ramai yang mempunyai pandangan bahawa mereka adalah orang baik, maka perbuatan atau cara mereka tidak akan merencatkan sesuatu perkara kerana yang penting niat. Berniat baik walaupun tidak menutup aurad lebih baik dari mereka yang bertutup litup tapi berbuat tidak senonoh atau berperangai tidak senonoh. Ada ungkapan, pakai tudung ... tapi, perangai nya mengalahkan yang tidak.

Memahami hukum adalah dituntut, dan ramai hari ini mempersoalkan hukum kerana kejahilan mereka. Maka kita kena terima hakikat antara orang yang faham dan orang yang jahil. Orang yang faham akan berusaha mengamalkan hukum kerana mereka takut akan adzab Allah di akhirat kelak, manakala orang jahil akan mengunakan logik akal yang mana tahap kemampuan akal itu walaupun sangat 'advance' sampaikan ada yang membuat persamaan dengan 600 'super computer' sebesar padang bola, masih belum dekat walaupun dengan sekelumit dari kekuasaan Allah aza wajalla.

Makanya, sekiranya ilmu serta kefahaman kita masih kurang, pastikan kita terus mengaji, memastikan bahawa kita akan dapat ilmu yang haq yang mana dengannya kita berpeluang menikmati Syurga yang dijanjikan.

Persoalan yang selalu timbul akibat isu sebegini, ialah :-

1. Batal Air Sembahyang (wudhu) atau haram menyentuh yang bukan mahram?

Maka ramailah yang memahami bahawa kalau batal air sembahyang, maka kan boleh ambil kembali, tetapi sekiranya kita memahami ilmu, hanya ada 3 perkara yang membatalkan wudhu. Walaubagaimanapun, hukum menyentuh yang bukan mahram itu yang kita khuatiri.

2. Aurad itu apa dan bagaimana?

Ini perlu pemahaman yang panjang lebar, dan menulis disini tidak akan merubah persepsi kerana perkara ini memerlukan keikhlasan yang empunya diri dan kekuatan dalaman kerana banyak perkara perlu diambil kira.

Istilah yang perlu dipersoalkan adalah seperti bersih atau suci? Kalau dah bersih melepak itu belum tentu suci, bagaimana kita boleh menghadapi banyak perkara lain kerana yang nampak nyata itu mungkin sebaliknya.

Makanya ... tanpa ilmu jangan mudah 'tangkap muat' aja.

Saturday, November 21, 2009

BUSANA MUSLIM

Apa itu BUSANA MUSLIM???

Kalau kita search dalam web, kita akan dapati ada 1,120,000 (1,1 Juta) perkara mengenai topik ini, sunggoh menarik sehingga ramai memperkatakannya. Yang paling penting ia adalah topik komersil. Dalam memperkatakan tentang "cara berpakaian Islam" ramai mempunyai "idea" tersendiri bagi mengenegahkan perkara ini.

Dah ada International Fashion Festival, ada ura-ura nak memperagakan ke USA dan seluruh dunia. Sampaikan ada komen dari pemenang American Next Top Model mengenainya dalam akhbar baru baru ini.

Apa nak jadi ye???

Thursday, June 25, 2009

Aurat ....

Kefahaman tentang AURAT dan cara memakai berpakaian atau "fashion", adalah satu perkara yang sangat subjektif. Ada berberapa cara menutup Aurat seperti yang tertera didalam AlQuran dan AlHadith, tetapi ada juga disebabkan oleh budaya sesuatu tempat. Misalnya bertudung, berselendang, berskaf dan sebagainya. selain dari itu, istilah yang selalu digunakan termasuk BURQA, CHADOR, HIJAB dan NIQAB.

Oleh kerana kejahilan, seseorang, dengan sendirinya mereka membuat andaian tersendiri. Satu ketika dulu, kejahilan saya membuat saya memberikan istilah "Darth Vader" kepada wanita yang memilih untuk memakai '
NIQAB'.

Oh jahilnya ....


Dari Berita Harian, Khamis 25 Jun 2009 :-

KENYATAAN SARKOZY HINA BURQA, MUSLIM : MCB

PARIS : Sebuah pertubuhan Islam di Britain menyelar Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, atas kenyataannya bahawa pakaian yang menutup seluruh anggota dan muka seperti burqa menjadikan wanita umpama banduan.

Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai "memandang rendah dan menghina penganut agama Islam", pertubuhan berkenaan bimbang kenyataan Sarkozy akan membangkitkan semula perasaan "Islamfobia" di Eropah.

Di Paris, Parlimen dengan rasminya membentuk sebuah suruhanjaya bagi mengkaji pemakaian jubah oleh warga Muslim di Perancis sehari selepas Sarkozy memberitahu ahli Parlimen bahawa negara bekenaan tidak membenarkan pakaian seumpama itu di tempat awam.

Seorang pegawai tertinggi Majlis Muslim Britain (MCB) menyifatkan Sarkozy mengamalkan 'politik memecahbelahkan masyarakat Islam', dan percaya komennya boleh membangkitkan reaksi anti-Islam di Eropah. "Adalah menghina apabila beliau menyatakan wanita Muslim memakai burqa kerana menghadapi tekanan atau paksaan teman lelaki atau penjaga mereka." kata penolong setiausaha agung MCB, Reefar Drabu.

"Kenyataan seperti itu boleh dilihat sebagai bersifat bermusuhan terhadap Islam."

Salah seorang ahli politik Muslim berprofil tinggi di Britain turut memberi pendapatnya dan menyatakan bahawa soal pakaian seseorang bukan menjadi tanggungjawab kerajaan. Menteri Masyarakat, Shahid Malik berkata " tiada undang undang yang menghalang pakaian mana yang patut dipakai dan terpulang kepada individu sendiri untuk menentukan sama ada dia pilih untuk memakai hijab atau burqa atau skirt pendek."

Di Paris, suruhanjaya 32 anggota yang ditubuhkan Parlimen, dengan wakil daripada keempat-empat parti utama Perancis akan mengadakan perbincangan yang menjurus kepada pembentukan perundangan yang melarang pemakaian burqa di tempat awam - langkah yang dilihat oleh kumpulan pemerhati hak asasi manusia sebagai tidak wajar.

"Melarang burqa tidak memberi kebebasan kepada wanita," kata Jean-Marie Fardeau, pengarah Human Rights Watch di Paris. "Ia hanya akan menyebabkan wanita yang memakainya menjadi tersisih."

Perancis mempunyai penduduk Muslim terbesar di barat Eropah, dianggarkan lima juta orang. Sekumpulan kecil wanita Perancis memakai burqa dan niqab yang menutup seluruh anggota badan atau semua sekali kecuali mata.

Suruhanjaya itu dijangka mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan kajiannya, yang mungkin akan menjurus kepada cadangan mengadakan peraturan untuk pemakai burqa. - AP