Secara umumnya hari ini, orang akan mengaitkan sesuatu perkara dengan Islam. Dengan cara ini, maka akan dapat meningkatkan minat golongan tertentu untuk bersamanya. Di antara contoh yang paling ketara adalah :-
- Senibina Islam ( mesti ada kubah dan arca)
- Sistem Kewangan Islam
- Fashion Islam ( glamour lebih, hukum tak kemana)
Ada banyak lagi, luaran nya bukan main gah lagi, isinya kosong. Kalau program realiti TV tu jangan cerita lah. Nanyi dan bernasyid, jangan cakaplah, habis lah orang berdendang tasbih, takbir dan Asma'ul Husna dan sebagainya.
Yang hukum tak penting, yang utama ada Islamnya. Akhirnya, mengakui diri Islam, merosakkan apa yang telah Nabi SAW sampaikan.
Kalau hari ini, diseluruh dunia, orang tak faham tentang Islam, memnag patut pun, kerana orang yang mengakui dirinya Islam tidak menunjukkan keperibadian Islam itu sendiri.
Agaknya memang dah akhir zaman, tanda-tanda Kiamat dah banyak.
1 comment:
Askm, Keputusan kerajaan telah pun diduga utk membenarkan percetakan dan mengedaran injil dalam berbagai2 bahasa termasuk bahasa Melayu. Kan pilihanraya di Sarawak tidak lama lagi nanti takut hilang undi, hilang kuasa, hilang harta, jadi gila kerana papa kedana? Jadi politik bolih menghalalkan semua dan segala, tak kira apa. Itulah dunia tapi azab neraka yg sangat pedih akan menanti mereka dan berkekalan pula, nauzubillah...
Post a Comment