Dr. Abdul Rahman As Sudais, Imam Besar Masjidil Haram sekarang berada di Malaysia.
Mengikut jadualnya, beliau akan menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur manakala pada sebelah malam akan menyampaikan ceramah di Masjid kampung Baru.
Memandangkan kita selalu diheret dengan berberapa persoalan umum, mudahnya, pihak JAKIM (JAIS tak ada kuasa kerana bukan di Negeri Selangor) ada ke bertanya atau menyelidiki latarbelakang serta kelayakan beliau, bagi mengeluarkan tauliah atau hak membaca khutbah atau berceramah:-
1. Mazhab yang mana, atau Wahabbi?
2. Bacaan dalam Bahasa Arab (macam mana pendengar nak faham?).
Mesti ada yang akan berkata itu persoalan remeh atau furu, ataupun soalan orang bodoh! Tapi hakikatnya setiap masa atau kebanyakan masa ada aje isu mazhab, sesat, tauliah dan sebagainya yang diketengahkan oleh orang-orang atau pihak-pihak tertentu.
Dalam kita mencari kebenaran, serta proses memurnikan agama Allah aza wajalla yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW ini, kita tidak mahu ada yang memandai sendiri kerana akal atau 'statement', takkan lah Imam Besar Masjidil Haram kita tak boleh percaya?
Siapa yang kata tak boleh percaya ???
Yang dipersoalkan ialah pihak yang selalu mencari kesalahan atau kekurangan orang lain dengan kuasa yang ada ditangan tetapi ilmu yang sontot (sedikit).
Ingatlah ... Islam tidak berbangsa, berwarna atau bernegara atau sempadan.
NB
Pada tulisan terdahulu, kita mempersoalkan RUPA ISLAM, dari tiga perkara yang diketengahkan, ada tambahan lagi, iaitu muzik Islam. Nasyid yang hebat-hebat, dan sekarang ni ramai pula yang tengah kemarok dengan Maher Zain dan berberapa lagi penyanyi lain dari luar negara. Kalau kacak pula, ramai lah anak-anak gadis yang terlebih minat, maka di Malaysia ni banyaklah konsert dan jemputan.
Maka berkumandanglah muzik serta nyanyian disana sini, dalam tandas pun kedengaran. Seronoknya kita ... oops ... iya ke???
Imam Muda (Imam Komersil Astro)
Dah mula dah, nanti nak buat finale kat Istana Budaya (IB), maka bertambah glamour lah Imam-Imam kita masa depan, pakai kot lagi professional, siap ada 'mufler' kira boleh jadi serbanlah kalau di lilit kat kepala. Ada pula finalist tu dari luar negara, Brunei dan Singapura. Hebatnya kita, tak lama lagi dalam 'resume' dapat markah lebih kalau nak jadi Mufti ke, Pengarah Jabatan Agama dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment