Friday, April 29, 2011

Tergolong TTS

Siapa mereka ini ?

Diantaranya ialah:-
  1. Mereka yang perasan pandai agama.
  2. Mereka yang jahil tapi nak tunjuk pandai.
  3. Mereka yang pandai, tapi tidak mendapat ilmu agama yang haq.
  4. Sesiapa sahaja yang dalam sedar berusaha menolak perkara yang haq kerana sudah biasa dengan sesuatu perkara atau amalan lampau.
  5. Mereka yang cuba mengiyakan sesuatu perkara yang nampak baik, malangnya tidak ada sandaran dalil atau hadith yang kukuh.
Sebenarnya ... ramai lagi golongan TTS ini, kerana mereka ini berada disekeliling kita, dalam sedar atau tidak sedar, sesiapa sahaja yang tidak mendapat Hidayah Allah SWT, akan menjadimanusia yang paling rugi, serugi-ruginya.

Yang dikhuatiri, hingga keakhir hayat tidak berpeluang mendapat Hidayah kerana kesombongan yang tidak boleh diajar. Umumnya, bila kita memberi hujah, ada aje balas dia.

Kalaulah kita hayati ayat ini ... "Tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat"

AMIN

2 comments:

Orbee said...

Askm, memang betul semua orang "Islam" membaca surah Al-Fatiha sekurang2nya dalam solat. Tapi malangnya apabila Allah perkenankan "permohonan" mereka itu, mereka tak sedar dsebabkan kurang ilmu, olih itu kurang kepahaman dan kurang penghayatan. setelah diberitahu pun mereka masih tak nak menerima. Rugilah mereka2 ini akhirnya. Wallahu'alam.

d'enricher said...

Ramai orang yang pandai, tapi kurang cerdik, dan yang paling teruk bodoh sombong.

Belajar lah buka minda ...