Wednesday, February 24, 2010

2 Perkara ....

Maksud Sabda Nabi ...

" Aku tinggalkan pada kalian 2 perkara, dan sekiranya kalian berpegang kepada 2 perkara, kalian tidak akan sesat selama lama nya, ia itu Kitab Allah (iaitu Al Quran) dan Sunnah Nabi (Al hadith) "
.
Maka persoalannya ialah adakah kita berpegang kepada 2 perkara tersebut???
.
Saya selalu mendengar "Ceramah Agama" di radio dan TV, serta membaca berberapa tulisan di akbar, majalah dan juga Blog di ruang Siber. Pagi ini saya sempat mendengar satu program di TV yang mana "Pendakwahnya" boleh dikatakan terkenallah di Malaysia. Apa yang merunsingkan saya adalah dalam beliau (juga penceramah dan penulis) lebih suka merujuk kepada sesuatu perkara yang dibincangkan kepada "ulama-ulama" atau "ulama tertentu" serta kitab-kitab karangan, melebihi Hadith-Hadith spesifik dari Kitab-Kitab Hadith utama (umpamanya Kitabussitah).
.
Kenapa agaknya ya?
.
Apa pun, kita tidak mahu dicop sebagai tidak menghormati Ulama-ulama tersebut, ataupun dikatakan baru belajar satu dua hadith dah nak tunjuk pandai. Mereka selalu mengeluarkan komen, 'Siapa kah kamu berbanding dengan mereka atau ulama-ulama tersebut ???
.
Tetapi, hak bagi memastikan agama yang benar terletak pada yang punya diri, nanti sampai ajal, masuk kubur Malaikat Mungkar dan Nangkir tanya, bukan orang lain boleh tolong. Macam mana???
.
Maksud Sabda Nabi :
" Akhir zaman Islam akan berpecah kepada 73 golongan, 72 ke Neraka, kecuali 1" ditanya oleh para sahabat, golongan manakah yang 1, maka dijawab oleh Nabi SAW ... "wa hiyyal Jamaah"
.
Jadi adakah kita sudah pasti kita didalam "Jamaah" yang 1 dari 73 golongan tersebut?
.
Maka sekiranya kita ikhlas pada diri kita sendiri, kita akan berusaha memastikan apa juga amalan kita sandarannya jelas, tak kiralah kita belajar kat pondok ke, atau universiti, tok guru kita ada PhD ke atau tidak. Orang yang lebih tua ke atau nampak masih muda.
.
Buatlah tindakan yang tepat, sekiranya kita inginkan "Syurga" yang telah dijanjikan Allah SWT dan dijelaskan oleh Nabi SAW.

Friday, February 19, 2010

Rabiul Awal

Apa yang menarik pada bulan ini???

Pada mereka yang peka, berberapa hari lagi, kita akan dapat cuti kerana jumaat 12 Rabiul Awal, bersamaan dengan 26hb Februari 2010 sempena hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Maka sibuklah mereka yang sedang bertungkus lumus kerana persediaan untuk berarak dengan baju baru yang cantik serta kain rentang yang berpelbagai cogankata. Ini telah menjadi isu yang panas apabila "dikatakan" Pulau Pinang akan membatalkan perarakan tahunan tersebut. Lebih menarik lagi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Asri mencadangkan agar semua bentuk perarakan tak kira agama ditiadakan. Apa pula komen mereka yang sentiasa tidak bersetuju dengan beliau?

Selain dari itu, kes orang kena rotan. Hari ini dah ramai mula buat komen lebih lebih lagi mereka yang tak faham hukum. Tapi persoalannya ialah adakah ini hukum yang Allah SWT turunkan sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW? Kenapa berbeza hukumannya sekiranya kesalahan yang dilakukan dikira dari sudut agama Islam.

Adakah ini yang dikatakan menegakkan sunnah nabi???