Friday, June 22, 2012

Menjelang Ramadhan ...

Kurang dari sebulan kita insyaallah akan menemui Ramadhan. iaitu :-

28 hari lagi atau
04 minggu atau
672 jam atau
40320 minit atau
2419200 saat .... oops dah hilang berberapa saat dah ...

ohh ... alang kah indahnya makin dekat kita dengan Ramadhan makin beruntung kita dalam menghadapi bulan yang membawa peluang untuk kita beribadah dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Dah bayar ke puasa-puasa yang terlepas bagi tahun yang terdahulu ... ada masa lagi jangan berlengah. 

Malangnya ramai dari kita yang mungkin hanya mendapat lapar dan dahaga, penat sembahyang dalam usaha beribadah ... tetapi tidak mendapat pahala atau ganjaran yang sewajarnya kerana tida termasuk dalam golongan yang diterima amalnya ... kerana bukan dari golongan yang di sebut Nabi SAW ;


"Man amilan amalan laisa alaihi amruna fa hua radun"
(Barang siapa beramal sebarang amalan, bukan dari perkara ku (Nabi) maka amalan itu di tolak)


Maka marilah kita benar-benar bertanya pada diri, adakah aku telah menepati "BENCHMARK" yang melayakkan kita tergolong dalam mereka yang  di katakan atau lebih tepat lagi diterima sebagai golongan orang mukmin dalam segala aspek.

Adakah amalan kita murni dan dari golongan yang mana syaitan sendiri telah mengaku didepan Allah aza wa jalla dengan ungkapan ini yang disebut berberapa kali dalam al-Quran 'kecuali mereka dari hambamu yang dimurnikan'.


Wednesday, June 20, 2012

1 hari 3 ayat ....

Berapa lama kah agaknya masa yang kita perlukan untuk mengkhatamkan al Quran sekiranya kita membaca setiap hari 3 ayat ??? Sekiranya ada 6666 ayat, maka dibahagi dengan 3, ia akan mengambil masa 2222 hari, iaitu bersamaan dengan lebih sikit dari 73 bulan atau 6 tahun.

Yang pasti kita boleh menghabiskan 30 juz dalam masa satu bulan dengan syarat kita mulakan 1 juz setiap hari. Yang pasti Ramadhan akan menjelma tidak berapa lama lagi, panjang umur, insyaallah kita usahakan.