Wednesday, January 18, 2012

ISLAM ...

Masakini, terlalu ramai yang bercakap tentang Islam. 

Maka keluarlah istilah-istilah tertentu yang dikaitkan atau diakui oleh pihak-pihak yang mencanangkan idea-idea mereka ataupun intipritasi mereka. Maka yang satu pihak kata macam ini, yang satu pihak pula kata macam itu. Maka akhirnya, orang ramai, baik yang mengakui dirinya Islam dan yang bukan orang Islam jadi serba salah. 

Akhirnya keluarlah istilah-istilah yang akhirnya menuduh orang itu dan orang ini sesat. Jangan nanti sibuk tuduh orang itu dan ini, diri sendiri yang sesat.

Kalau kita kaji sejarah dari zaman Nabi Adam AS dijadikan Allah SWT lagi, kemudian seterusnya rasul-rasul yang ramai dan diantara mereka dikenali sebagai Rasul Ulul Azmi, hinggalah Nabi dan Rasul yang terakhir Nabi Muhammad SAW, Islam yang Allah tentukan hanya disempunakan melalui Nabi Muhammad SAW. Agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul terdahulu adalah Islam. Bezanya, sebelum Nabi Muhammad SAW ia untuk kaum-kaum tertentu sahaja.

Selepas Nabi Muhammad SAW wafat, tidak ada nabi lagi, yang beliau tinggalkan ialah Al Quran dan Sunnah baginda sahaja. Mereka yang mengikutinya secara kaedah Manqul, Musnad dan Muttashil tidak akan sesat selama-lamanya.

Apa dia kaedah Manqul, Musnad dan Muttashil itu ???



... bersambung.