Wednesday, March 17, 2010

Imam Komersil ?

Inilah yang menarik hari ini, dulu ada Akedemi Fantasia, nak jadi Islamik maka ada Akademi Al Quran, sekarang dah ada pula program Imam Muda ... Dunia dunia apa nak jadi. Nampak baik tapi semuanya nak dikomersilkan. Kalau dah jahil, semunya boleh...

Berita Harian - 17 mac 2010.
Hadiah nya cukup lumayan. Selain sebuah kereta yang bernilai lebih RM150,000.00, pemenangnya juga akan ditaja untuk melanjutkan pelajaran sepenuhnya di universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

Kemudian khidmatnya diperlukan bagi memegang jawatan Imam di Masjid utama di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sertaa pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000.00 serta komputer riba Apple Macpro.

Itulah imbuhan yang dijanjikan kepada juara program realiti kerohanian pertama, Imam Muda terbitan Astro dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Mengikut kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, program realiti kerohanian pertama dalam mencari pelapis dan menyambung warisan untuk memikul tanggungjawab imam.

"Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggung jawab sebenar yang dipikul oleh seorang imam muda. Program Imam Muda bakal dilahirkan dengan menepati objektif utama kami adalah bukan calang-calang insan yang terpilih"
.

Semasa pelancaran Menteri dijabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum pun ada. Beliau yang meyokong program ini berkata "Sebelum ini kami banyak mendengar pelbagai komentar mengenai kebanjiran program televisyen yang kurang bersesuaian untuk suapan minda dan jiwa remaja. Saya yakin dengan program ini akanmenatijahkan keputusan yang optimum kepada semua pihak. Ini berdasarkan pengalaman luas pihak JAWI dalam pengurusan imam dan masjid serta surau di Wilayah Persekutuan yang ternyata menjadi contoh kepada pengurusan kariah bersistematik di negara ini".

Nanti semua yang jadi imam tauliahnya mesti melalui program ini agaknya, kerana Pak Menteri pun dah sokong.

Friday, March 12, 2010

Syahadah ...

Berapa ramai dari kita yang telah bersyahadah?

Kalau digunakan jumlah nombor, yang dikatakan orang Islam ada lebih dari 1 Billion dan ada yang kata dah lebih 1.5 Billion. Ramainya ... ikut kira-kira mudah, ini bersamaan dengan lebih kurang 1/4 dari keseluruhan penduduk dunia.

Dari lafadz syahadah itu ... aku naik saksi tiada tuhan kecuali Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad SAW itu hamba dan utusan(pesuruh) Allah.

Maka demikian itu, pengakuan bahawa tiada tuhan yang wajib disembah kecuali Allah SWT, maka adakah kita mengerjakan Perintahnya serta menjauhi larangan nya. Tapi ... sebelum kita pergi lebih jauh tanya diri kita ... Apa dia perintah serta larangan Allah???

Persoalan ini akan membuatkan ramai yang marah, terutama sekali Tok Tok Guru dan Ustaz.

Yang menariknya ramai juga yang akan merasa keliru, kerana diseluruh dunia berapa ramai yang mengaku dirinya Islam tetapi dengan kata dan perbuatan telah melanggar perintah serta larangan terebut.

Kenapa ya???

Monday, March 1, 2010

SATU dari 73 ...

Setiap kali berbicara tentang Islam, baik secara individu atau berkumpulan, perkara ini menjadi perkara yang sangat "rumit". Ia rumit kerana seluruh dunia hari ini dikatakan ada lebih dari 1 billion orang yang mengakui mereka adalah orang Islam.
.
Dan disetiap ceruk dunia, berkemungkinan ada orang yang mengakui dirinya Islam, baik bermastautin di situ ataupun pendatang yang bekerja atau melancung. Dunia hari ini mengenali Islam dalam bentuk yang sangat berbeza. Sekarang 'SUNNI' atau 'SHIITE'. Maknanya SUNNAH atau SYIAH. Setiap satu mengatakan mereka Islam, kemudian ada pula MAZHAB yang 4, dan yang menarik sekarang 'WAHABBI', adakah ini juga masuk kategori MAZHAB, kalau ya dah jadi 5 pula.
.
Dari tulisan yang terdahulu saya mengutarakan tentang sabda Nabi SAW berkaitan dengan 2 perkara, iaitu Al Quran dan Sunnah. Di Malaysia kita dah sambut Hari Keputeraan Nabi SAW dengan nama Maulid Nabi/Maulidul Rasul. Ada Perarakan, ada ceramah ada anugerah, ada pertandingan azan, berzanji dan sebagainya.
.
Ada yang mengatakan Islamnya seseorang itu dengan lafadz Syahadah (memang ada Hadithnya pun). Jadi mudahlah menjadi orang Islam. Apa intipati Syahadah???
.
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,
dan aku naik saksi Muhammad Hamba dan Utusan Allah"
.
Mudahnya Perintah kerjakan, Larangan jauhi sepertimana yang diajarkan oleh Hamba dan Utasan iaitu Nabi Muhammad SAW.
.
Adakah kita pasti bahawa kita dah ikut perintah serta menjauhi larangannya???