Wednesday, March 17, 2010

Imam Komersil ?

Inilah yang menarik hari ini, dulu ada Akedemi Fantasia, nak jadi Islamik maka ada Akademi Al Quran, sekarang dah ada pula program Imam Muda ... Dunia dunia apa nak jadi. Nampak baik tapi semuanya nak dikomersilkan. Kalau dah jahil, semunya boleh...

Berita Harian - 17 mac 2010.
Hadiah nya cukup lumayan. Selain sebuah kereta yang bernilai lebih RM150,000.00, pemenangnya juga akan ditaja untuk melanjutkan pelajaran sepenuhnya di universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

Kemudian khidmatnya diperlukan bagi memegang jawatan Imam di Masjid utama di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sertaa pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000.00 serta komputer riba Apple Macpro.

Itulah imbuhan yang dijanjikan kepada juara program realiti kerohanian pertama, Imam Muda terbitan Astro dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Mengikut kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, program realiti kerohanian pertama dalam mencari pelapis dan menyambung warisan untuk memikul tanggungjawab imam.

"Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggung jawab sebenar yang dipikul oleh seorang imam muda. Program Imam Muda bakal dilahirkan dengan menepati objektif utama kami adalah bukan calang-calang insan yang terpilih"
.

Semasa pelancaran Menteri dijabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum pun ada. Beliau yang meyokong program ini berkata "Sebelum ini kami banyak mendengar pelbagai komentar mengenai kebanjiran program televisyen yang kurang bersesuaian untuk suapan minda dan jiwa remaja. Saya yakin dengan program ini akanmenatijahkan keputusan yang optimum kepada semua pihak. Ini berdasarkan pengalaman luas pihak JAWI dalam pengurusan imam dan masjid serta surau di Wilayah Persekutuan yang ternyata menjadi contoh kepada pengurusan kariah bersistematik di negara ini".

Nanti semua yang jadi imam tauliahnya mesti melalui program ini agaknya, kerana Pak Menteri pun dah sokong.

4 comments:

Orbee said...

Askm,

Kalau dah jahil itulah jadinya.

Sekarang ni kan dah jadi undang2 atau peraturan yang kalau nak kahwin kena hadir dulu kursus perkahwinan. Kalau tidak mereka yang terlibat tak bolih kahwin. Biarlah mereka itu terus melakukan perlanggaran kerana susahnya nak kahwin. Jadi banyaklah berlaku sekarang pembuangan anak luar nikah. Yang hidup ramai. Dengar berita terdapat lebih kurang 74,000 orang anak luar nikah.

Baru2 ini timbul pula yang membunuh bayi yang baru lahir dengan membuang mereka di longkang, tandas, tong sampah dan dimana saja. Apa dah jadi? Binatang pun sayangkan anak2 mereka. Ini bermakna status ini lebih dahsyat dari pernagai binatang. Inilah akibatnya kalau pihak yang berwajib pun jahil denagn ilmu Quran & hadith.

Mungkin Imam yang menang nanti akan pergi ke tempat2 maksiat kut untuk berkutubah sebab dia ada tauliah.

Apa nak jadi pada dunia ini? Ini lah petanda khiamat.

Semuag Allah melindung kita yang terus tetap beriman dengan secara Quran, Hadith berjemaah.

ibnu marzuki al firdaus said...

http://warisan-marzuki.blogspot.com/2010/04/lebih-hebat-daripada-aktiviti-gay-les.html

Lisa said...

Assalamualaikum.

Craving for reality tvs has taken over.

d'enricher said...

Manusia ni akan sentiasa seronok, tak kiralah apa topic

Orbee : setuju sangatlah, kalau dah jahil, kena rajin cari ilmu.

Ocean Girl : realiti yang tak real.

Dunia ... Dunia