Monday, February 21, 2011

Umat Islam lebih pantas berkembang

Berita harian, 28hb Januari 2011

Washington:
Penduduk Islam dunia akan bertambah dua kali lebih cepat berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang apabila umat Islam dijangka menjadikan lebih satu perempat daripada penduduk global.

Dengan mengunakan kadar kesuburan, kematian dan perpindahan, penyelidik PEW Forum Agama dan Kehidupan Awam, meramalkanbahawa sebanyak 1.5 peratus bagi umat Islam seluruh dunia sepanjang dua dekad akan datang, dan hanya 0.7 peratus penduduk bukan Islam setiap tahun.

Kajian yang dipanggil, 'Masa depan Populasi Islam Global' meramalkan, pada 2030 penduduk Islam akan meliputi kira-kira 26.4 peratus daripada penduduk dunia, yang dijangka secara total berjumlah 8.3 billion. Ia menandakan kenaikan tiga peratus daripada 23.4 peratus yang dipegang umat Islam ketika ini. Bilangan mereka (penduduk dunia) diseluruh dunia pada masa ini dianggarkan 6.9 billion, kata kajian berkenaan.

Lebih 6 dalam 10 pengikut Islam akan tinggal di rantau Asia Pasifik pada 2030, dan Pakistan akan mengambil alih daripada Indonesia sebagai negara dengan umat Islam paling ramai di dunia.

Di Afrika, penduduk Islam dinegara sub-Sahara, Nigeria akan menjadi lebih besar daripada Mesir dalam tempoh 20 tahun ramal projek terbabit.

Di Eropah, penyelidik turut meramalkan penduduk Islam akan berkembang hampir satu pertiga dalam tempoh yang sama, daripada 44.1 juta atau 6 peratus daripada penduduk di rantau itu pada 2010 kepada 58.2 juta atau 8 peratus daripada keseluruhan bilangan penduduk yang diramalkan pada 2030. Sebilangan negara Kesatuan Eropah akan menyaksikan pertambahan 2 digit peratusan penduduk Islam pada 2030.

Sementara itu, penduduk Islam di Belgium di ramalkan meningkat daripada 6 peratus kepada 10.2 peratus manakala Perancis dijangka mencecah 10.3 peratus pada 2030, meningkat sebanyak 4.7 peratus daripada 7.5 peratus ketika ini.

Di Sweden, penyelidik meramalkan penduduk Islam akan meningkat hampir 10 peratus berbanding 5 peratus hari ini.

Penduduk Islam di Britain di ramalkan meningkat daripada 4.6 peratus kepada 8.2 peratus dan 9.3 peratus penduduk Austria dijangka orang Islam berbanding kurang dari 6 peratus pada masa ini.

Russia yang bukan ahli EU akan terus meyaksikan bilangan penduduk Islam terbesar di Eropah dengan18.6 juta penduduk Islam atau 14.4 peratus daripada keseluruhan penduduk negara berkenaan.

Amerika Syarikat pula dijangka menpunyai bilangan penduduk Islam paling ramai berbanding negara Eropah lain seperti di Russia dan Perancis tetapi peratusan penduduk Islam di negara itu berbanding Eropah. - AFP


***
Kalau kita ambil kira jumlah, maka gah lah kita, tapi yang sebenarnya mengamalkan amalan Islam sepertimana diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW berapa ramai? Ada masa jumlah yang besar menjadikan sesetengah orang mendabik dada.

Tapi ... hakikatnya yang iman tu berapa ramai???

Cuba tengok disekeliling kita, cara berpakaian, kerenah dan sebagainya, ingat lah bahawa sejak zaman Nabi Adam AS, hanya setiap 1 dari 1000 umat manusia akan masuk syurga, dan sabda Nabi SAW, 1 dari 73 orang.

Friday, February 11, 2011

Maulud Nabi ...

Tak berberapa hari lagi, satu hari yang dikenang ramai dalam usaha mereka untuk menunjukkan bahawa merekalah yang mengingati dan mengasihi Nabi Muhammad SAW. Dalam proses itu, mereka akan berarak, dan mengadakan berbagai aktiviti bagi membuktikan bahawa aku lebih Islam dari mereka dan sebaliknya.

Sebenarnya ... Adakah itu yang mereka lakukan bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW???

dan lebih menyedihkan lagi, ada slogan :-

"1Malaysia 1Ummah"

dan di Pulau Pinang akan mengunakan slogan ;-

"Wassatiyah Tonggak Kecemerlangan Ummah"

Umumnya, kita perlu lihat dan bersedia untuk mengamalkan Islam secara total dengan memastikan ia tetap seperti apa yang Nabi SAW tinggalkan. Selagi kita tidak dapat menerima yang HAQ secara mutlak dan bangga dengan pandangan sendiri atau Tok Guru atau yang ada "TITLE", baik Ustaz, Professor, Doktor dan sebagainya, kita akan sentiasa betul sendiri.

Akhirnya, amal tonggang tebalik, mati masuk neraka, nauzubillah hi min zalik.