Monday, May 17, 2010

3 Jamadilakhir 1431

Mengingatkan diri tentang masa, kerana ia berlalu dengan begitu pantas. Tanpa kita sedari ia meninggalkan kita, apa yang telah kita lakukan dan berapa banyak lagi yang perlu kita lakukan.

Tidak ramai yang sebenarnya kisah tentang masa sehinggalah kita sudah terlambat. Hanya ingin mengingatkan diri bahawa lebih kurang 3 bulan lagi kta akan menghadapi Ramadhan, itupun kalau diberi Allah SWT umur panjang. Mungkin lebih ramai lagi yang sudah mula mengingati Syawal (Hari Raya Aidil Fitri).

Manusia yang leka dan akan terus dilekakan, tidak akan suka jika diingatkan. Dah beli baju baru, kain untuk tempah baju kurung dan baju melayu. Tak lama lagi masuk mula sibuk nak buat kuih untuk diri atau berniaga menambah pendapatan.

Ilmu yang manafaat ni sebenarnya sukar untuk dihayati kerana musuh utama kita ni memang 'expert' melalaikan. Kalau tidak sentiasa berusaha untuk kebaikan, kita mungkin rugi.

Tapi ... insyaallah, sekiranya kita ikhlas untuk berjaya kita perlu sentiasa berusaha.

Monday, May 3, 2010

IMAN perlu kepada ILMU ...

Maka ramai lah yang akan mengaku IMAN, dan marah apabila ada orang mempersoalkannya. Lebih lebih lagi, sekiranya dituduh tidak beriman.

Persoalannya, dalam tahap mana keimanan seseorang ditentukan oleh ilmu yang dia ada dan amalannya dengan ilmu tersebut. Kadang-kadang ada ilmu tapi sumbernya salah, maka apa yang diamalkan menjadi songsang.

Saya mendengar satu cerita yang mungkin berkaitan yang untuk dikongsi. Adalah seorang hamba Allah ini yang ingin pergi ke Cikano di Mexico, tetapi atas kelalaian yang sengaja atau tidak sengaja, atau peka atau tidak peka maka dia telah diberi peta United States of America. Maka telah dikaji akan peta tersebut, maka yang paling hampir ialah Chicago. Maka hamba Allah tersebut pergilah ke Chicago, malangnya dia tidak kesampaian ke Chikano kerana peta yang salah tadi. Sekarang ni mungkin ada yang berkata itu tidak akan terjadi kerana ada Googles Map dan semua macam mapa, GPRS ke (GPS), dasebagainya.

Maka dalam menuntut hukum Allah, Al Quran dan Al hadith adalah sumber mutlak, dengan cara pembelajaran yang perlu betul serta cukup sanad nya, sekiranya tidak, apa yang bakal terjadi, yang mengharapkan Surga yang kekal dari agama yang murni, mengamalkan selain dari yang diajar oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW.

Jangan ambil mudah, nak masuk surga, atas kelalaian serta keegoaan, rugi masuk neraka.

Tak ke haru, maka pastikan ... dimana kita dan kemana kita !!!