Hari ini kita insyaallah akan melengkapkan hari ke 20 berpuasa, maka malam ini adalah malam ke 21 Ramadhan.
Dengan itu, 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan, yang dinanti-nantikan oleh mereka yang memahami apa yang di janjikan oleh Allah SWT sudah tiba. Dan diantara 10 malam tersebut, ada satu malam yang mana di namakan Lailatul Qadr (malam 1000 bulan). Malam yang telah Allah aza wajalla, telah khaskan untuk umat Nabi Muhammad SAW.
Tidak ada siapa yang tahu, malam mana sebenarnya ia akan turun. Nabi Muhammad SAW ada bersabda bahawa carilah dimalam - malam ganjil, dan ada yang percaya ia akan turun pada malam 27 Ramadhan. Walaubagaimanapun bagi mereka yang ikhlas dalam ibadahnya pada 10 malam terakhir Ramadhan ini secara tidak langsung mempunyai hak (insyaallah) kemungkinan menjumpai Lailatul Qadr tanpa perlu memilih milih.

Berapa ramai yang mengetahui ?
Hanya mereka yang mengaji ilmu AlQuran dan Al Hadith sahaja yang pasti dapat menghayati malam ini dan seterusnya beribadah sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Apakah ganjaran nya ?
Mendapat ganjarannya seumpama beribadah selama 1000 bulan atau lebih 83 tahun.
Apa yang perlu dilaku kan?
Beriktikaf di Masjid sambil berjaga malam. Pahala iktikaf hanya bagi mereka yang berjaga di Masjid walaupun mereka hanya duduk diam.
Yang paling utama, kita perlu ingat bahawa ini mungkin Ramadhan terakhir kita, maka ambillah peluang ini sebaik-baiknya. Ini kerana, baru 2 hari lepas salah seorang dari warga iman yang meninggal dunia yang mana beliau tidak berpeluang untuk mendapatkan peluang untuk Ramadhan kali ini.
Yang lebih menyedihkan, kehadiran ke masjid mula berkurangan, kerana orang ramai mula memikirkan Hari Raya Aidil Fitri yang akan hadir 10 hari lagi, membeli belah, buat kuih raya, sibuk nak balik raya dan sebagainya.