Sunday, July 31, 2011

Ramadhan menjelma lagi ...

Alhamdulillah, insyaallah kita dipertemukan lagi untuk Ramadhan tahun ini.

Tak pastilah sekiranya anak bulan kelihatan atau kaedah rukyah, tetapi sebagai rakyat yang patuh kepada pemerintah yang telah menetapkan bermulanya 1 Ramadhan 1432 ialah bersamaan dengan 1 Ogos 2011, maka kita akan mula berpuasa esok.

Lebihkan ibadah, semoga Allah menerima setiap usaha kita dengan gandaan yang telah dijanjikan.

Thursday, July 7, 2011

Arah Kiblat

Persoalan masakini ???

Adakah arah kiblat akibat Tsunami yang melanda kita pada 26hb Disember 2006, dan yang terbaru di Jepun baru-baru ini ?

Sekiranya ya, adakah kita telah melakukan perubahan, dan sekiranya tidak tidak ada apa yang perlu dilakukan. Bagaimana kita memastikan perkara ini ? Pada yang ingin memastikan, mungkin bolih klik di Qiblalocator.

Juga untuk memastikan dengan cara tradisional, matahari akan berada betul-betul di atas Kaabah (Latitude 21.42252, Longitude 39.8262) pada :

  • May 28 - 12:18 (waktu Malaysia 17:18)
  • July 16 - 12:27 (waktu Malaysia 17:27)
Insyaallah, yang haq dan benar sentiasa bersama kita.