Wednesday, July 11, 2012

10 hari Sahaja lagi ...

240 jam lagi ...

Ya ... kita akan menjumpai Ramadahan al Mubarrak, insyaallah. Bulan terbaik yang Allah SWT kurniakan kepada hambanya.

Sudahkah kita bersedia untuk memanafaatkan nya ?

Friday, June 22, 2012

Menjelang Ramadhan ...

Kurang dari sebulan kita insyaallah akan menemui Ramadhan. iaitu :-

28 hari lagi atau
04 minggu atau
672 jam atau
40320 minit atau
2419200 saat .... oops dah hilang berberapa saat dah ...

ohh ... alang kah indahnya makin dekat kita dengan Ramadhan makin beruntung kita dalam menghadapi bulan yang membawa peluang untuk kita beribadah dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Dah bayar ke puasa-puasa yang terlepas bagi tahun yang terdahulu ... ada masa lagi jangan berlengah. 

Malangnya ramai dari kita yang mungkin hanya mendapat lapar dan dahaga, penat sembahyang dalam usaha beribadah ... tetapi tidak mendapat pahala atau ganjaran yang sewajarnya kerana tida termasuk dalam golongan yang diterima amalnya ... kerana bukan dari golongan yang di sebut Nabi SAW ;


"Man amilan amalan laisa alaihi amruna fa hua radun"
(Barang siapa beramal sebarang amalan, bukan dari perkara ku (Nabi) maka amalan itu di tolak)


Maka marilah kita benar-benar bertanya pada diri, adakah aku telah menepati "BENCHMARK" yang melayakkan kita tergolong dalam mereka yang  di katakan atau lebih tepat lagi diterima sebagai golongan orang mukmin dalam segala aspek.

Adakah amalan kita murni dan dari golongan yang mana syaitan sendiri telah mengaku didepan Allah aza wa jalla dengan ungkapan ini yang disebut berberapa kali dalam al-Quran 'kecuali mereka dari hambamu yang dimurnikan'.


Wednesday, June 20, 2012

1 hari 3 ayat ....

Berapa lama kah agaknya masa yang kita perlukan untuk mengkhatamkan al Quran sekiranya kita membaca setiap hari 3 ayat ??? Sekiranya ada 6666 ayat, maka dibahagi dengan 3, ia akan mengambil masa 2222 hari, iaitu bersamaan dengan lebih sikit dari 73 bulan atau 6 tahun.

Yang pasti kita boleh menghabiskan 30 juz dalam masa satu bulan dengan syarat kita mulakan 1 juz setiap hari. Yang pasti Ramadhan akan menjelma tidak berapa lama lagi, panjang umur, insyaallah kita usahakan.

Tuesday, April 17, 2012

IKSIM pula dah ....

bERITA hARIAN 17hb April 2012- 25 Jamadil Awal 1433H

IKSIM tangani ancaman akidah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menubuhkan Institut KajianStrategik Islam Malaysia (IKSIM) bagi menangani ancaman yang mengugat akidah umat Islam dinegara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu sudah menerima perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan IKSIM dijangka beroperasi hujung tahun ini.

baca seterusnya di bERITA hARIAN ms 10.


****
Berapa punya banyak Institut dan Jabatan serta Universiti yang perlu ditubuhkan bagi menangani isu Islam ni kat Malaysia agaknya. Dah ada IKIM, nak IKSIM, dah ada UIA nak USIM. yang lain-lain tu tak payah sebut lah buat penat menaip aje. 

Perkara asas tak di perbetulkan asyik nak tubuh itu, nak tubuh ini, yang ada tu apa faedahnya. Nanti buat bangunan cantik-cantik, "budget" berjuta, CEO dan pegawai dengan kereta mewah, tapi tak kemana. Nanti, tak jadi, tubuhkan pula institut lain. 

Yang HAQ tak difahami, luaran aje gah .... Dunia ...Dunia, apa nak jadi. 


Tuesday, March 27, 2012

PIN Nombor SYURGA ...

Minggu lepas saya telah mendengar satu nasihat agama seperti biasa, insyaallah sebulan sekali dan dari banyak yang dinasihati, saya tersentuh pada satu kiasan yang sangat "basic", tetapi sangat bertepatan. 

Ia dikaitan dengan zaman moden sekarang ini dengan teknologi canggih dimana kita perlu mengunakan Personal Identification Number (PIN) bila berkomunikasi atau menjalankan urusan-urusan tertentu baik melalui INTERNET atau World Wide Web (WWW). Sekiranya kita tersalah tekan Username dan PIN yang betul, kita tidak akan dapat berurusan seperti yang kita inginkan. 

Kalau salah pula tiga (3) kali, kita akan kena 'block' dan perlu berhubung dengan pihak yang bertanggung jawab untuk reset balik Username dan PIN kita.

Selain dari itu, atas kegairahan pihak-pihak yang cuba "MENCURI" data kita, perlu kepada "SECURED SITE" bagi memastikan pihak yang tidak bertanggung jawab tidak mengetahui PIN kita. Ini bagi memastkan informasi rahsia kita atau  wang kita tidak dicerobohi atau di CURI.

Sedar tak kita kita telah diberikan PIN Nombor untuk ke SYURGA !!!

Apa dia PIN tersebut ?

Adakah kita yakin, dengan lafadz "SYAHADAH, SOLAT, ZAKAT, PUASA & HAJI", iaitu apa yang kita kenali dengan Rukun Islam, atau mungkin dengan Rukun Iman memadai ??? Nabi bersabda : "Ad dinnu nasiha", yang bermaksud (Agama itu Nasihat).

Maka sudah kah kita ketahui PIN nombor itu, yang tidak ada "Secured Site", yang perlu adalah rasa kepastian yang perlu dicari, jangan nanti menyesal apabila ajal menemui kita dan yang kita amalkan selama ini bukan yang dituntut Allah SWT seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Renung-renungkan lah, tapi jangan sampai tak kemana. Hidayah Allah pasti bagi mereka yang benar-benar ikhlas.

Thursday, March 22, 2012

Jalur haq (sambungan)

Hari ini dalam Berita Harian 22 Mac 2012, MS N6 tulisan Lokman Ismail ...

Hadis Rasulullah SAW ialah sumber hukum dan panduan bagi umat Islam, selain daripada al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah dipertanggungjawab oleh Allah sebagai penjelas ayau pentafsir kepada al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahal, ayat 44 yang bermaksud :

"Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran supaya kamu 
menerangkan kepada umat manuasia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka"

Setiap Muslim diperintahkan supaya menerima segala keputusan oleh Rasulullah SAW dan melaksanakannya. Dr Muhammad Ajaj al-Khatib dalam 'Usul al-Hadis Ulumuh wa Mustalahuh' mentakrifkan hadis sebagai "segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW daripada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat sama ada tindak tanduk fizikal atau akhlak, sirah sama ada sebelum atau sesudah menjadi Rasul."

Kepentingan al-Quran dan hadis digabungkan bersama sebagai panduan umat Islam sehingga kehari kiamat tidak dapat disangkal lagi. Sabda rasulullah SAW bermaksud :

"Aku tinggalkan kepadamu dua perkara tidak akan sesat 
selama mana kamu berpegang kepada keduanya." (Hadis riwayat Malik)

Kaedah tradisi mencari hadis ialah menggunakan kitab hadis atau buku agama. namun, keadaan sekarang sudah banyak berubah selari dengan perubahan teknologi moden. Kaedah melayari internet kini dimanafaatkan oleh mereka yang ingin mencari sesuatu hadis.

Kelebihan memperolehi Hadis melalui internet ialah mudah. Dengan hanya menaip beberapa perkataan yang berkaitan di ruang 'carian', pencari akan dibentangkan atau diberikan keputusan 'carian' yang 'mungkin' dicari oleh pencari.

Kelemahan memperoleh hadis melalui internet ialah masukan atau entri yang tidak bertanggungjawab. Gerbang internet boleh dimasuki atau ditembusi oleh sesiapa saja. Kelonggaran ini membolehkan sesiapa saja membuat entri tanpa ada tapisan. Akibatnya wujud hadis yang tidak tepat. Ia ditulis mengikut kefahaman atau ilmu yang tidak sempurna.

Sebenarnya kefahaman mengenai hadis perlu mengambil kira latar belakang dan tujuannya. Contoh hadis riwayat Muslim dari Aisyah dan Anas yang bermaksud "Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu." Ada pihak menjadikan hadis itu sebagai alasan untuk meletakkan hukum berkaitan perkara tertentu berlaianan apa ditetapkan oleh ajaran Islam atas alasan Allah SWT membenarkan kerana ia adalah urusan dunia yang mana manusia mengetahui keperluannya.

Sebenarnya hadis itu jawapan Rasulullah SAW terhadap aduan seorang petani Ansar mengenai hasil kurmanya kurang disebabkan tidak dibuat cantuman debunga jantan dan betina berdasarkan 'pendapat' Rasulullah SAW bahawa tidak perlu dilakukan perkara itu. Petani Ansar tidak melakukan debunga kerana menyangka 'pendapat' itu satu 'perintah', sedangkan apa yang dinyatakan Rasulullah SAW itu hanya satu pendapat yang tidak semestinya betul.

Lebih serius lagi apabila banyak ditemui hadis palsu dan daif yang digunakan pihak tertentu untuk kepentingan diri dan kelompok. Mereka mengunakan hadis secara bebas dan tidak konsisten dalam menjelaskan maksudnya. Sebenarnya Rasulullah SAW telah memberi amaran mengenai sifat pihak yang mengada-adakan perkara yang bukan dari Baginda.

Jika hadis sahih kerap disalahertikan oleh mereka yang tidak mahir ilmu hadis, inikan pula penyelewengan menggunakan hadis palsu dan daif. Mereka yang jahil ilmu hadis terus menjadikan hadis palsu dan daif untuk menyokong tindakan salah yang dilakukan. Bahkan, hadis itu dijadikan bukti bahawa mereka bertindak atas arahan atau keperluan agama. Mereka yang berniat buruk terhadap Islam sengaja memasukkan hadis palsu dalam laman sesawang. Hadis palsu itu bukan saja hadis palsu yang sudah dikenal pasti oleh pakar hadis sebelum ini, tetapi mungkin juga hadis palsu yang baru dicipta. Ingatlah sabda Rasulullah SAW bermaksud : 

"Jauhilah daripada perkara yang direka-reka dan diada-adakan, 
setiap yang direka-reka itu adalah bidaah dan setiap yang bidaah adalah sesat."
(Riwayat Abu Daud dan Termidzi)

Sebab itu, setiap Muslim perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan hadis palsu.


***
Penulis tersebut memberi tajuk "Berguru fahami hadis, bukan bersandarkan laman sesawang", memberi gambaran umum tentang memastikan ilmu al-Quran dan al-Hadith perlu disahkan. Bagaimana kita memastikan, cara lama atau tradisinya dari Kitab-Kitab Hadith atau Buku-buku Agama atau Berguru itu dapat disahkan ilmunya?

Itulah sebabnya kita perlu kepada Kaedah Mangkul, Musnad dan Muttashil tanpa Royi.

Tuesday, February 28, 2012

Jalur HAQ ...

Riwayat Bukhori :

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
Di antarakeduanya ada perkara meragukan dan tidak diketahui oleh kebanyakkan orang" 

Tuesday, February 21, 2012

21022012

Today ... within 24hours, a date that comes by stay all the 86400 seconds and shall be gone before many even realize it. That is just to show how time flies. Like it or not, that is how precious it really is.

What did you do today.

Monday, February 13, 2012

Time ... is GOLD

Imagine...

there's a bank that credits you each morning with 86,400 (it could be Ringgit, Dinar, Dollar, Yen, Euro, Yuan or any other currencies you are using or familiar with) and each evening deletes an amount you fail to spend. 

We all have this bank. It's called time.

Every morning, it credits us with 86,000 seconds (i.e : 1 Day x 24 Hours x 60 Mins x 60 Secs). However, every night it writes off whatever portion we fail to invest to good purpose. Many of us complain of being "time crunched". How can we spend more time? How can we save more time?

The truth is ...

we all received the same 24 hours each and every day. It is not a question of saving or spending, but rather how wisely do we invest.

Achiever in life are those who make the most of each day. They invest their time wisely in an approach that helps them and others discover and fulfill their true potential.As time marches on, achievers watch their investments grow.

Therefore ...

Make each day count. You can bank on your investment.


سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)


Surah Al-Asr
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful
By the declining day, (1) Lo! man is a state of loss, (2) 
Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. (3)





Wednesday, January 18, 2012

ISLAM ...

Masakini, terlalu ramai yang bercakap tentang Islam. 

Maka keluarlah istilah-istilah tertentu yang dikaitkan atau diakui oleh pihak-pihak yang mencanangkan idea-idea mereka ataupun intipritasi mereka. Maka yang satu pihak kata macam ini, yang satu pihak pula kata macam itu. Maka akhirnya, orang ramai, baik yang mengakui dirinya Islam dan yang bukan orang Islam jadi serba salah. 

Akhirnya keluarlah istilah-istilah yang akhirnya menuduh orang itu dan orang ini sesat. Jangan nanti sibuk tuduh orang itu dan ini, diri sendiri yang sesat.

Kalau kita kaji sejarah dari zaman Nabi Adam AS dijadikan Allah SWT lagi, kemudian seterusnya rasul-rasul yang ramai dan diantara mereka dikenali sebagai Rasul Ulul Azmi, hinggalah Nabi dan Rasul yang terakhir Nabi Muhammad SAW, Islam yang Allah tentukan hanya disempunakan melalui Nabi Muhammad SAW. Agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul terdahulu adalah Islam. Bezanya, sebelum Nabi Muhammad SAW ia untuk kaum-kaum tertentu sahaja.

Selepas Nabi Muhammad SAW wafat, tidak ada nabi lagi, yang beliau tinggalkan ialah Al Quran dan Sunnah baginda sahaja. Mereka yang mengikutinya secara kaedah Manqul, Musnad dan Muttashil tidak akan sesat selama-lamanya.

Apa dia kaedah Manqul, Musnad dan Muttashil itu ???



... bersambung.