IKSIM tangani ancaman akidah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menubuhkan Institut KajianStrategik Islam Malaysia (IKSIM) bagi menangani ancaman yang mengugat akidah umat Islam dinegara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu sudah menerima perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan IKSIM dijangka beroperasi hujung tahun ini.
baca seterusnya di bERITA hARIAN ms 10.
****
Berapa punya banyak Institut dan Jabatan serta Universiti yang perlu ditubuhkan bagi menangani isu Islam ni kat Malaysia agaknya. Dah ada IKIM, nak IKSIM, dah ada UIA nak USIM. yang lain-lain tu tak payah sebut lah buat penat menaip aje.
Perkara asas tak di perbetulkan asyik nak tubuh itu, nak tubuh ini, yang ada tu apa faedahnya. Nanti buat bangunan cantik-cantik, "budget" berjuta, CEO dan pegawai dengan kereta mewah, tapi tak kemana. Nanti, tak jadi, tubuhkan pula institut lain.
Yang HAQ tak difahami, luaran aje gah .... Dunia ...Dunia, apa nak jadi.