Monday, July 14, 2014

Ramadhan ... Ya Ramadhan

Ya ... 
begitu cepat masa berlalu, dalam sedar atau tidak hari ini kita sudah melepaskan ramadhan sebanyak 15 hari. Apabila menoleh kebelakang, kita mungkin merasakan oh tidak ... tapi sebaliknya itulah hakikatnya ...


Yang gila kan bolasepak hah ... dah selesai pun.

Mereka kata Potugal ada C.Ronaldo ...
Si Ronaldo yang kononnya bagus sangat, Portugal kena 4 biji dengan Germany, dalam game pertama dan akhirnya balik tak lepas pun round pertama.

Mereka kata Brazil ada Neymar ... nasibnya malang lutut Zuniga dari Columbia hinggap kat belakang dia, bukan hanya retak tulang belakang dia, pemain Brazil lain semua lumpuh ...hairan-hairan.

Apa tak nya, si Brazil tergamam dengan 1 berbalas 7. Nak sangat 6 (Piala Dunia ke 6) dapat 7 (7 gol bocor di gawang). Tak cukup dengan 7, dapat lagi 3 hadiah dari Holland.

Mereka kata Argentina ada Messi ...
Si Messi pula, dapat Piala Golden Ball, permain terbaik Kejohanan Piala Dunia FIFA 2014, tapi muka monyok tak sudah kerana sekali lagi terlepas peluang mendakap Piala yang menjadi impian setiap pemain bolasepak.

Tapi ... mereka kata Germany ada satu Team, dan dengan 1 gol dihujung masa tambahan mereka menjulang Piala Dunia FIFA untuk kali Ke 4.


Itu lah hakikatnya ... 
ramai yang Qiamullail selama sebulan, 15 hari aje dalam bulan Ramadhan yang penuh barokah ini, tapi berapa ramai dari kita yang mengambil kesempatan meminta Allah memberi rahmatnya, mohon keampunan dari dosa, bertaubat, mencari tambahan rezeki, membaca al-Quran dan berdhikir ....

Yang dah lepas tu ... lepas kita masih ada peluang, jom terus bangun malam, kita ushakan mencari redha Allah, kita usahakan semoga kita mendapat Lailatul Qadr. 

In shaa Allah mengurniakan kita tahun ini, kerana .... belum pasti kita bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang....