Wednesday, August 10, 2011

Meneruskan Khatam Al Quran

Dalam setiap usaha yang terkait dengan perkara yang Haq, ada aje rasa lemah dan lalai, tak tau la kat mana sibuknya, hingga tidak dapat menghayati Juz 9, walaupun dah niat untuk memanafaatkan bulan Ramadhan yang Barokah ini. Kita teruskan ...

  • Juz 9 - Al A'raaf, 88 - 206 / Al Anfaal, 1 -40
  • Juz 10 - Al Anfaal, 41 -75 / At Taubah, 1 - 93

***
Surah Al A'raaf (sambungan dari juz 8, dan pada ayat terakhir (206) diwajibkan sujud sajadah)

Surah Al Anfaal, surah ke 8, mengenai Rampasan Perang, di wahyukan di Madinah.

Surah At Taubah ( surah ke 9, dan satu satunya surah yang tidak dimulai dengan basmalah dan di wahyukan di Madinah.


Semoga Allah mengandakan rahmatnya untuk kita, insyaallah. Amin

Monday, August 8, 2011

Juz 8

Alhamdulillah ...

  • Al An'aam 111 - 165 / Al A'raaf 1 -87

***

Surah Al An'aam (sambungan)

Surah Al A'raaf bermaksud tempat tinggi, surah ke 7 dan di wahyukan di Makkah dengan 206 ayat


Usaha yang memerlukan kekuatan, walaupun masa yang diluangkan tidak seberapa. Semoga Allah menerima usaha ini sebagai ibadah yang digandakan, insyaallah. Amin

Sunday, August 7, 2011

Juz 7

Alhamdulillah, hari ini 7 Ramadhan bersamaan dengan 7 Ogos kita berjaya selesaikan Juz ke 7 dari Al Quran. Insyaalah kita terus berjaya melengkapkan puasa untuk hari ketujuh ini. Surah dalam juz tersebut adalah :-

  • Al Maa'dah 82 - 120 / Al An'aam 1 - 110

***

Surah Al Maa'idah (sambungan)

Surah Al An'aam, surah ke 6 bermaksud Binatang Ternak dan diwahyukan di Makkah


Semoga sentiasa dalam hidayah dan rahmat Allah SWT bagi diri kita dan keluarga kita.


?????
Walaupun dalam bulan yang mulia ini syaitan di rantai dan dibelenggu, tetapi ingatlah bahawa tentera-tenteranya (TTS) masih berkeliaran dan sekiranya kita tidak berhati-hati kita masih boleh terjerumus dalam perkara yang perlu kita hindari.

Saturday, August 6, 2011

Juz 6

Alhamdulillah ....

  • An Nisaa' 148 - 176 / Al Maa'idah 1 - 81

***

Surah An Nisaa' (sambungan)

Surah Al Maa'idah adalah surah ke 5 dengan maksud Hidangan dan diwahyukan di Madinah

Semoga Allah menerima usaha dari hambanya yang serba kekurangan ini. Amin

Wednesday, August 3, 2011

Juz 4 & 5

Alhamdulillah ... walaupun berberapa perkara yang melalaikan

  • Ali Imran 93 - 200 / An Nisa 1 - 23
  • An Nisaa' 24 - 147

***

Surah Ali Imran (sambungan)

Surah An Nisaa', surah yang ke 4, membawa maksud perempuan-perempuan dan diwahyukan di Madinah

Semoga Allah memberkati usaha ini dan di ambil kira sebagai amal soleh, insyaallah. Amin

Tuesday, August 2, 2011

Juz 3

Alhamdulillah ...

  • Al Baqarah 253 - 286 / Ali Imran 1 - 92

***

Surah Al Baqarah (sambungan)

Surah Ali Imran, Surah ke 3 yang membawa maksud Keluarga Imran dan diwahyukan di Madinah

Khatam Al Quran ... Ramadhan ini

Usahakan 1 Juz 1 hari. Kalau hari ini, 2 ramadhan baru mula, kenalah 2 Juz.

  • Juz 1 : Al Fatiha 1 - 7 / Al Baqarah 1 - 141
  • Juz 2 : Al Baqarah 142 - 252

***
Surah Al Fatiha (Surah pertama, Surah Pembukaan dan di wahyukan di Makkah)

Surah Al Baqarah ( Surah ke 2, bermakna Lembu Betina dan diwahyukan di Madinah)

Kerjakan kerana Allah, semoga mendapat barokah yan berganda, insyaallah. Amin