Monday, August 22, 2011

Juz 23

Malam ke 23 Ramadhan, salah satu malam ganjil dari 10 malam terakhir, berkat untuk iktiqaf di masjid, salah satu malam yang memungkinkan Lailatul Qadr. Al Quran sampai ke ...

  • Yaasiin 28 - 83
  • Ash Shaaffaat 1 - 182
  • Shaad 1 - 88
  • Az Zumar 1 - 31

***

Surah Yaasiin (sambungan)

Surah Ash Shaaffaat bermaksud Yang bersaf-saf, surah ke 37 dengan 182 ayat dan diwahyukan di Makkah.

Surah Shaad adalah surah ke 38, dengan 88 ayat dan diwahyukan di Makkah. Ayat 24 diwajibkan sujud sajadah.

Surah Az Zumar bermaksud Rombongan, surah ke 39 dengan 75 ayat dan diwahyukan di Makkah.

Juz 22

Alhamdulillah ...

  • Al Ahzaab 31 - 73
  • Saba' 1 - 54
  • Faathir 1 - 45
  • Yaasiin 1 - 27

***

Surah Al Ahzaab (sambungan)
Ayat 40 "Maa kaana muhammadun abaa ahadim mir rijaalikum walaakir rasuulallaahi wa khaataman nabiyyiina wa kaanallaahu bi kulli syai-in 'aliimaa",
adalah ayat mengenaii nabi SAW sebagai rasul yang akhir. "Yaa ayyuhal ladziina aamanut taqullaaha wa quuluu qaulan sadiidaa. Yushlih lakum a'maalakum wa yaghfir lakum dzunuubakum wa may yuthi'illaa-ha wa rasuulahuu fa qad faazaa fauzan 'azhiimaa", ayat 70 dan 71 mengingatkan kita supaya bertaqwa dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasulnya, maka sungguh dia mendapat kemenangan yang besar.

Surah Saba' bermaksud Kaum Sabak, surah ke 34 dengan 54 ayat dan diwahyukan di Makkah.

Surah Faathir bermaksud Pencipta, surah ke 35 dengan 45 ayat dan diwahyukan di Makkah. Ayat 31 "Wal ladzii auhainaa ilaika minal kitaabi huwal haqqu mushaddiqal li maa baina yadaihi innallaaha bi'ibaadihii la khabii-rum bashiir"

Surah Yaasiin, surah ke 36. Ada 83 ayat dan di wahyukan di Makkah.

Juz 21

Alhamdulillah, seterusnya ...

  • Al 'Ankabuut 46 - 69
  • Ar Ruum 1 - 60
  • Luqmaan 1 - 34
  • As Sajdah 1 - 30
  • Al Ahzaab 1 - 30

***

Surah Al 'Ankabuut (sambungan)

Surah Ar Ruum adalah surah ke 30 bermaksud Bangsa Rom (Romawi), ada 60 ayat dan di wahyukan di Makkah,

Surah Luqman, surah ke 31, ada 34 ayat dan di wahyukan di Makkah.

Surah As Sajdah bermaksud sujud, di wahyukan di Makkah (kecuali ayat 10 hingga 20 di turunkan di Madinah) adalah surah ke 32. Ayat 15 adalah ayat Sujud sajadah.

Surah Al Ahzaab bermaksud Golongan-golongan. Surah ke 33 dengan 73 ayat dan di wahyukan di Madinah.

Sunday, August 21, 2011

Juz 20

Di dalam 10 Malam terakhir ini ada satu malam yang di panggil malam 1000 bulan, insyaallah kita menemuinya. Alhamdulillah Juz seterusnya ...

  • An Naml 56 -93
  • Al Qashash 1 - 88
  • Al 'Ankabuut 1 - 45

***

Surah An Naml (sambungan)

Surah Al Qashash, surah ke 28,bermaksud kisah-kisah, sebanyak 88 ayat dan diwahyukan di Makkah.

Surah Al 'Ankabuut bermaksud labah-labah, surah ke 29. di wahyukan di Makkah sebanyak 69 ayat.

Malam 21 dari 10 malam terakhir ...

Alhamdulillah, dapat iktiqaf di Masjid dalam usaha mencari redha Allah, dan Juz 19 baru sahaja selesai, masih ketinggalan ...

  • Al Furqaan 21 - 77
  • Asy Syu'araa' 1 - 227
  • An Naml 1 - 55

***

Surah Al Furqaan (sambungan). Ayat 60 diwajibkan sujud sajadah. Ayat 74 doa ...

Surah Asy Syu'araa' adalah surah ke 26, membawa maksud Penyair-penyair, diwahyukan di Makkah dan ada 227 ayat.

Surah An Naml, surah ke 27, diwahyukan di Makkah dengan 93 ayat. Sujud sajadah pada Ayat 26

Saturday, August 20, 2011

Juz 18

Alhamdulillah masih bertahan walaupun ketinggalan 2 juz ...

  • Al Mu'minuun 1 - 118
  • An Nuur 1 - 64
  • Al Furqaan 1 - 20

***

Surah Al Mu'minun, surah ke 23, bermaksud Orang-orang Iman, di wahyukan di Makkah sebanyak 118 ayat.

Surah An Nuur, iaitu cahaya sebanyak 64 ayat dan di wahyukan di Madinah, adalah surah ke 24.

Surah Al Furqan membawa maksud Pembeda, surah ke 25, diwahyukan di Makkah dengan 77 ayat.

Thursday, August 18, 2011

Juz 17

Semakin akhirnya Ramadhan, mendekati 10 malam terakhir, insyallah tinggal 2 malam lagi, yang mana bersamaan dengan 20 Ramadhan semakin berat dan berat hamba ini terhadap usaha khataman Al Quran ini. Juz seterus nya adalah ...

  • Al Anbiyaa 1 - 112
  • Al Hajj 1 - 78

***

Surah Al Anbiyaa bermaksud Nabi- Nabi. Ada 112 ayat dari surah yang ke 21 yang di wahyukan di Makkah. Dalam ayat 106 "Inna fii haadzaa la balaaghal li qaumin 'aabidiin" dan "Wa maa arsalnaaka illa rahmatal lil 'aalamin"

Surah Al Hajj bermaksud Haji, surah ke 22 dengan 78 ayat dan diwahyukan di Makkah. Ada 2 ayat yang diwajib kan kita sujud sajadah, iaitu ayat 18 dan 77. Ayat 47 menjelaskan bahawa perumpamaan masa dunia dan akhirat "Wa yaata'jiluunaka ... wa inna yauman 'inda rabbika ka alfi sanatim mimmaa ta'udduun."