Friday, May 30, 2008

GLOBAL@sinar-30 Mei 2008

Paderi Britain bimbang dengan pengaruh Islam


LONDON-Seorang paderi kanan Gereja England, Micheal Nazir-Ali berkata, kejatuhan nilai-nilai Kristian kini menjejaskan masyarakat di Britain, sekali gus memberi peluang kepada ajaran Islam untuk berkembang. Menurutnya, kehancuran kehidupan berkeluarga menyebabkan negara itu tidak dapat menyekat kebangkitan Islam yang mengisi ruang moral dan kerohanian.
Dalam serangannya terhadap nilai-nilai liberal, paderi tersebut berkata, Britain kini menyaksikan banyak keganasan awam dan pesta arak. Paderi kelahiran Pakistan itu menggariskan bahawa kejatuhan Kristian di Britain bermula sejak revolusi seks dan sosial pada 1960an. Menurutnya, nilai-nilai Kristian seperti maruah manusia, persamaan dan kebebasan mungkin terhakis dengan berkembangnya nilai-nilai Islam.
Tindakan paderi itu mengecam kehancuran nilai-nilai Kristian menyebabkan dia berbeza pendapat dengan pemimpin gereja seperti Dr Rowan Williams dan rakan-rakannya yang lain. Micheal sering mengkritik Islam dan pengaruhnya serta menyuarakan kebimbangannya mengenai kemunculan masjid-masjid baru di Britain.

No comments: