Mengikut pengetahuan am, Umat Islam di seluruh dunia melebihi 1,000,000,000 (1 billion) orang, atau yang di katakan sebagai penganut Islam. Maknanya, kurang lebih, 1/4 dari penduduk dunia ini adalah orang Islam. Jadi bolehlah kita andaikan, yang orang Islam ini ramai. Sekarang ini, berbondong bondong, orang dari seluruh dunia, telah sedang dan akan ke Makkah Al Muqaramah bagi menjalankan RUKUN ISLAM yang ke 5, menunaikan fardhu HAJI. Yang kaya yang miskin, yang tua yang muda, yang tinggi yang rendah, yang hitam, putih, sawo matang dan sebagainya.
Ada yang berjalan kaki, dan berkenderaan darat (Unta, kereta, bas dan sebagainya). Kalau di Malaysia, dulu naik kapal laut, berbulan bulan dah pergi, ada yang sampai dan ada yang dikebumikan dilaut, baik dalam perjalanan pergi dan ada juga yang sempat sampai tetapi tak sempat sampai ketanah air. Sekarang masa dah berubah, naik Kapal Terbang, 6 - 8 jam dah sampai.
Dulu, beberapa ribu saja dah cukup(RM5,000.00), sekarang RM10,000.00, kira cukup sampai aje, extra dan sebagainya kena kira lain. Baru baru ini saya diberitahu, ada package RM27,000.00 seorang (RM54,000.00) dapat bilik 2 orang suami isteri. Ingatkan dah mahal, rupanya ada package RM100,000.00 seorang (RM200,000.00) sekiranya suami isteri sebilik. maka lebih selesalah orang-orang yang berduit banyak.
Yang hairannya, kita ke Makkah ini apa tujuannya? Wajib bagi yang mampu, dan yang tidak diberi kelonggaran. sekiranya diambil "SERIOUS", rasanya, di Malaysia dengan adanya Lembaga Tabung Haji, dengan tekad yang jelas, dan jangka masa yang cukup semua orang MAMPU.
100.00 x 12 = 1200.00 x 20 tahun = 24,000.00. Jadi sekiranya, seseorang itu menyimpan pada umur 25 tahun, sampai umur 45 tahun dah cukup nak menunaikan Haji.
Jadi tak bolehlah guna alasan tak mampu, lebih lebih lagi kalau, ada rumah, kereta, TV, Astro, DVD player dan lain lain lagi.
Tapi, yang lebih utama ialah, kalau dah mampu, kerana apa sebenarnya kita ke MAKKAH?
Memurnikan Islam, agama yang ditentukan Allah SWT, menegakkan yang HAQ (kebenaran) bersandarkan hukum al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad SAW (al-Hadith)
Wednesday, October 28, 2009
Tuesday, October 6, 2009
APAKAH "BENCHMARK" ISLAM YANG HAQ?
Topik Ajaran Sesat ini telah menjadi satu perkara yang berterusan, ini baru di Malaysia sahaja, belum lagi kita bercerita tentang seluruh dunia. Yang menariknya, SESAT dari apa??? Tanyalah setiap mereka yang mempunyai haluan tertentu, mereka dengan jelas akan mengatakan apa yang mereka percaya adalah yang sebenarnya, maka dengan sendiri yang lain dan bukan dari golongan mereka ... SESAT!!!
BICARA AGAMA - UTUSAN ONLINE 6hb Oktober 2009
Ilmu benteng ajaran sesat
KAHAR Ahmad yang juga mengaku sebagai 'Rasul Melayu', dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor atas dakwaan menyebar doktrin palsu, baru-baru ini
KAHAR Ahmad yang juga mengaku sebagai 'Rasul Melayu', dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor atas dakwaan menyebar doktrin palsu, baru-baru ini
MEGA: Apakah punca berkembangnya ajaran sesat dalam masyarakat?
AZLAN: Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah lebih baik kita meninjau dan meneliti punca-punca berkembang dan menularnya ajaran sesat dalam masyarakat. Sebagai tamsilan jika penyakit yang menimpa seseorang pesakit gagal dikesan oleh doktor pada peringkat awal, sudah pasti nyawa pesakit berada dalam bahaya. Setiap penyakit ada sebab dan puncanya walaupun kadang-kadang tiada ubatnya. Dalam konteks menyelamatkan pesakit daripada bahaya penyakit yang menimpa, maka seseorang doktor mestilah bijak mengesan dan menangani punca penyakit tersebut.Ini samalah juga dengan ajaran sesat dalam masyarakat. Punca utama yang menyumbang kepada suburnya ajaran sesat antaranya disebabkan oleh kejahilan individu atau masyarakat terhadap ilmu agama. Oleh kerana latar belakang seseorang individu itu tiada asas kuat atau pun kurang pengetahuan serta didikan agamanya, maka mereka lebih suka mencari dan mendampingi guru-guru agama yang boleh memberikan mereka jalan mudah untuk tidak melaksanakan tanggungjawab agama. Contohnya seperti ibadat solat dan puasa yang tidak perlu dipraktikkan, cuma guna niat semata-mata. Ini jelas bertentangan dengan syariat Islam yang mewajibkan setiap muslim mukalaf menunaikan kewajipan solat lima waktu sehari semalam.
Jika seseorang individu berilmu dan beramal dengan agamanya mana mungkin secara mudah boleh terpengaruh atau terpedaya dengan dakwaan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai nabi dan 'Rasul Melayu'. Beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa JAIS dalam bulan Ramadan di rumah sewanya setelah sekian lama menghilangkan diri.
Di Selangor, Abdul Kahar Ahmad iaitu bekas buruh Zoo Negara telah mendakwa dirinya 'Rasul Melayu'. Betapa cetek dan kurangnya ilmu beliau sehingga sanggup menggunakan logik akal berhujah bahawa bagaimana boleh beriman dengan nabi Muhammad SAW sedangkan kita tidak pernah bertemu dan melihatnya.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Maka tiada lagi nabi selepasku." Melalui hadis ini, amat jelas kepada kita bahawa jika ada pihak yang mendakwa diri mereka nabi selepas baginda, sebenarnya itu hanyalah dakwaan palsu dan tidak berasas sama sekali.
AZLAN: Jawapannya agak mudah iaitu setiap yang menyeru ke arah kebaikan dan kebenaran pasti ada pengikut dan pendokongnya. Begitu juga dengan kebatilan, pasti ada pelopor dan pengikutnya. Andai kata ilmu dijadikan sebagai wadah penimbang, sudah tentu kita tidak mudah terpedaya dan tertarik dengan ajaran salah. Justeru Rasulullah SAW telah mengingatkan kepada umatnya tentang keutamaan dan kepentingan menuntut ilmu.
Banyak hadis baginda yang menyuruh umatnya rajin mempelajari ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama. Hanya dengan berpegangkan agama dapat menyelamatkan seseorang muslim daripada tersesat dan disesatkan. Dalam usaha membaiki diri dan kembali ke pangkal jalan setelah melakukan kesilapan dan dosa kemungkaran, ramai juga individu yang terjebak dengan guru dan kumpulan ajaran sesat.
Pada awalnya mereka menyangka bahawa setelah lama tenggelam dalam arus dosa, maka mereka telah insaf dan ingin mengisi jiwa mereka dengan pengisian rohani. Tetapi malangnya oleh kerana tiada asas agama yang kuat, maka ajakan dan pujukan rakan-rakan telah membawa mereka bertambah jauh daripada kebenaran.
Pada zaman Saidina Ali karramallahu wajhah (k.r), telah lahir satu golongan yang dipanggil Rafidiyyah yang dipelopori oleh Abdullah Bin Saba' mendakwa Saidina Ali k.r. sebagai tuhan. Akibat taksub yang keterlaluan dan membabi-buta ini berjaya mempengaruhi beberapa orang pengikut yang terlalu 'mendewakan' Saidina Ali. Satu tindakan drastik telah diambil oleh Saidina Ali untuk membasmi golongan sesat ini iaitu hukuman bakar telah dijatuhkan.
Biarpun hukuman tersebut tiada thabit dengan nas al-Quran dan al-hadis, namun hasil ijtihad beliau sendiri, maka dengan menurut kaedah Siasah Syar'iyyah, beliau telah pun melaksanakan hukuman tersebut.
Bagaimana pula dengan golongan batiniyyah?
AZLAN: Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Al-Munqiz Min al-Dhalal, telah menjelaskan bahawa golongan Batiniyyah telah muncul pada abad ke 2 hijrah iaitu pada zaman pemerintahan khalifah al-Makmun. Sebenarnya golongan batiniyyah berpunca daripada ajaran Majusi dan diketuai oleh Abdullah Bin Mainun al-Qaddah. Beliau berpura-pura memeluk Islam. Pada hakikatnya beliau seorang Yahudi. Golongan ini tidak berpegang kepada syariat zahir tetapi lebih kepada takwil kebatinan.
Contohnya, ibadat solat menurut mereka tidak perlu kerana menyusahkan serta membazirkan masa. Mereka juga menafikan terjadinya kiamat kerana bagi fahaman mereka adalah mustahil Allah ciptakan alam dunia yang indah ini dan kemudian merosakkannya pula. Arak dan judi tidak haram bagi mereka kerana arak berasal daripada buah anggur yang pada asalnya adalah halal. Pada dasarnya mereka menakwilkan ayat-ayat al-Quran menurut kehendak hawa nafsu dan selera sendiri.
Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya' Ulum al-Din menjelaskan: "Siapa berkata mengenai ilmu kebatinan yang bertentangan dengan ilmu lahir (syariat), maka dia lebih dekat kepada kekufuran daripada keimanan." Kata Imam al-Ghazali lagi: "Siapa yang menyangka dirinya beserta Allah, sedangkan tanpa melakukan amalan solat atau minum arak, maka hukuman bunuh wajar dikenakan ke atasnya". Ilmu batin adalah penyempurna ilmu lahir. Tanpa ilmu (jahil) menyebabkan pengamal ilmu batin meremehkan dan menganggap ilmu syariat sebagai kulit dan ilmu batin yang mereka amalkan sebagai isinya. Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah menghina syariat Allah.
Jika mereka sengaja bertindak demikian, maka hukumnya kufur atau murtad.
Abu Yazid al-Bustami menyatakan: "Jika kamu lihat seseorang sanggup melakukan perkara luar biasa seperti terbang di udara, maka jangan kamu mudah tertipu jika mereka tidak menjaga batas-batas syariat Allah SWT ". Imam Qusyairy dalam kitabnya Risalat al-Qusairiyyah menegaskan: "Setiap syariat yang tidak dikuatkan dengan hakikat, maka tidak akan diterima. Manakala setiap hakikat tanpa dihubungkan dengan syariat, maka tidak berhasil. Maksudnya syariat dan hakikat adalah saling melengkapkan di antara satu sama lain".
Apakah pula syarat-syarat menjadi guru mursyid (pembimbing rohani)?
AZLAN: Sheikh Amin al-Kurdi dalam kitabnya: Tanwir al-Qulub menggariskan beberapa syarat untuk menjadi guru mursyid (pembimbing rohani). Antaranya:
1. Mesti alim dalam ilmu fikah dan tauhid.
2. Mesti menjaga adab tutur kata, tingkahlaku dan bersih daripada unsur-unsur hawa nafsu.
3. Tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan atau kekayaan daripada muridnya.
4. Sentiasa menasihati murid dengan perkara kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
5. Tidak menekan murid dengan melakukan perkara di luar kemampuan.
Pada dasarnya mereka yang tidak mempunyai sheikh atau guru pembimbing khusus dalam ilmu kerohanian, maka gurunya adalah syaitan.
Dari Thauban r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Akan muncul di kalangan umatku golongan dajal pendusta yang jumlah mereka hampir 30 orang yang mendakwa menjadi nabi dan aku adalah penutup segala nabi, tiada nabi lagi sesudahku." (riwayat Muslim)
Ajaran sesat bukan baru. Malah pada zaman sahabat pun sudah ada yang mengaku menjadi nabi. Jadi, apa penyelesaian ke atas isu ini?
AZLAN: Pernah berlaku selepas kewafatan nabi SAW, seorang yang bernama Musailamah al-Kazzab mendakwa dirinya nabi serta beliau mendakwa memiliki beberapa kelebihan cuba memperdayakan khalayak. Malah lebih dahsyat daripada itu wujudnya fahaman ajaran sesat yang mendakwa tidak perlu sembahyang kerana kita tidak pernah melihat Tuhan sembahyang. Sebenarnya banyak lagi fahaman-fahaman ajaran sesat yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Berikutnya al-Aswad al-Unsiy dan Sujah al-Kahinah turut berdusta sebagai nabi.
Pada zaman Tabiin pula, muncul Mokhtar al-Thaqafi mendakwa nabi. Zaman seterusnya muncul di Iran seorang lelaki yang bernama Hussin Ali Mirza Abbas mendakwa nabi. Di Sudan, Mahmud Muhammad Taha mendakwa sebagai nabi.
Maka tidak hairanlah di Malaysia muncul Abdul Kahar Ahmad turut mendakwa menjadi 'Rasul Melayu'. Arifin Muhamad (Ayah Pin) turut mendakwa sebagai ketua kerajaan langit dan ketua segala agama. Sekadar menyebut beberapa nama pembawa dan penyeleweng ajaran sesat. Maka sudah sampai masanya kita bertindak tegas dan drastik ke atas ketua dan pengikut ajaran sesat.
Jika zaman Saidina Ali k.r. dahulu, beliau sanggup membakar golongan ajaran sesat. Maka kita secara rasional wajar memikirkan suatu cara atau jalan yang mampu membasmi penyebaran ajaran sesat hingga ke peringkat akar umbinya.
Di antara tindakan yang sesuai untuk membasmi ajaran sesat adalah memberi kesedaran kepada orang awam mengenai bahaya ajaran sesat, sama ada melalui khutbah-khutbah Jumaat, hebahan maklumat melalui radio, televisyen, internet dan sebagainya. Di samping itu hukuman berat perlu dikenakan kepada penyebar ajaran sesat beserta pengikut mereka.
Mereka patut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau dijatuhkan hukuman 100 sebatan dan dihukum penjara di antara 5-10 tahun.
Pada zaman sahabat nabi SAW dan zaman tabien, penyebar ajaran sesat dijatuhi hukum mati kerana merosak dan menyesatkan akidah masyarakat Islam.
Semua bentuk hukuman yang dicadangkan di atas, perlu kepada pindaan peruntukan enakmen setiap negeri yang perlu dibawa dan dibahaskan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendapatkan persetujuan anggota dewan, kecuali ISA tidak perlu dibahaskan di DUN.
***
Adakah kita bersetuju dengan artikel diatas, adakah "BENCHMARK" yang kita guna pakai hari ini bertepatan dengan HUKUM ALLAH SWT dan SUNNAH MUHAMMAD SAW, Rasululah ???
Thursday, October 1, 2009
SELANGOR HANYA BENAR LIMA PIHAK ULAS ISU SENTUH ISLAM
Berita Harian 30hb September 2009
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan garis panduan khas bagi mengawal sebarang kenyataan umum yang dikeluarkan kepada mediaberhubung isu membabitkan agama Islam dinegeri itu.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata hanya lima pihak yang diberi kuasa membuat kenyataan membabitkan agama Islam kepada media. iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, MAIS, Jabatan Mufti Negeri, Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beliau berkata, Perkara 3(2) perlembagaan Persekutuan menetapkan Raja adalah Ketua Agama Islam dan turut diperuntukkan dalam Perkara XCVI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
"Sultan selaku Ketua Agama Islam boleh pada bila-bila masa memberikan kenyataan umum berhubung isu berkaitan agama Islam di Selangor," katanya dalam satu kenyataan disini, semalam. Mohd Adzib berkata, MAIS pula sebagai pihak berkuasa utama selepas Sultan boleh membuat kenyataan media hanya membabitkan halpentadbiran kecuali perkara berkaitan hukum syarak dan pentadbiran keadilan. Katanya, Pengerusi MAIS dan Setiausaha atau Jawatankuasa yang ditubuhkan MAIS boleh mengeluarkan kenyataan mengenai pentadbiran agama Islam dengan syarat diberi kuasa oleh MAIS.
Katanya, Jabatan Mufti pula mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang kenyataan umum kepada media mengenai hukum syarak mengikut Seksyen 7 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Mohamad Adzib berkata, Ketua Hakim Syarie atau Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah dibenarkan membuat kenyataan mengenai pentadbiran kehakiman mengikut Seksyen 55 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Katanya, Pengarah JAIS berhak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu perlaksanaan dan penguatkuasaan dasar pentadbiran agama Islam yang berada di bawah bidang kuasanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kenyataan umum mengenai isu pentadbiran hal ehwal Islam dan arahan kepada pegawai agama dan pegawai masjid hanya boleh dikeluarkan Pengerusi MAIS atau Setiausaha MAIS atau Pengarah JAIS. "Pihak lain yang mahu membuat kenyataan umum hendaklah mendapatkan persetujuan Pengerusi MAIS terlebih dahulu," katanya.
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan garis panduan khas bagi mengawal sebarang kenyataan umum yang dikeluarkan kepada mediaberhubung isu membabitkan agama Islam dinegeri itu.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata hanya lima pihak yang diberi kuasa membuat kenyataan membabitkan agama Islam kepada media. iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, MAIS, Jabatan Mufti Negeri, Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beliau berkata, Perkara 3(2) perlembagaan Persekutuan menetapkan Raja adalah Ketua Agama Islam dan turut diperuntukkan dalam Perkara XCVI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
"Sultan selaku Ketua Agama Islam boleh pada bila-bila masa memberikan kenyataan umum berhubung isu berkaitan agama Islam di Selangor," katanya dalam satu kenyataan disini, semalam. Mohd Adzib berkata, MAIS pula sebagai pihak berkuasa utama selepas Sultan boleh membuat kenyataan media hanya membabitkan halpentadbiran kecuali perkara berkaitan hukum syarak dan pentadbiran keadilan. Katanya, Pengerusi MAIS dan Setiausaha atau Jawatankuasa yang ditubuhkan MAIS boleh mengeluarkan kenyataan mengenai pentadbiran agama Islam dengan syarat diberi kuasa oleh MAIS.
Katanya, Jabatan Mufti pula mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang kenyataan umum kepada media mengenai hukum syarak mengikut Seksyen 7 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Mohamad Adzib berkata, Ketua Hakim Syarie atau Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah dibenarkan membuat kenyataan mengenai pentadbiran kehakiman mengikut Seksyen 55 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Katanya, Pengarah JAIS berhak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu perlaksanaan dan penguatkuasaan dasar pentadbiran agama Islam yang berada di bawah bidang kuasanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kenyataan umum mengenai isu pentadbiran hal ehwal Islam dan arahan kepada pegawai agama dan pegawai masjid hanya boleh dikeluarkan Pengerusi MAIS atau Setiausaha MAIS atau Pengarah JAIS. "Pihak lain yang mahu membuat kenyataan umum hendaklah mendapatkan persetujuan Pengerusi MAIS terlebih dahulu," katanya.
****
Kenyataan Media serta kaitan dengan Undang-Undang Tubuh dan setiap Enakmen yang berkaitan. Satu persoalan pokok yang sedang berlegar dalam diri, apa hal nya dengan Hukum yang HAQ, perkara yang berkaitan dengan kebenaran, adakah kita perlu membisu.???
Bagaimana dengan AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR???
Bagaimana pula dengan Hadith Nabi yang bermaksud "Sampaikan lah dari ku walaupun satu ayat" ?
Bagaimana ??????
Kenyataan Media serta kaitan dengan Undang-Undang Tubuh dan setiap Enakmen yang berkaitan. Satu persoalan pokok yang sedang berlegar dalam diri, apa hal nya dengan Hukum yang HAQ, perkara yang berkaitan dengan kebenaran, adakah kita perlu membisu.???
Bagaimana dengan AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR???
Bagaimana pula dengan Hadith Nabi yang bermaksud "Sampaikan lah dari ku walaupun satu ayat" ?
Bagaimana ??????
Subscribe to:
Posts (Atom)