Thursday, October 1, 2009

SELANGOR HANYA BENAR LIMA PIHAK ULAS ISU SENTUH ISLAM

Berita Harian 30hb September 2009

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan garis panduan khas bagi mengawal sebarang kenyataan umum yang dikeluarkan kepada mediaberhubung isu membabitkan agama Islam dinegeri itu.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata hanya lima pihak yang diberi kuasa membuat kenyataan membabitkan agama Islam kepada media. iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, MAIS, Jabatan Mufti Negeri, Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beliau berkata, Perkara 3(2) perlembagaan Persekutuan menetapkan Raja adalah Ketua Agama Islam dan turut diperuntukkan dalam Perkara XCVI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

"Sultan selaku Ketua Agama Islam boleh pada bila-bila masa memberikan kenyataan umum berhubung isu berkaitan agama Islam di Selangor," katanya dalam satu kenyataan disini, semalam. Mohd Adzib berkata, MAIS pula sebagai pihak berkuasa utama selepas Sultan boleh membuat kenyataan media hanya membabitkan halpentadbiran kecuali perkara berkaitan hukum syarak dan pentadbiran keadilan. Katanya, Pengerusi MAIS dan Setiausaha atau Jawatankuasa yang ditubuhkan MAIS boleh mengeluarkan kenyataan mengenai pentadbiran agama Islam dengan syarat diberi kuasa oleh MAIS.

Katanya, Jabatan Mufti pula mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang kenyataan umum kepada media mengenai hukum syarak mengikut Seksyen 7 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Mohamad Adzib berkata, Ketua Hakim Syarie atau Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah dibenarkan membuat kenyataan mengenai pentadbiran kehakiman mengikut Seksyen 55 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Katanya, Pengarah JAIS berhak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu perlaksanaan dan penguatkuasaan dasar pentadbiran agama Islam yang berada di bawah bidang kuasanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kenyataan umum mengenai isu pentadbiran hal ehwal Islam dan arahan kepada pegawai agama dan pegawai masjid hanya boleh dikeluarkan Pengerusi MAIS atau Setiausaha MAIS atau Pengarah JAIS. "Pihak lain yang mahu membuat kenyataan umum hendaklah mendapatkan persetujuan Pengerusi MAIS terlebih dahulu," katanya.


****
Kenyataan Media serta kaitan dengan Undang-Undang Tubuh dan setiap Enakmen yang berkaitan. Satu persoalan pokok yang sedang berlegar dalam diri, apa hal nya dengan Hukum yang HAQ, perkara yang berkaitan dengan kebenaran, adakah kita perlu membisu.???

Bagaimana dengan AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR???

Bagaimana pula dengan Hadith Nabi yang bermaksud "Sampaikan lah dari ku walaupun satu ayat" ?

Bagaimana ??????


1 comment:

d'enricher said...

Selangor MB, Tan Sri Khalid highlighted the nex day that dato Hassan Ali could also comment on issues relating to his function as an Exco Incharged of Islam in Selangor.