Friday, November 27, 2009

Aidil Adha

Alhamdulillah hari ini 10 Zulhijjah, kita sempat menjumpainya dan berpeluang untuk melaksanakan ibadat Qurban. Ramai yang kurang memahami dan lebih ramai lagi yang tidak mengambil berat, sedangkan inilah amalan yang sangat Allah SWT terima.
Allah terima ibadah ini sebelum titisan darah haiwan qurban itu sampai ke bumi. Adakah kita memahami???

Saturday, November 21, 2009

BUSANA MUSLIM

Apa itu BUSANA MUSLIM???

Kalau kita search dalam web, kita akan dapati ada 1,120,000 (1,1 Juta) perkara mengenai topik ini, sunggoh menarik sehingga ramai memperkatakannya. Yang paling penting ia adalah topik komersil. Dalam memperkatakan tentang "cara berpakaian Islam" ramai mempunyai "idea" tersendiri bagi mengenegahkan perkara ini.

Dah ada International Fashion Festival, ada ura-ura nak memperagakan ke USA dan seluruh dunia. Sampaikan ada komen dari pemenang American Next Top Model mengenainya dalam akhbar baru baru ini.

Apa nak jadi ye???

Wednesday, November 18, 2009

1 Zulhijjah 1430

Hari ini kita melangkau ke bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalender Hijrah. Ini bermakna, dalam tempoh 30 hari, kita akan meninggalkan 1430 apabila 1 Muharram 1431 menjelma.

Pada waktu ini, ramai yang berniat menunaikan fardhu haji telah berada di Madinah dan juga Makkah. Mungkin ada segelintir yang sedang dalam perjalanan, dan selebihnya menunggu masa untuk bertolak. Rasanya ramai juga yang terkilan, kerana niat mereka tidak kesampaian tahun ini. Apa juga, pasti ada hikmah disebalik situasi tersebut, asalkan kita "husnuzun billah" (bersangka baik kerana Allah).

Pada yang tidak kesampaian, di Malaysia telah ditetapkan bahawa, Hari Jumaat, 27hb November 2009, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1430 adalah Hari Raya Aidil Adha. Untuk mendapat keberkatan, Sunnah Nabi SAW, kepada yang mampu adalah untuk :-

1. tidak bercukur bermula dari hari ini sehingga 10 zulhijjah.
2. berpuasa Arafah (hari wukuf 9 zulhijjah/26hb November 2009.
3. berkorban semampunya binatang ternak (lembu,kambing dsb).

Diharamkan berpuasa pada Hari Raya dan hari Tasyrik (11,12 & 13 Zulhijjah).

Berdoalah kita agar mendapat peluang untuk menunaikan tuntutan Rukun Islam yang kelima ini pada masa depan secepatnya. AMIN.

Wednesday, November 11, 2009

Al-Qaeda dakwa Syiah lebih bahaya

Apabila yang Haq ditinggalkan, maka dengan sendirinya, setiap perbuatan didahului dengan emosi. Hilang Islam ... yang diperbesarkan golongan.Baca berita dibawah sebagai contoh...


Berita Harian - 11 November 2009

Dubai: Seorang komander sebuah kumpulan berkaitan al-qaeda memberi amaran kepada masyarakat Islam Sunnah bahawa golongan Syiah dan Iran adalah lebih 'berbahaya' kepada agama dari yahudi atau kristian.

"Kami menyeru kepada seluruh negara supaya mempertahankan Sunnah dengan cara apa sekalipun, daripada bahaya Iran dan mereka yang mengikuti fahaman syiah di rantau ini," kata Mohammed bin Abdul Rahman al-rashid daripada al-qaeda di Semenanjung Arab, dalam rakaman suara yang disiarkan oleh kumpulan perisikan Amerika, SITE.

"Apakah anda tidak lihat dan dengar aspirasi puak Huthi di Yaman dan pencerobohan mereka terhadap Sunnah?"

Beliau merujuk kepada pemberontakan Zaidi daripada golongan Syiah,yang setia kepada ketua mereka, Abdul Malek al-Huthi, yang terjebakb dalam peperangan dengan tentera Yaman yang diperintah Sunnah di utara negara berkenaan. - AFP

Wednesday, November 4, 2009

Bekas Mufti Perlis tak ada ...Tauliah ...

Isnin 2 November.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) ditahan kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah di Selangor.

Sejak sekian lama, ramai orang "cerdik pandai" memberi fatwa atau "opinion" tersendiri tentang apa yang boleh disampaikan dan tak boleh disampaikan. Takut nanti orang keliru. Jadi ikut sajalah "orang cerdik pandai" ni, tapi yang lebih penting lagi orang cerdik pandai ni ada KUASA. Macam JAIS ke, JA yang lain lain kat Malaysia ni. Selain dari, JAKIM sebagai agensi Persekutuan, ada 13 negeri yang ada JA masing-masing.

Makna nya, kalau ikut akal, setiap negeri kena ada tauliah, seseorang yang nak mengajar atau pun menyampaikan mesej agama kena bawa 13 - 14 tauliah sana sini sekiranya beliau ingin menyampaikan/mengajar agama kat Malaysiani.

Nabi bersabda ... maksud nya, SAMPAIKAN LAH DARI KU WALAU SATU AYAT ..

Macam mana ni????????????????????????