Showing posts with label haji. Show all posts
Showing posts with label haji. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Tarikh Hijrah ...

Keliru ... keliru !!!

Kalau kita nak guna pakai tarikh hijrah dari tarikh masehi, boleh pening kita dibuatnya. kalau ikut tarikh antarabangsa, hari 1ni adalah hari ke13 dzulhijjah 1431, yang bermakna hari tasyrik (11,12 &13 ) terakhir. Di Malaysia, memandangkan telah ditetapkan bahawa 1 dzulhijjah 1431 adalah bersamaan dengan 8 hb November 2010, maka walaupun di Makkah, orang telah lebih dahulu selesai wukuf di arafah, kita hanya menyambut Aidil Adha pada 17hb November 2010 iaitu, 11 dzulhijjah 1431 (masa antarabangsa).

Walaubagaimanapun, sebagai warganegara Malaysia yang patuh, memandangkan bahawa pemerintah telah menetukan bahawa Aidil Adha tetap 10 dzulhijjah 1431 yg mana bersamaan dengan 17hb November 2010.

Tapi, ada masjid yang dah takbir dari subuh hari selasa lagi. Inilah masaalah dunia hari ini, antara orang pandai dan orang yang memandai-mandai.

Allah hu Akabar Allah hu Akbar Allah Hu Akbar
Lailla ha illalah hu Allah hu Akbar
Allah hu Akbar wa lillahilham

Monday, November 15, 2010

Puasa Arafah

Esok 9hb Dzulhijjah, disunatkan untuk berpuasa bagi yang tidak menunaikan haji di Makkah. Ini sebagai peringatan untuk diri memandangkan dilupakan supaya tidak bercukur bermula dari 1hb - 10hb Dzulhijjah.

Memang benarlah, kita ni mudah lupa, dan sungguh bahawa, maksud hadis Nabi SAW "agama itu nasihat".

Selamat berpuasa dan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Berjaya ke untuk Qurban tahun ini? Kalau tak, bersedialah untuk Qurban tahun hadapan, insyallah 1 ekor lembu bukan satu masaalah.

Monday, November 1, 2010

Musim Haji ...

Rukun Islam yang kelima, menunaikan Haji ke baitullah - Makkah Al Muqarammah.

Sejak berberapa minggu ini, ramai yang telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji, ada yang berjalan kaki, ada yang mengunakan kenderaan yang pelbagai, ada yang dekat dan ramai yang perlu mengharungi beribu batu untuk sampai. Semua mengharapkan keredhaan Allah SWT, kerana merasakan bahawa mereka menyempurnakan tanggung jawab mereka. Insyaallah, akan ada lagi yang akan berangkat sehinggalah tarikh akhir penerimaan bakal haji oleh penguasa Makkah.

Kalau dari Malaysia, kosnya dalam RM10,000.00 (+-) untuk orang kebanyakkan. Bagi yang berkemampuan, ada pakej dari RM16,000 ke RM100,000. Ini kira, makanannya, tempat penginapannya dan sebagainya. Untuk keselesaan, kalau mampu apa salahnya.

Semuanya mengharapkan Haji Mabrur. Maka persoalannya ... adakah mereka telah bersedia dalam memastikan ibadah mereka itu, ibadah yang mengikut tuntunan Rasulullah SAW. Ini yang diharapkan umat supaya sedar, kerana akhirnya, semua usaha kita akan menjadi satu pembaziran yang tidak kita sedari yang mana akhirnya harapan syurga menjadi adzab yang tidak disangka-sangka.

Oleh yang demikian, kita perlu memastikan, jangan ambil mudah dan terlalu terikut dengan situasi semasa dalam memasti setiap amalan kita berpandukan kepada Al Quran dan Al Hadith secara mutlak dengan sah cara nya. Kita berdoa ...

DOA MINTA AGAR DAPAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Allahhumma ballighnaa Makkata wal Madinata wal Arofata
warzuqnal Hajjal Mabruuro wardho 'annaa waghfillanaa warhammna
Anta Maulanaa Fanshurnaa 'Alalqoumil kaafirin

yang bermaksud :

Ya Allah sampaikanlah kami ke Kota Makkah, Madinah dan Padang Arofah,
dan berikanlah kepada kami rizqi berupa Haji yang Mabrur,
smoga engkau redha kepada kami dan mengampuni dosa-dosa kami
dan berikanlah kepada kami rahmat,Engkaulah kekasih kami,
maka tolonglah kami mengalahkan orang-orang kafir.


Tahun ini dah tak berpeluang, insyaallah, tahun hadapan dan paling lewat tahun selepas itu (1433), dapat kita menjadi tetamu Allah SWT, di tanah suci. Amin.

Wednesday, November 18, 2009

1 Zulhijjah 1430

Hari ini kita melangkau ke bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalender Hijrah. Ini bermakna, dalam tempoh 30 hari, kita akan meninggalkan 1430 apabila 1 Muharram 1431 menjelma.

Pada waktu ini, ramai yang berniat menunaikan fardhu haji telah berada di Madinah dan juga Makkah. Mungkin ada segelintir yang sedang dalam perjalanan, dan selebihnya menunggu masa untuk bertolak. Rasanya ramai juga yang terkilan, kerana niat mereka tidak kesampaian tahun ini. Apa juga, pasti ada hikmah disebalik situasi tersebut, asalkan kita "husnuzun billah" (bersangka baik kerana Allah).

Pada yang tidak kesampaian, di Malaysia telah ditetapkan bahawa, Hari Jumaat, 27hb November 2009, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1430 adalah Hari Raya Aidil Adha. Untuk mendapat keberkatan, Sunnah Nabi SAW, kepada yang mampu adalah untuk :-

1. tidak bercukur bermula dari hari ini sehingga 10 zulhijjah.
2. berpuasa Arafah (hari wukuf 9 zulhijjah/26hb November 2009.
3. berkorban semampunya binatang ternak (lembu,kambing dsb).

Diharamkan berpuasa pada Hari Raya dan hari Tasyrik (11,12 & 13 Zulhijjah).

Berdoalah kita agar mendapat peluang untuk menunaikan tuntutan Rukun Islam yang kelima ini pada masa depan secepatnya. AMIN.