Monday, January 24, 2011

Aurad dan Sentuhan

Memahami isu ini amat penting, menerangkan isu ini juga penting.

Ramai yang mempunyai pandangan bahawa mereka adalah orang baik, maka perbuatan atau cara mereka tidak akan merencatkan sesuatu perkara kerana yang penting niat. Berniat baik walaupun tidak menutup aurad lebih baik dari mereka yang bertutup litup tapi berbuat tidak senonoh atau berperangai tidak senonoh. Ada ungkapan, pakai tudung ... tapi, perangai nya mengalahkan yang tidak.

Memahami hukum adalah dituntut, dan ramai hari ini mempersoalkan hukum kerana kejahilan mereka. Maka kita kena terima hakikat antara orang yang faham dan orang yang jahil. Orang yang faham akan berusaha mengamalkan hukum kerana mereka takut akan adzab Allah di akhirat kelak, manakala orang jahil akan mengunakan logik akal yang mana tahap kemampuan akal itu walaupun sangat 'advance' sampaikan ada yang membuat persamaan dengan 600 'super computer' sebesar padang bola, masih belum dekat walaupun dengan sekelumit dari kekuasaan Allah aza wajalla.

Makanya, sekiranya ilmu serta kefahaman kita masih kurang, pastikan kita terus mengaji, memastikan bahawa kita akan dapat ilmu yang haq yang mana dengannya kita berpeluang menikmati Syurga yang dijanjikan.

Persoalan yang selalu timbul akibat isu sebegini, ialah :-

1. Batal Air Sembahyang (wudhu) atau haram menyentuh yang bukan mahram?

Maka ramailah yang memahami bahawa kalau batal air sembahyang, maka kan boleh ambil kembali, tetapi sekiranya kita memahami ilmu, hanya ada 3 perkara yang membatalkan wudhu. Walaubagaimanapun, hukum menyentuh yang bukan mahram itu yang kita khuatiri.

2. Aurad itu apa dan bagaimana?

Ini perlu pemahaman yang panjang lebar, dan menulis disini tidak akan merubah persepsi kerana perkara ini memerlukan keikhlasan yang empunya diri dan kekuatan dalaman kerana banyak perkara perlu diambil kira.

Istilah yang perlu dipersoalkan adalah seperti bersih atau suci? Kalau dah bersih melepak itu belum tentu suci, bagaimana kita boleh menghadapi banyak perkara lain kerana yang nampak nyata itu mungkin sebaliknya.

Makanya ... tanpa ilmu jangan mudah 'tangkap muat' aja.

Tuesday, January 11, 2011

Imam Komersial nak mula lagi ...

Tahun lepas dah pilih dah, glamour habis, sekarang nak mula lagi, Menteri Jamil Khir sokong habis, bukan main panjang lagi senyum dia waktu pelancaran.

IMAM MUDA
Musim Kedua
Memecah Tradisi, Satu Perjalanan dalam sebuah kehidupan

Siap ada peserta dari luar lagi !!!

Memandangkan liputan meluas media asing dan sambutan menggalakkan terhadap Imam Muda musim pertama, telah mendorong Astro mengamalkan dasar buka pintu bagi penyertaan kepada peserta luar negara. Tapi salah satu syaratnya ialah boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Menolak dikatakan tak sokong Bahasa Malaysia, orang yang tak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu tak boleh jadi imam ke?

Jadi tunggu apalagi !!!

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang imam, bolehlah hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan di berberapa lokasi yang telah ditentukan, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Tapi memandangkan BLOG ini tak setuju, apalagi menyokong aktiviti ini maka yang berminat tu pergilah cari kat mana nak uji bakat. Sekarang standard imam samalah dengan standard pemenang AF, Mentor dsb.

Itulah dia kemajuan agaknya.

Friday, January 7, 2011

SESAT, SESAT, SESAT ...

Ya nak jadi SESAT ke?

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69.
70.
71.
72.

Semuanya masuk NERAKA, walaupun mengakui mereka tu Islam, ada lafadz sahadah lagi, tetapi TETAP, itu janji Allah aza wajalla.

Yang tinggal hanyalah yang 1 dari 73, Siapa mereka ini, bagaimana nak memastikan yang kita tergolong dalam kumpulan yang SATU ni? Apa yang perlu kita lakukan, apa yang perlu ditinggalkan? Siapa yang perlu kita ikuti? Semua diseluruh dunia yang mengakui mereka itu Islam mengakui bahawa merekalah golongan yang SATU ni, tapi, kalaulah semuanya dah mengakui mereka yang SATU tu, jadi yang mana pula yang 72 tadi?

Siapa yang tak tahu tentang Rukun Islam yang 5 dan Rukun Iman yang 6? Apa yang sebenarnya terjadi apabila mereka berkata mereka mengamalkan apa yang terdapat dalam kitab suci Al Quran dan Hadith-hadith Nabi, sedangkan perbuatan serta cara mereka adalah sebaliknya.

Yang jelas kita tahu ada perbezaan, kita cuba perkukuhkan dengan logik akal, yang diamalkan adalah taklik (ikutan). Kita berbangga bahawa kita dalam kumpulan ini, sedangkan tidak pernah pula Nabi SAW mengajar kita sedemikian, begitu juga Khalifah Arrasyidin.

Secara tidak sedar sipengaku Islam ini tadi, telah masuk dalam perangkap Iblis laknatullah, dengan mempercayai bahawa apa yang mereka amalkan itu adalah tuntutan yang hak sedangkan mereka ditipu, tetapi mereka tidak sedar.

Selagi kita hidup, pintu taubat masih terbuka, kalau dah MATI, jawablah masa di Alam Kubur masa tu takda dah "U Turn", minta tangguh ... sorry, maaf dah tak ada guna lagi.

Sekiranya seseorang itu menghayati Syahadahnya, kemudian rukun yang kedua, yang dikatakan solat 5 waktu ada 17 kali bacaan Al Fatiha, faham ke dia akan maksud disebalik ayat yang mereka baca itu, dan ikhlas ke ucapan itu :

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam
Yang maha pemurah lagi maha megasihani
Raja sekelian agama
Hanya engkau yang aku sembah dan hanya kepada engkau aku minta pertolongan
Tunjukkan aku jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat,
bukan jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

AMIN


Faham ke tidak, kalau tidak ngaji lagi tapi pastikan ilmu dan gurunya cukup syaratnya kalau tidak rugi yang teramatlah.

Jangan ambil mudah, jangan riak kerana kubur masing masing, Ini peringatan untuk diriku serta keluargaku, kalau tidak berani ambil risiko ... itu hak sendiri.