Tuesday, January 11, 2011

Imam Komersial nak mula lagi ...

Tahun lepas dah pilih dah, glamour habis, sekarang nak mula lagi, Menteri Jamil Khir sokong habis, bukan main panjang lagi senyum dia waktu pelancaran.

IMAM MUDA
Musim Kedua
Memecah Tradisi, Satu Perjalanan dalam sebuah kehidupan

Siap ada peserta dari luar lagi !!!

Memandangkan liputan meluas media asing dan sambutan menggalakkan terhadap Imam Muda musim pertama, telah mendorong Astro mengamalkan dasar buka pintu bagi penyertaan kepada peserta luar negara. Tapi salah satu syaratnya ialah boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Menolak dikatakan tak sokong Bahasa Malaysia, orang yang tak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu tak boleh jadi imam ke?

Jadi tunggu apalagi !!!

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang imam, bolehlah hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan di berberapa lokasi yang telah ditentukan, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Tapi memandangkan BLOG ini tak setuju, apalagi menyokong aktiviti ini maka yang berminat tu pergilah cari kat mana nak uji bakat. Sekarang standard imam samalah dengan standard pemenang AF, Mentor dsb.

Itulah dia kemajuan agaknya.

1 comment:

Orbee said...

Askm.
Itulah harga yg sanggup dibayar atas nama kemajuan. Apa yg nak dihairankan, selagi hidayah Allah SWT tak di cari atau dimohon, maka itu mereka semua tinggal terus dalam kejahilan dan nerakalah tempat kekal mereka. Wallahu'alam.