Dalam suasana memahami ilmu pada masa kini kita merasakan bahawa adalah perlu untuk kita membuat kajian meyeluruh terhadap semua aspek kehidupan alam ini. Proses ini pastilah sangat rumit, akan memakan masa dan paling utama kewangan yang banyak.
Tetapi ... suka dengan tidak, kita sebenarnya tidak ada pilihan lain, kalau kita biarkan seadanya, kita mungkin akan tergolong dalam golongan orang yang hanya mempercayai apa yang telah umum, benar mahu pun tidak. Sekiranya ini berlaku, berkemungkinan besar, kita dan generasi akan datang akan terus dibelenggu dengan info yang kurang tepat, jauh dari fakta, mungkin juga mitos dan yang paling utama, setiap atau sebahagian yang dari apa yang tersurat ada perkara yang tersirat.
Apa pula jadinya sekiranya ia adalah DUSTA ???
Oleh yang demikian kita akan mula mengkaji informasi sedia ada, dan secara jelas berusaha memastikan kebenaran fakta. Maka insyaallah akan di usahakan ... PENGKAJI - Persatuan Pengkajian Ilmu HAQ. Yang pentingnya ialah ia perlu bersandarkan kepada Al Quran dan Al Hadith, sebagai sumber rujuk utama. Kita perlu bertegas kepada metodologi ini walaupun akan ada suara sumbang yang mengatakan kita ini taksub ataupun telah diindoktrinasikan"indoctrination" secara segaja.
Kita perlu jelas, kita perlu adil dan yang paling utama kita perlu ikhlas untuk diri sendiri dan generasi kita akan datang. Akhirnya, bila sampai ajal, Malaikat Maut, menjengok kita kita telah bersedia pula untuk berhadapan dengan Malaikat-malaikat di Alam kubur, iaitu Mungkar dan Nangkir.
Ini langkah pertama, bak kata perpatah lama ... "Perjalanan 1000 batu, bermula denga langkah pertama".