Saturday, September 17, 2011

Sejarah Dunia ... antara yang HAQ dan penipuan!!!

Bila kita fikir-fikirkan, buka minda cuba memahami apa yang diberitahu dengan apa yang sebenarnya berlaku, kita akan mula bertanya ... adakah apa yang sedang kita fahami sebenarnya sejarah yang benar atau sebaliknya. Bila kita kaji secara umum, kita akan dapat berberapa versi, dan sekiranya kita menerima bulat-bulat, kita mungkin akan terpesong.

Persoalannya ialah ... bagaimanakah kita memastikan bahawa apa yang diberitakan kepada kita adalah yang sebenarnya terjadi atau olahan serta rekaan pencerita ???

Dalam proses kita mengenalpasti apa juga sejarah, rasanya yang paling utama ialah memahami tentang permulaannya manusia. Ini kerana ada teori selain dari apa yang dengan jelas diperkatakan oleh Allah SWT dalam Al Quran tentang Nabi Adam AS sebagai manusia pertama. 

Sebaliknya kalau kita gunakan penerangan dari wikipedia, tanpa kefahaman yang jelas, kita mungkin terikut dan mempercayai bahawa itulah cerita sebenar. Itu wikipedia, bagaimana pula tulisan dari buku-buku atau apa juga catatan yang diajar kepada kita sejak zaman sekolah lagi. 

Cuba kita tengok clip video ini dan fikir-fikirkan dari perspektif yang lebih terbuka, serta bahagian keduanya yang juga menarik.

Bagaiman perlu kita rungkai keadaan ini agar kita tidak tertipu, tapi lebih penting lagi kita dapat info yang HAQ dan dapat pula menyampaikan perkara sebenarnya kepada generasi akan datang.

No comments: