Thursday, August 18, 2011

Juz 17

Semakin akhirnya Ramadhan, mendekati 10 malam terakhir, insyallah tinggal 2 malam lagi, yang mana bersamaan dengan 20 Ramadhan semakin berat dan berat hamba ini terhadap usaha khataman Al Quran ini. Juz seterus nya adalah ...

  • Al Anbiyaa 1 - 112
  • Al Hajj 1 - 78

***

Surah Al Anbiyaa bermaksud Nabi- Nabi. Ada 112 ayat dari surah yang ke 21 yang di wahyukan di Makkah. Dalam ayat 106 "Inna fii haadzaa la balaaghal li qaumin 'aabidiin" dan "Wa maa arsalnaaka illa rahmatal lil 'aalamin"

Surah Al Hajj bermaksud Haji, surah ke 22 dengan 78 ayat dan diwahyukan di Makkah. Ada 2 ayat yang diwajib kan kita sujud sajadah, iaitu ayat 18 dan 77. Ayat 47 menjelaskan bahawa perumpamaan masa dunia dan akhirat "Wa yaata'jiluunaka ... wa inna yauman 'inda rabbika ka alfi sanatim mimmaa ta'udduun."

Juz 16

Meneruskan khataman Al Quran dalam lahan ...

  • Al Kahfi 75 - 110
  • Maryam 1 - 98
  • Thaahaa 1 - 135

***

Surah Al Kahfi (sambungan)

Surah Maryam adalah surah ke 19, di wahyukan di Makkah dengan jumlah 98 ayat. Sujud sajadah pada ayat 57.

Surah Thaahaa yang di wahyukan di Makkah adalah surah ke 20 dengan jumlah 135 ayat.

Tuesday, August 16, 2011

Hari ke 16 Ramadhan ...

Alhamdulillah, kita telah dapat menjalankan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang barokah ini dengan sekuat mampu kita. Walaupun syaitan telah dirantai, kita masih menghadapi rasa leka dan lahan, malah masih mudah marah dan nafsu terhadap banyak perkara. Ini membuktikan bahawa kita perlu memperkuatkan daya tahan diri dan sentiasa bersabar, bukan hanya dari makan dan minum.

Usaha mengkhatamkan Al Quran masih diteruskan walaupun tergendala satu juz, Juz berkutnya adalah Juz 15 dengan ayat-ayat dari surah ...

  • Al Israa' 1 - 111
  • Al Kahfi 1 - 74

***

Surah Al Israa' adalah surah ke 17, bermaksud Perjalanan malam di turunkan di Makkah sebanyak 111 ayat. Ayat 36 merangkumi kepentingan memahami ilmu sebelum mengamalkan : "Wa laa taqfu maa laisa laka bihii ilmun innas sam'a wal bashara wal fu-aada kul-lu ulaa-ika kaana 'anhu mas-uulaa". Artinya : ' Dan jangan mengerjakan apa-apa tidak ada bagi engkau (Muhammad) dengan ilmu sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati tiap-tiap (semua itu) demikian itu dari (Muhammad) akan di tanya'. Ayat 109 adalah ayat sujud sajadah.

Surah Al Kahfi, bermaksud Gua, adalah surah ke 18, mengandunggi 110 ayat dan diwahyukan di Makkah.

Sunday, August 14, 2011

Juz 14

Alhamdullillah ...

  • Al Hijir 1 -99
  • An Nahl 1 - 128

***

Surah Al Hijir, surah ke 15, bermaksud Batu Gunung, ada 99 ayat dan diturunkan di Makkah. Ayat ke 9 : "Innaa nahnu nazzalnadz dzikra wa innaa lahuu la hafizhuun", adalah janji Allah menjaga Al Quran 'Sesungguhnya aku (Allah) aku (Allah) menurunkan aku (Nabi) peringatan (Al Quran) dan sesungguhnya aku (Allah) pada (Al Quran) nescaya menjaga'. Ayat 41 "Qaala haadzaa shiraatun 'alayya mustaqim", setelah iblis di hukum sesat kerana tidak mahu sujud kepada Adam AS dan di beri tempuh 'untuk menyesatkan manusia di bumi'.

Surah An Nahl bermaksud lebah adalah surah ke 16, di turunkan di Makkah dan terdapat 128 ayat. Ayat 50 adalah ayat sujud sajadah.

Juz 13

Alhamdulillah, surah-surah dari juz seterusnya ...

  • Yusuf 53 - 111
  • Ar Ra'du 1 - 43
  • Ibrahim 1 -52

***

Surah Yusuf (sambungan)

Surah Ar Ra'du yang bermaksud petir, diwahyukan di Makkah dan ada 43 ayat, surah ke 13. Ayat 15 adalah ayat sujud.

Surah Ibrahim, surah ke 14 dengan 52 ayat di wahyukan di Makkah. Diantara ayat-ayat dalam surah tersebut, ayat 7, " Wa idz ta-adzdzana rabbukum la in syakartum la aziidannakum wa la in kafartum inna 'adzaabii la syadid" menerangkan tentang nikmat dan azab, manakala ayat 21 mengingatkan tentang bahaya mengikuti taqlik, yang mana ruginya amat besar.

Semoga Allah (aza wajalla) menerima doa kita amalan kita.

Friday, August 12, 2011

Juz 12

Melangkau masa, kita telah sampai ke hari yang ke 12 dalam bulan Ramadhan yang barokah ini, alhamdulillah kita sampai ke ...

  • Hud 6 - 123
  • Yusuf 1 - 52

***

Surah Hud (sambungan)

Surah Yusuf, surah ke 12 dengan keseluruhan 111 ayat dan di wahyukan di Makkah.

Dalam usaha ini, kita akan insyaallah menjumpai 10 malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan 1432 ini insyaallah yang mana akan ada satu malam yang di beri pengertian malam 1000 bulan (Lailatul Qadar).

Thursday, August 11, 2011

Juz 11

Mencari redhanya Allah dalam masa yang sesingkat ini, usaha diteruskan ...

  • At Taubah 94 -129
  • Yunus 1 - 209
  • Hud 1 - 5

***

Surah At Taubah (sambungan)

Surah Yunus dan Surah Hud adalah surah ke 10 & ke 11 dan diwahyukan di Makkah.