Friday, July 30, 2010

Sya'aban akan tinggalkan kita ... tapi

Ramadhan yang insyaallah kita temui tidak beberapa hari lagi sangatlah menguntungkan bagi mereka yang memahami. Ini adalah kerana ganjarannya sangatlah besar dan hanya Allah aza wajalla yang akan menentukan pahalanya.

Banyak ayat Al Quran dan Hadith-hadith sahih yang mengaitkan berkenaan dengan keberkatan Ramadhan sehingga ramai menyebutnya sebagai Ramadhan Al Mubarak. Walaubagaibanapun, masih ramai orang yang berusaha untuk beribadah sehinggakan mereka melakukan perkara-perkara bida'ah yang hanya memenatkan serta merugikan mereka akhirnya. Secara logiknya, setiap perbuatan baik sepatutnya tidak salah, malangnya apabila ia dilakukan hanya dengan akal, dan bukannya ilmu, ia membawa kepada kecelaruan. Pastikanlah kesahihan setiap amalan agar ia menguntungkan kita.

Ada satu hadis yang selalunya digunakan oleh ramai orang yang mana mereka berpuasa sampai keseluruhan bulan Rejab, Sya'aban dan seterusnya Ramadhan, kerana mengikut mereka adanya hadis berikut : Rejab bulan Allah, Sya'aban bulanku, dan Ramadhan bulan umatku". Kesahihan hadith ini diragui.

Saya kenal seorang hamba allah ini, dia berusaha untuk berpuasa pada bulab-bulan tersebut bila sampai aje bulan Rejab. Beliau akan makan dengan banyak pada malamnya, tidur siangnya dan badannya bertambah besar dan berat. Ini kerana, sistemnya dah tidak membezakan antara malam dan siang.

Ada satu artikel dari Dr Maza yang menarik tentang isu ini., baca disini.

Friday, July 16, 2010

Fatwa dan ESQ ...

Mufti Wilayah Persekutuan dah haramkan Program ESQ, tapi kata Majlis Fatwa, kita hormat Mufti Wilayah, tapi ESQ boleh jalan terus dengan Panel Syariah ESQ memastikan yang modul tidak bertentangan.

Apa cerita ni?

ESQ tu hanya program dan ia adalah satu 'business' bagi penganjur ... kalau apa yang Mufti tu kata betul, betulkan lah, kalau salah akuilah kesilapannya. Ini nak cover dua-dua pihak, rakyat makin pening jadinya.

Sebenarnya, dah jadi lumrah ... agama yang dikomersilkan.

Wednesday, July 14, 2010

27/28 hari lagi ...

Ramadhan Al Mubarak akan menjelma tidak berapa lama lagi. Ada berberapa persoalan yang bermain di kepala ....

Sudahkah kita bersedia menghadapinya???

Adakah kita sedar ia akan menjelma tidak berapa lama lagi ???

Pasti kah kita yang hutang lama telah berbayar ???

Apa juga jawapan kita, yang pastinya adakah kita sedar ganjaran yang akan dapat kita kecapi sekiranya kita miliki ILMU yang HAQ tentang apa yang Allah (aza wajalla) sediakan untuk kita pada setiap ramadhan....

Jangan asyik fikir-fikir atau renung-renung aje, kali ini pastikan kerana kita tidak pasti yang kita akan layak menemuinya, baik untuk yang kali ini (1431) atau yang selainnya nanti.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.

Friday, July 9, 2010

Ramadhan yang akan tiba...

Sebulan lebih sikit, tolak campur, kita insyaallah akan bertemu dengan Ramadhan. pada yang ada berhutang puasa kiranya, eloklah cepat-cepat melunaskan hutang puasa yang tertunggak. Jangan nanti rugi kita, kerana mengambil mudah.

Bayangkan ... berapa ramai yang sebenranya menantikan kehadiran Ramadhan? Rasanya lebih ramai yang telah pun mula memikirkan Aidil Fitri dan baju baru. Yang fikirkan bisness, dah sibuk fikir apa nak jual, lebih lebih lagi usaha mendapatkan lesen untuk berniaga semasa bulan puasa sedang rancak. setiap PBT dah mula menyediakan kalau tidak dah keluarkan pun lesen-lesen tersebut.

Maka bermulalah pesta baru dalam edisi hidup orang malaysia ... bulan puasa nak makan apa???

--------------

Alamak ... ESQ dah diharamkan pula oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Punya lah ramai Mufti dan pegawai yang dah ikut serta, ada yang jadi panel syariah lah dan sebagainya, ini lah "UNIQUE" nya Islam kat Malaysia. Maka akan bermulalah episod debat ke dialoque ke dan sebagainya...

Program sebegini memang sedang hangat, kalau dibarat banyak mengunakan istillah dari 'Bible', orang Islam pula mulalah mengunakan istilah dari "Al Quran" dan "Al Hadith". Janji boleh buat duit dan nampak lebih "GAH" dari program orang lain ... kira ok la.

Semuanya boleh di komersilkan ... macamlah nak jadi IMAM yang sekarang tengah hebat diperkatakan.

-------

Akal yang sempit ni, kiranya cukup hebat, sampaikan ikut satu kajian* kalau nak samakan dengan SUPER KOMPUTER sebesar padang bola pun tak boleh 'challenge' punye ... Itu sebabnya, manusia yang tak ada sayap boleh terbang hingga sampai ke angkasa lepas, tak ada insang boleh bernang dan mengharungi lautan yang luas terbentang. Tak ada senjata boleh buat 'BOM ATOM dan NUKLEAR untuk membunuh sesama sendiri dan sebagainya.

Tapi ... yang pastinya, apa juga ilmu yang ingat bagus sangat tu, tak dapat dekat langsung kepada tahap kekuasaan ALLAH SWT.

Fikir fikirkan lah ... bertaubatlah sebelum telambat ... ramadhan dah sangat dekat ... itu pun kalau ada umur.