Tuesday, December 27, 2011

Masa yang berlalu ...

Dalam dunia yang mencabar ini, masa adalah musuh manusia tanpa disedari. Contoh paling mudah ialah dalam masa berberapa hari lagi, INSYAALLAH kita akan menghadapi 2012, maknanya bagi mereka yang mengira gira, hanya tinggal 4 hari aja lagi.

Tapi ... sedar tak kita bahawa kita telah meninggalkan sebulan Muharram 1433, kerana hari ini dah pun 2 Safar 1433.

Fikir fikirkan lah.

Sunday, November 27, 2011

Awal Muharram 1433

Mengikut riwayat, orang yang mula-mula menetapkan hijrah sebagai permulaan tarikh dalam Islam ialah saidina Umar al-Khattab RA ketika beliau memegang jawatan Khalifah iaitu pada tahun 17 hijrah. Beberapa cadangan telah di kemukakan kepada beliau, ada mencadangkan tarikh kelahiran rasulullah SAW, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada mencadangkan tahun kewafatan Baginda.

Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui saidina Umar memandangkan hijrah adalah peristiwa terpenting antara peristiwa lain, seperti mana katanya: "Kita membuat tarikh dengan hijrah Rasulullah SAW kerana hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang batal."

Pendapat itu disokong oleh Saidina Ali RA. Sebenarnya, wujud jalinan antara perkiraan tahun masihi dan hijri (Hijrah) kepada umat Islam. Tahun Masihi dikira menurut peredaran matahari (as-Syamsi) sementara perkiraan tahun hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-Syamsi adalah untuk menentukan musim atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai.

Sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat. Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tersebut. Diantaranya ialah musim haji dan puasa, adakalanya dalam musim panas, tetapi beberapa tahun kemudian dalam musiam sejuk.

Selamat Tahun Baru Hijrah ... 1433

Monday, October 10, 2011

Adam AS

Bagaimana ia bermula?

Persoalan paling utama, tetapi kita tidak tahu melainkan diberitahu kepada kita. Sejarah atau Tamadun alam ini sebenarnya hanya apa yang Allah SWT sebagai pencipta menyampaikan kepada kita melalui wahyu kepada utusannya ber mula dari Adam AS.

Maka kalau kita kaji (usaha atau langkah pertama PENGKAJI) ialah sebelum Adam AS, ada kejadian tetapi bukan manusia. Kalau sekarang kita di ingatkan masa atau tarikh sekarang dikenali sebagai SM (sebelum masihi) atau BC (before christ), dan TM (tahun masihi) atau AC (after christ), mungkin kita perlu meminda kefahaman kita kepada berberapa jangka masa dan yang paling dahulu sebagai SA (sebelum Adam).

Ini kerana kita mengambil iktibar dari kejadian Adam AS sebagai manusia pertama.

Thursday, September 29, 2011

PENGKAJI ...

Dalam suasana memahami ilmu pada masa kini kita merasakan bahawa adalah perlu untuk kita membuat kajian meyeluruh terhadap semua aspek kehidupan alam ini. Proses ini pastilah sangat rumit, akan memakan masa dan paling utama kewangan yang banyak.

Tetapi ... suka dengan tidak, kita sebenarnya tidak ada pilihan lain, kalau kita biarkan seadanya, kita mungkin akan tergolong dalam golongan orang yang hanya mempercayai apa yang telah umum, benar mahu pun tidak. Sekiranya ini berlaku, berkemungkinan besar, kita dan generasi akan datang akan terus dibelenggu dengan info yang kurang tepat, jauh dari fakta, mungkin juga mitos dan yang paling utama, setiap atau sebahagian yang dari apa yang tersurat ada perkara yang tersirat.

Apa pula jadinya sekiranya ia adalah DUSTA ???

Oleh yang demikian kita akan mula mengkaji informasi sedia ada, dan secara jelas berusaha memastikan kebenaran fakta. Maka insyaallah akan di usahakan ... PENGKAJI - Persatuan Pengkajian Ilmu HAQ. Yang pentingnya ialah ia perlu bersandarkan kepada Al Quran dan Al Hadith, sebagai sumber rujuk utama. Kita perlu bertegas kepada metodologi ini walaupun akan ada suara sumbang yang mengatakan kita ini taksub ataupun telah diindoktrinasikan"indoctrination" secara segaja.
Kita perlu jelas, kita perlu adil dan yang paling utama kita perlu ikhlas untuk diri sendiri dan generasi kita akan datang. Akhirnya, bila sampai ajal, Malaikat Maut, menjengok kita kita telah bersedia pula untuk berhadapan dengan Malaikat-malaikat di Alam kubur, iaitu Mungkar dan Nangkir.

Ini langkah pertama, bak kata perpatah lama ... "Perjalanan 1000 batu, bermula denga langkah pertama".









Monday, September 26, 2011

Ilmu yang HAQ ...

Ilmu yang HAQ itu perlulah bersumberkan Al Qur'an dan Al Hadith, dan perlu kepada penyampaian yang sempurna. Persoalannya ialah apakah yang dikatakan sempurna ?

Kita akan berusaha untuk menjawab persoalan ini dalam tulisan yang akan datang, dengan dalil-dalil yang HAQ dari Al Qur'an dan Al Hadith. Buat masa ini, kita hayati ...


Surah Al Isra ayat 36 :

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬ (٣٦)

”Dan janganlah kamu (Muhammad) mengatakan/mengerjakan pada apa-apa yang tidak ada ilmu bagi mu (ilmu manqul). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan ditanya/diurus oleh Allah”.


Rasulullahi Shollalohu Alaihi Wassalam telah bersabda: 

”Barangsiapa yang mengucapkan (menerangkan) kitab Allah yang Maha Mulia dan Maha Agong dengan pendapatnya (secara tidak Manqul), walaupun benar maka sungguh ia telah salah”.


Friday, September 23, 2011

The Conversation ...


An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty. He asks one of his new students to stand and...


Prof: So you believe in God? 
Student: Absolutely, sir. 
Prof: Is God good?
Student: Sure.
Prof: Is God all-powerful?
Student: Yes. 
Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him.
Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm? 
(Student is silent.)
Prof: You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good? 
Student: Yes.
Prof: Is Satan good? 
Student: No.
Prof: Where does Satan come from? 
Student: From...God...
Prof: That's right. Tell me son, is there evil in this world?
Student: Yes. 
Prof: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct?
Student: Yes.
Prof: So who created evil?
(Student does not answer.) 
Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they? 
Student: Yes, sir.
Prof: So, who created them?
(Student has no answer.) 
Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son...Have you ever seen God? 
Student: No, sir.
Prof: Tell us if you have ever heard your God? 
Student: No, sir. 
Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter? 
Student: No, sir. I'm afraid I haven't. 
Prof: Yet you still believe in Him?
Student: Yes.
Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son? 
Student: Nothing. I only have my faith. 
Prof: Yes. Faith. And that is the problem science has. 

Student: Professor, is there such a thing as heat? 
Prof: Yes.
Student: And is there such a thing as cold?
Prof: Yes. 
Student: No sir. There isn't. 
(The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.) 
Student: Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. 
But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that. 
There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat.. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it. 
(There is pin-drop silence in the lecture theatre.) 
Student: What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness? 
Prof: Yes. What is night if there isn't darkness?
Student: You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light....But if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?
Prof: So what is the point you are making, young man?
Student: Sir, my point is your philosophical premise is flawed. 
Prof: Flawed? Can you explain how? 
Student: Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. 
Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?
Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do. 
Student: Have you ever observed evolution with your own eyes, sir? 
(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.) 
Student: Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher? (The class is in uproar.) 
Student: Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain? 
(The class breaks out into laughter.) 
Student: Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir? 
(The room is silent..The professor stares at the student, his face unfathomable.) 
Prof: I guess you'll have to take them on faith, son.
Student: That is it sir... The link between man & God is FAITH. That is all that keeps things moving & alive.


NB:

This is a true story, and the student was none other than... Muhammad Ali Jinnah, Founder of Pakistan.






Saturday, September 17, 2011

Sejarah Dunia ... antara yang HAQ dan penipuan!!!

Bila kita fikir-fikirkan, buka minda cuba memahami apa yang diberitahu dengan apa yang sebenarnya berlaku, kita akan mula bertanya ... adakah apa yang sedang kita fahami sebenarnya sejarah yang benar atau sebaliknya. Bila kita kaji secara umum, kita akan dapat berberapa versi, dan sekiranya kita menerima bulat-bulat, kita mungkin akan terpesong.

Persoalannya ialah ... bagaimanakah kita memastikan bahawa apa yang diberitakan kepada kita adalah yang sebenarnya terjadi atau olahan serta rekaan pencerita ???

Dalam proses kita mengenalpasti apa juga sejarah, rasanya yang paling utama ialah memahami tentang permulaannya manusia. Ini kerana ada teori selain dari apa yang dengan jelas diperkatakan oleh Allah SWT dalam Al Quran tentang Nabi Adam AS sebagai manusia pertama. 

Sebaliknya kalau kita gunakan penerangan dari wikipedia, tanpa kefahaman yang jelas, kita mungkin terikut dan mempercayai bahawa itulah cerita sebenar. Itu wikipedia, bagaimana pula tulisan dari buku-buku atau apa juga catatan yang diajar kepada kita sejak zaman sekolah lagi. 

Cuba kita tengok clip video ini dan fikir-fikirkan dari perspektif yang lebih terbuka, serta bahagian keduanya yang juga menarik.

Bagaiman perlu kita rungkai keadaan ini agar kita tidak tertipu, tapi lebih penting lagi kita dapat info yang HAQ dan dapat pula menyampaikan perkara sebenarnya kepada generasi akan datang.

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432

Maka di tentukan mengikut kiraan rukyah dan hisab, maka 1 Syawal 1432 telah ditetapkan pada hari ini bersamaan dengan 30 Ogos 2011. Maka bertakbir lah kita dengan lafadz ...

Allah Hu Akbar Allah Hu Akbar Allah Hu Akbar
La illa ha illallah Hu Allah Hu Akbar
Allah Hu Akbar walillah ilham

Lafadz takbir ini diulang berterusan, memuji kebesaran Allah dengan berakhirnya Ramadhan yang membawa maksud kemenangan bagi yang mampu bertahan, bukan hanya dari lapar dan dahaga tapi juga dari segala perkara serta amalan yang berdosa.

Adalah sunnah Rasulullah SAW untuk setiap mukmin bersarapan pagi dahulu sebelum menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri. Pastikan Zakat Fitrah telah dibayar sebelum Solat, kerana sesiapa yang tidak menunaikan Zakat Fitrah, maka amalannya tergantung dari diterima Allah. Sekiranya Zakat Fitrah dibayar selepas Solah maka bayarannya hanya dikira sebagai sadaqah.

Apabila berjumpa dengan mukmin lain mengucapkan ...

Taqabbal'allahu minna wa minka/kum
(Semoga Allah menerima amalan saya dan anda)

di jawap

Naam - Taqabbal'allahu minna wa minka/kum
( Ya - Semoga Allah menerima amalan saya dan anda)
Lepas tu nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin serta bermaaf-maafan diantara satu sama lain baik bagi menyelesaikan antara individu amat digalakkan bagi memperkukuh silaturrahim.

Dan didalam bulan syawal, disunnahkan untuk berpuasa 6 hari, kecuali pada 1 syawal (haram) dan bagi mereka yang mampu, mereka seperti berpuasa satu tahun.


***

Solat Sunat Aidil Fitri dan juga Aidil Adha di lakukan sekitar waktu Dhuha, 2 rakaat dan 2 khutbah. Rakaat pertama ada 7 takbir dan rakaat kedua ada 5 takbir. Diantara takbir dibaca ...

Subhanallah wal hamdulillah wa la illa ha illallah hu Allah hu Akbar

Berbeza dengan Solat Jumaat, Khutbah dibaca selepas solat 2 rakaat dan didalam bahasa Al Quran, ia itu Bahasa Arab. Berbahasa selain dari Bahasa Al Quran di dalam solat, dengan sendirinya membatalkan Solat, kerana kita seperti bercakap dan bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW.

Monday, August 29, 2011

29 Ramadhan 1432

Insyaallah malam ini penentuan penutup Ramadhan dan mula Syawal akan berlaku. Sekiranya anak bulan kelihatan maka esok adalah Hari Raya Aidil Fitri atau juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah. Wajib bagi setiap umat Islam mengeluarkan Zakat Fitra mengikut makan rugi masing-masing.

Walaupun bercerita tentang Aidil Fitri, masih ada 2 Juz yang belum selesai. Makanya kita teruskan Juz 29 dengan surah-surah berikut ...

  • 67 - Al Mulk : 1 - 30
  • 68 - Al Qalam : 1 - 52
  • 69 - Al Haaqqah : 1 - 52
  • 70 - Al Ma'aarij : 1- 44
  • 71 - Nuuh : 1 - 28
  • 72 - Al Jinn : 1 - 28
  • 73 - Al Muzzammil : 1 - 20
  • 74 - Al Muddatstsir : 1 - 56
  • 75 - Al Qiyaamah : 1 - 40
  • 76 - Al Insaan : 1 - 31
  • 77 - Al Mursalaat : 1 - 50

****

Surah-surah dalam Juz 30 ...

  • 78 - An Naba' : 1 - 40
  • 79 - An Naazi'aat : 1 - 46
  • 80 - 'Abasa : 1 - 42
  • 81 - At Takwir : 1 - 29
  • 82 - Al Infithaar : 1 - 19
  • 83 - Al Muthaffifiin : 1 - 36
  • 84 - Al Insyiqaaq : 1 - 25
  • 85 - Al Buruuj : 1 - 22
  • 86 - Ath Thaariq : 1 - 17
  • 87 - Al A'laa : 1 - 19
  • 88 - Al Ghaasyiyah : 1 - 26
  • 89 - Al Fajr :1 - 30
  • 90 - Al Balad : 1 - 20
  • 91 - Asy Syams : 1 - 15
  • 92 - Al Lail : 1 - 21
  • 93 - Adh Dhuhaa : 1 - 11
  • 94 - Al Insyiraah : 1 -8
  • 95 - At Tiin : 1 - 8
  • 96 - Al 'Alaq : 1 - 19
  • 97 - Al Qadr : 1 - 5
  • 98 - Al Bayyinah : 1 - 8
  • 99 - Az Zalzalah : 1 - 8
  • 100 - Al 'Aadiyaat : 1 - 11
  • 101 - Al Qaari'ah : 1 - 11
  • 102 - At Takaatsur : 1 - 8
  • 103 - Al 'Ashr : 1 - 3
  • 104 - Al Humazah : 1 - 9
  • 105 - Al Fiil : 1 - 5
  • 106 - Al Quraisy : 1 - 4
  • 107 - Al Maa'uun : 1 - 7
  • 108 - Al Kautsar : 1 - 3
  • 109 - Al Kafiruun : 1 - 6
  • 110 - An Nashr : 1 - 3
  • 111 - Al Lahab : 1 - 5
  • 112 - Al Ikhlaash : 1 - 4
  • 113 - Al Falaq : 1 - 5
  • 114 - An Naas : 1 - 6

Friday, August 26, 2011

Malam 27 Ramadhan ...

Alhamdulilah, insyaallah sekiranya panjang umur, kita akan menemui Malam 27 Ramadhan, diantara satu malam dari 10 malam yang terakhir yang mana Allah SWT menurunkan Lailatul Qadr, itupun kalau belum turun lagi ....

Marilah kita ke Masjid untuk berikhtiqaf kerana ganjaran nya sungguh besar, kalau turun Lailatul Qadr lagi lah besar gandaan 1000 bulan atau lebih kurang 83 tahun. Dalam pada itu kita teruskan khataman Al Quran ke Juz 28 dengan surah-surah ...

  • 58 - Al Mujaadilah : 1 - 22
  • 59 - Al Hasyr : 1 - 24
  • 60 - Mumtahanah : 1 -13
  • 61 - Ash Shaff : 1 - 14
  • 62 - Al Jumu'ah : 1 - 11
  • 63 - Al Munaafiquun : 1 - 11
  • 64 - At Taghaabun : 1 - 18
  • 65 - Ath Thalaaq : 1 - 12
  • 66 - At Tahrim ; 1 -12

***

Surah Mujaadilah bermaksud Yang Membantah, Diwahyukan di Madinah dan terdapat 22 ayat. Ayat 22 yang kita semua perlu faham dan terdiri dari golongan ini, insyaallah ...

"Laa tajidu qaumay yu'minuuna billaahi wal yaumil akhiri
yuwadadduuna man haaddallaaha wa rasuulahuu
wa lau kaanuu aabaa-ahum au abnaa-ahum au ikhwaanahum
au 'asyiiratahum ulaa-ika kataba fii quluubihimul iimaana
wa ayyadahum bi ruuhim minhu wa yudkhiluhum
jannaatin tajrii min tahtihal anhaaru khaalidiina fihaa
radhiyallaahu 'anhum wa radhu 'anhu ulaa-ika hizbullaahi alaa
inna hizballaahi humul muflihuun."

Surah Hasyr bermaksud Pengusiran, diwahyukan di Madinah dengan 24 ayat. Ayat 22, 23 & 24 sangat baik untuk amalan pagi dan petang ...


هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِItalicڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤
(Adapun Allah yang tidak ada tuhan kcuali Allah mengetahui pada samar dan zahir
[Allah] yang mengasihi meyayangi. Adapun Allah yang tidak ada tuhan kecuali [Allah]
zat yang meraja'i, zat yang suci, zat yang selamat, zat yang dipercayai,
zat yang mengintip, zat yang mulia, zat yang agong, zat yang sombong,
maha suci Allah jauh yang menyekutukan kamu sekalian. Adapun Allah zat yang
menjadikan, zat lembaran [cuci tangan], zat yang mencipta rupa bagi [Allah]
berberapa nama yang baik, maha suci bagi [Allah] apa-apa didalam
berberapa langit dan bumi dan dia [Allah] zat yang mulia, zat yang menghukum.)

Surah Mumtahana bermaksud Perempuan Yang Diuji, ada 13 ayat dan diwahyukan di Madinah.

Surah Ash Shaff membawa maksud Berbaris, ada 14 ayat dan di wahyukan di Madinah. Ayat 10 - 13 membawa keterangan tentang "PERNIAGAAN" yang dapat menyelamat dari azab yang pedih ....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١) يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١٢) وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَہَا‌ۖ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (١٣

(wahai orang-orang yang beriman, adakah menunjukkan aku [Allah] pada kamu
sekalian atas dagangan yang dapat menyelamatkan kamu sekalian dari seksa yang pedih.
Imanlah kamu sekalian dengan Allah dan utusan [Allah] dan membelalah kamu
sekalian didalam jalan Allah dengan hati kamu sekalian dan diri kamu sekalian
demikian kamu sekalian baik bagi kamu sekalian jika ada kamu sekalian mengetahui.
Mengampuni [Allah] pada kamu sekalian berberapa dosa kamu sekalian dan memasukkan
[Allah] pada kamu sekalian syurga mengalir dar bawahnya syurga berberapa sungai dan
berberapa tempat yang baik didalam syurga kekal demikian itu keuntungan yang besar)


Surah Jumu'ah yang bermaksud Hari Juma'at. Ada 11 ayat dan diwahyukan di Madinah. Ayat-ayat 9, 10 merujuk tentang pentingnya 'Solat Juma'at dan apabila selesai 'bertebaran' mencari rezki. Ayat 11 menunjukkan orang-orang yang meninggalkan Nabi SAW walaupun sedang khutbah ... maka Katakanlah apa-apa disisi Allah lebih baik daripada mainan dan dagangan dan Allah sebaik-baik yang memberi rezki.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٩) فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٠) وَإِذَا رَأَوۡاْ تِجَـٰرَةً أَوۡ لَهۡوًا ٱنفَضُّوٓاْ إِلَيۡہَا وَتَرَكُوكَ قَآٮِٕمً۬ا‌ۚ قُلۡ مَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهۡوِ وَمِنَ ٱلتِّجَـٰرَةِ‌ۚ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ (١١

Surah Munaafiquun membawa maksud Orang-Orang Munafiq. Ada sebanyak 11 ayat dan diwahyukan di Madinah.

Surah At Taghaabun membawa maksud Dinampakkan Kesalahan. Ada ada 18 ayat dan diwahyukan di Madinah. Ayat 2 adalah qadar Hidayah ...

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ فَمِنكُمۡ ڪَافِرٌ۬ وَمِنكُم مُّؤۡمِنٌ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ (٢) خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّ وَصَوَّرَكُمۡ فَأَحۡسَنَ صُوَرَكُمۡ‌ۖ وَإِلَيۡهِ ٱلۡمَصِيرُ (٣

(Dia [Allah] yang menjadikan [Allah] pada kamu sekalian maka sebahagian kamu sekalian
kafir dan sebahagian kamu sekalian iman dan Allah dengan apa-apa mengerjakan
kamu sekalian melihat)

Ayat 14 dan 15 adalah ayat peringatan tentang isteri-isteri, anak-anak dan harta ...

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ مِنۡ أَزۡوَٲجِكُمۡ وَأَوۡلَـٰدِڪُمۡ عَدُوًّ۬ا لَّڪُمۡ فَٱحۡذَرُوهُمۡ‌ۚ وَإِن تَعۡفُواْ وَتَصۡفَحُواْ وَتَغۡفِرُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ (١٤) إِنَّمَآ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةٌ۬‌ۚ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥۤ أَجۡرٌ عَظِيمٌ۬ (١٥

Surah Ath Thalaq bermaksud Perceraian. Diwahyukan di Madinah dan ada sebanyak 12 ayat.

Surah At Tahrim membawa maksud Mengharamkan, diwahyukan di Madinah dengan 12 ayat. Ayat 6 adalah satu ayat yang mengingatkan kita tentang perintah untuk menjaga ahli keluarga dari api neraka ...

ـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ (٦

(Wahai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan ahlimu dari neraka bahan bakarnya
manusia dan batu pada neraka itu ada malaikat yang kasar lagi kuat/kejam tidak
menentang mereka Allah pada apa-apa yang Allah perintah pada mereka
dan mengerjakan apa-apa yang di perintah)


Dan pada penghujung ayat 8 ada doa ...

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِىَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ‌ۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِہِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٨

Ya Allah sempurnakan bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami sesungguhnya
engkau atas setiap/segala sesuatu maha kuasa.


















Thursday, August 25, 2011

Malam 25, Juz 27 ...

Malam 25 Ramadhan adalah diantara malam ganjil dalam 10 malam terakhir. Usahakan iktikaf semampunya. Surah-surah seterusnya adalah ...

  • 51 - Az Dzaariyaat : 31 - 60
  • 52 - Ath Thuur : 1 - 49
  • 53 - An Najm : 1 - 62
  • 54 - Al Qamar : 1 -55
  • 55 - Ar Rahmaan : 1 - 78
  • 56 - Al Waaqi'ah : 1 - 96
  • 57 - Al Hadiid : 1 - 29

***

Surah Az Dzaariyat (sambungan). Ayat 56 ...

"Wa maa khalaqtul jinna wal insa illaa li ya'buduun"

(dan tidak menjadikan jin dan manusia kecuali untuk ibadah)

Surah Ath Thuur bermaksud Gunung, ada 49 ayat dan di wahyukan di Makkah.

Surah An Najm bermaksud Bintang, diwahyukan di Makkah dengan 62 ayat. Ayat 4 "In huwa illa wahyuy yuuhaa" dan ayat 5 " 'Allamahuu syadiidul quwaa". Menerangkan mengenai Al Quran dan ketika Nabi SAW mikraj. Ayat 62 "Fas juduu lillaahi wa'buduu" (Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah dia)

Surah Al Qamar bermaksud Bulan. Ada 55 ayat dan diwahyukan di Makkah. Ayat-ayat 16, 21 dan 30 menggingatkan ... "Fa kaifa kaana 'adzaabii wa nudzur" dan pada yang ingkar maka ... "Fa dzuuquu 'adzaabii wa nudzur."

Surah Ar Rahman yang membawa maksud Yang Maha Pengasih, diwahyukan di Makkah dan ada senanyak 78 ayat. dalam surah ini ... persoalannya ialah : "Fa bi ayyi aalaa-i rabbikumaa tukadzdzibaan" (Maka manakah nikmat tuhan keduanya mendustakan kamu sekalian)

Surah Al Waaqi'ah bermaksud Kejadian yang besar, diwahyukan di Makkah dan keseluruhannya ada 96 ayat. Memahami Ayat 77, 78, 79 antara maksud "tidak boleh menyentuh pada ayat kecuali orang yang disucikan (malaikat)" dengan faham 'umum mesti ada wudhu apabila ingin menyentuh Al Quran'. Al Quran yang dimaksudkan ialah yang berada di {Luh Mahfuz}.
"Innahuu la qur-aanun kariim.
Fii kitaabim maknuun. Laa yamassuhuu illal muthahhatuun."

Surah Al Hadiid bermaksud Besi. Ada 29 ayat dan diwahyukan di Madinah. Di dalam Ayat 16 dipersoalkan bagi orang iman untuk khusyuk ...

"A lam ya'ni lil ladziina aamanuu an takhsya'a quluubuhum li dzikrillaahi
wa maa nazala minal haqqi wa laa yakuunuu kal ladziina
uutul kitaaba min qablu fa thaala 'alaihimul amadu
fa qasat quluubuhum wa katsiirum minhum fasiquun."

Wednesday, August 24, 2011

Juz 26

Semakin hampir ke penghujung Ramadhan yang penuh barokah ini, rasa malas makin bertambah, sedangkan dalam hati, kita tahu akan faedahnya, kenapa agaknya ya !!! Lailatul Qadr yang Allah (aza wajalla) janjikan itu pasti ... tapi kita masih mencari alasan ...

Usaha khataman ini di teruskan dengan surah-surah berikut ...

  • 46 - Al Ahqaaf : 1 - 35
  • 47 - Muhammad : 1 - 38
  • 48 - Al Fat-h : 1 - 29
  • 49 - Al Hujuraat : 1 - 18
  • 50 - Qaaf : 1 - 45
  • 51 - Adz Dzaariyaat : 1 - 30

***

Surah Al Ahqaaf bermaksud bukit-bukit pasir, diwahyukan di Makkah,dan dari 35, ayat-ayat 10, 15 & 25 yang telah diwahyukan di Madinah. Ayat 12 mengenai Al Quran ...

"Wa min qablihii kitaabumuusa imaamaw wa rahmataw wa haadzaa
kitaabummu-shaddiqul lisaanan 'arabiyyal li yundziral ladziina
zhalamuu wa busyraa lil muhsi-niin"

Surah Muhammad adalah sempena nama Nabi Muhammad SAW, diwahyukan di Madinah dengan 38 ayat. Ayat 7 ...


"Yaa ayyuhal ladziina aamanuu in tanshu-rullaaha yanshurkum
wa yutsabbit aqdaa-makum"

(Wahai orang-orang yang beriman jika menolong kamu sekalian pada Allah
menolong (Allah) pada kamu sekalian dan menetapkan telapak kaki
[langkah-langkah] kamu sekalian)


Surah Al Fat-h membawa maksud kemenangan, ada 29 ayat dan diwahyukan di Madinah. Ayat 10 menekankan akan janji setia pada Nabi SAW dengan maksud kepada Allah ...

"Innal ladziina yubaayi'uunaka innamaa yubai'uunallaaha yadullaahi
fauqa aidiihim fa man nakatsa fa innamaa yankutsu 'alaa nafsihii
wa man aufaa bi maa 'aahada 'alaihullaaha fa sa yu'tihi
ajran 'azhiimaa"

(Sesungguhnya orang-orang yang berbaiat [janji setia] pada engkau [Muhammad]
sesungguhnya berbaiat mereka pada Allah tangan Allah diatas tangan
mereka maka barangsiapa merosak/melanggar berat atas dirinya
dan barangsiapa yang menetapi dengann apa-ma janji atas Allah
maka akan memberi [Allah] pada orang pahala yang besar [syurga])

Surah Hujuraat bermaksud bilik-bilik, diwahyukan di madinah dengan 18 ayat.


Surah Qaaf, di wahyukan di Makkah dan ada 45 ayat.


Tuesday, August 23, 2011

Juz 25

"Ilaihi yuraddu 'ilmus saa'ati wa maa takhruju min tsamataatim min
akmaami-haa wa maa tahmilu min untsaa wa laa tadha'u
illaa bi 'ilmihii wa yau ma yunaa-dihim aina syurakaa-ii
qaaluu aadzan-naaka maa minnaa min syahiid".

ayat pemula dari juz 25, surah ...

  • Fushshilat 47 - 54
  • Asy Syuuraa 1 - 53
  • Az Zukhruf 1 - 89
  • Ad Dukhaan 1 - 59
  • Al Jaatsiyah 1 - 37

***

Surah Fushshilat (sambungan)

Surah Asy Syuuraa bermaksud Musyawarah, surah ke 42 dengan 53 ayat, di wahyukan di Makkah.

Surah Az Zukhuf bermaksud Perhiasan, diwahyukan di Makkah. Ada 89 ayat dan surah ke 43. Ayat 2, 3 dan 4 menerangkan mengenai Al Quran :

"Wal Kitaabil mubin.
Innaa ja'alnaahu qur-aanan 'arabiyal la'allakum ta'qiluun.
Wa innahuu fii ummil kitaabi ladainaa la 'aliyyun hakiim."

dan ayat 72 ...

"Wa tilkal jannatul latii uuritstumuuhaa bi maa kuntum ta'maluun"
(dan demikian syurga yang di wariskan kamu sekalian pada (syurga)
sebab apa-apa ada kamu sekalian mengamalkan kamu sekalian)


Surah Ad Dukhaan bermaksud Asap, adalah surah ke 44 dan diwahyukan di Makkah dengan 59 ayat.

Al Jaatsiyah bermaksud Yang berlutut. Surah ke 45 dengan 37 ayat dan di wahyukan di Makkah.

Juz 24

"Fa man azhlamu mim man kadzaba 'alal-laahi wa kadzdzaba bish shidqi idz
jaa-ahuu a laisa fii jahannama matswal lil kafirin"

adalah ayat 32 dari ...

  • Az Zumar 32 - 75
  • Al Mu'min / Ghafir 1 - 85
  • Fushshilat 1 - 46

***

Surah Az Zumar (sambungan)

Surah Al Mu'min bermaksud orang yang beriman (juga di kenali dengan nama Surah Ghafir) adalah surah ke 40 dengan 85 ayat dan di wahyukan di Makkah. Ayat 40 ...

" Man 'amila sayyi-atan fa laa yujzaa illaa mitslahaa wa man 'amila
shaaliham min dzakarin au untsaa wa huwa mu'minun
fa ulaa-ika yadkhuluunal jannata yurza-quuna
fiihaa hi ghairi hisaab."

'Barangsiapa yang beramal dia pada keburukkan maka tidak akan di balas dia kecuali seumpamanya dan barangsiapa yang beramal dia pada kebaikan dari lelaki atau perempuan dan dia beriman maka mereka itu akan masuk mereka pada syurga di beri rezki mereka di dalam (syurga) dengan tanpa hitungan.'

Surah Fushshilat membawa maksud di jelaskan adalah surat ke 41, diwahyukan di Makkah dengan 54 ayat. Ayat 38 wajib sujud sajadah.

Monday, August 22, 2011

Juz 23

Malam ke 23 Ramadhan, salah satu malam ganjil dari 10 malam terakhir, berkat untuk iktiqaf di masjid, salah satu malam yang memungkinkan Lailatul Qadr. Al Quran sampai ke ...

  • Yaasiin 28 - 83
  • Ash Shaaffaat 1 - 182
  • Shaad 1 - 88
  • Az Zumar 1 - 31

***

Surah Yaasiin (sambungan)

Surah Ash Shaaffaat bermaksud Yang bersaf-saf, surah ke 37 dengan 182 ayat dan diwahyukan di Makkah.

Surah Shaad adalah surah ke 38, dengan 88 ayat dan diwahyukan di Makkah. Ayat 24 diwajibkan sujud sajadah.

Surah Az Zumar bermaksud Rombongan, surah ke 39 dengan 75 ayat dan diwahyukan di Makkah.

Juz 22

Alhamdulillah ...

  • Al Ahzaab 31 - 73
  • Saba' 1 - 54
  • Faathir 1 - 45
  • Yaasiin 1 - 27

***

Surah Al Ahzaab (sambungan)
Ayat 40 "Maa kaana muhammadun abaa ahadim mir rijaalikum walaakir rasuulallaahi wa khaataman nabiyyiina wa kaanallaahu bi kulli syai-in 'aliimaa",
adalah ayat mengenaii nabi SAW sebagai rasul yang akhir. "Yaa ayyuhal ladziina aamanut taqullaaha wa quuluu qaulan sadiidaa. Yushlih lakum a'maalakum wa yaghfir lakum dzunuubakum wa may yuthi'illaa-ha wa rasuulahuu fa qad faazaa fauzan 'azhiimaa", ayat 70 dan 71 mengingatkan kita supaya bertaqwa dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasulnya, maka sungguh dia mendapat kemenangan yang besar.

Surah Saba' bermaksud Kaum Sabak, surah ke 34 dengan 54 ayat dan diwahyukan di Makkah.

Surah Faathir bermaksud Pencipta, surah ke 35 dengan 45 ayat dan diwahyukan di Makkah. Ayat 31 "Wal ladzii auhainaa ilaika minal kitaabi huwal haqqu mushaddiqal li maa baina yadaihi innallaaha bi'ibaadihii la khabii-rum bashiir"

Surah Yaasiin, surah ke 36. Ada 83 ayat dan di wahyukan di Makkah.

Juz 21

Alhamdulillah, seterusnya ...

  • Al 'Ankabuut 46 - 69
  • Ar Ruum 1 - 60
  • Luqmaan 1 - 34
  • As Sajdah 1 - 30
  • Al Ahzaab 1 - 30

***

Surah Al 'Ankabuut (sambungan)

Surah Ar Ruum adalah surah ke 30 bermaksud Bangsa Rom (Romawi), ada 60 ayat dan di wahyukan di Makkah,

Surah Luqman, surah ke 31, ada 34 ayat dan di wahyukan di Makkah.

Surah As Sajdah bermaksud sujud, di wahyukan di Makkah (kecuali ayat 10 hingga 20 di turunkan di Madinah) adalah surah ke 32. Ayat 15 adalah ayat Sujud sajadah.

Surah Al Ahzaab bermaksud Golongan-golongan. Surah ke 33 dengan 73 ayat dan di wahyukan di Madinah.

Sunday, August 21, 2011

Juz 20

Di dalam 10 Malam terakhir ini ada satu malam yang di panggil malam 1000 bulan, insyaallah kita menemuinya. Alhamdulillah Juz seterusnya ...

  • An Naml 56 -93
  • Al Qashash 1 - 88
  • Al 'Ankabuut 1 - 45

***

Surah An Naml (sambungan)

Surah Al Qashash, surah ke 28,bermaksud kisah-kisah, sebanyak 88 ayat dan diwahyukan di Makkah.

Surah Al 'Ankabuut bermaksud labah-labah, surah ke 29. di wahyukan di Makkah sebanyak 69 ayat.

Malam 21 dari 10 malam terakhir ...

Alhamdulillah, dapat iktiqaf di Masjid dalam usaha mencari redha Allah, dan Juz 19 baru sahaja selesai, masih ketinggalan ...

  • Al Furqaan 21 - 77
  • Asy Syu'araa' 1 - 227
  • An Naml 1 - 55

***

Surah Al Furqaan (sambungan). Ayat 60 diwajibkan sujud sajadah. Ayat 74 doa ...

Surah Asy Syu'araa' adalah surah ke 26, membawa maksud Penyair-penyair, diwahyukan di Makkah dan ada 227 ayat.

Surah An Naml, surah ke 27, diwahyukan di Makkah dengan 93 ayat. Sujud sajadah pada Ayat 26

Saturday, August 20, 2011

Juz 18

Alhamdulillah masih bertahan walaupun ketinggalan 2 juz ...

  • Al Mu'minuun 1 - 118
  • An Nuur 1 - 64
  • Al Furqaan 1 - 20

***

Surah Al Mu'minun, surah ke 23, bermaksud Orang-orang Iman, di wahyukan di Makkah sebanyak 118 ayat.

Surah An Nuur, iaitu cahaya sebanyak 64 ayat dan di wahyukan di Madinah, adalah surah ke 24.

Surah Al Furqan membawa maksud Pembeda, surah ke 25, diwahyukan di Makkah dengan 77 ayat.

Thursday, August 18, 2011

Juz 17

Semakin akhirnya Ramadhan, mendekati 10 malam terakhir, insyallah tinggal 2 malam lagi, yang mana bersamaan dengan 20 Ramadhan semakin berat dan berat hamba ini terhadap usaha khataman Al Quran ini. Juz seterus nya adalah ...

  • Al Anbiyaa 1 - 112
  • Al Hajj 1 - 78

***

Surah Al Anbiyaa bermaksud Nabi- Nabi. Ada 112 ayat dari surah yang ke 21 yang di wahyukan di Makkah. Dalam ayat 106 "Inna fii haadzaa la balaaghal li qaumin 'aabidiin" dan "Wa maa arsalnaaka illa rahmatal lil 'aalamin"

Surah Al Hajj bermaksud Haji, surah ke 22 dengan 78 ayat dan diwahyukan di Makkah. Ada 2 ayat yang diwajib kan kita sujud sajadah, iaitu ayat 18 dan 77. Ayat 47 menjelaskan bahawa perumpamaan masa dunia dan akhirat "Wa yaata'jiluunaka ... wa inna yauman 'inda rabbika ka alfi sanatim mimmaa ta'udduun."