Monday, May 9, 2011

10 Kumpulan Ajaran Sesat Masih Aktif ...

Berita Harian 9hb Mei 2011

PUTRAJAYA
Sebanyak 10 kumpulan ajaran sesat yang pernah diharamkan masih bergiat aktif diseluruh negara dan masih merekrut pengikut baru. Kumpulan ajaran sesat terbabit adalah sebahagian daripada 95 kumpulan yang difatwakan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam dan Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada oleh Jawatankuasa Majlis fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri sejak 20 tahun lalu.

Pihak berkuasa agama negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dikatakan sukar mengambil tindakan kerana tiada penyeragaman undang-undang agama antara negeri, selain berselindung dalam kumpulan kecil atau pertubuhan serta syarikat perniagaan.

Ketua Pengarahnya, Othman Musrapha, berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri memantau cubaan menyebarkan pelbagai fahaman baru seperti pluralisme dan fahaman ekstremis dengan memperalatkan pelajar.

10 Kumpulan ajaran sesat
  1. Syiah yang ekstrem
  2. Bekas Kumpulan al-Arqam yang dikaitkan Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd
  3. Islam Jemaah
  4. Ajaran Azhar Wahab (Pengasas al-Mansor Holding Sdn Bhd)
  5. Tarikat Naqsyabandiah Khalidiah
  6. Pemuda Kahfi
  7. Tarikat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim
  8. Qadiani/Ahmadiah
  9. Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya
  10. Ajaran Aurad Islamiah

*****
Kalau ikut dari lapuran ini, yang menariknya adakah di Malaysia tinggal 10 sahaja kumpulan ajaran sesat yang difatwakan sesat dari 95 kumpulan? Maknanya 85 dah dibenteras ke?

Tapi ... yang menjadi persoalannya, nabi bersabda "akhir zaman Islam berpecah kepada 73 golongan, 72 masuk Neraka ... kecuali 1 (wa hiyyal jamaah)". Ini kat Malaysia aje dah ada 95, belum kira lagi di negara-negara lain.

Tidak kah ini bertentangan dengan Hadith Nabi SAW ???

Syiah yang ekstrem tu apa, yang tak ekstrem tu macammana? Orang Iran dan Negara Iran tu kalau tak silap ramai yang berfahaman Syiah, mereka tu dalam kategori mana?

Ada yang kata Wahabbi tu sesat juga, sampaikan melabelkan Imam Makkah yang datang hari tu cuba mengembangkan fahaman tersebut. Jadi orang Saudi, tu macammana pula ??? Belum lagi cerita tentang Negara OIC (Organization of Islamic Conference) yang lain, bukan OIC tak payah nak cerita lah.

Kira kat Malaysia ni lah yang pandai agama, atau ????


2 comments:

a said...

syiah di iran mostly yang extreme --> syiah imamiyah @ithna asyariyah @ syiah rafidhah. hok ni yg dok masuk mesia skrg. awas, menipu adalah akidah mereka!

wahabi tidak pernah difatwakan sesat --> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm

d'enricher said...

a,

tq for the info, apa jua Islam hari ini dah 'over exposed' atas sebab-sebab yang salah, kita perlu ingat, tujuan kita sebagai orang iman, masuk syurga selamat dari neraka.

Berapa ramai yang dah buat 'audit' diri, memastikan yang 'aku ni dah betul ke amalan bersandarkan sunnah Rasulullah SAW.

Jangan dok yakin tanpa sandaran dalil yang haq.