Monday, May 2, 2011

Kata kata Imam yang 4 ...

Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW, berubah dan berfirqah-firqah kerana kejahilan golongan tertentu atas rasa sedar atau tidak, dan mereka yang mengakui dari mazhab yang di kenali umum, mungkin telah mengakui perkara yang tidak pernah diajar oleh Imam-Imam besar Islam terdahulu, diantaranya Syafie, Ahmad Hanbal, Malik dan Ibu Hanifa.

Dibawah ini berberapa ketetapan Imam tersebut :-

Imam asy-Shafie (Mazhab asy-Syafie)

Imam as-Syafie berkata:

‘Setiap masalah itu jika di dalamnya terdapat hadith sahih dari Rasulallah (s.a.w) menurut para pakar hadith, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk (yakni, tarik balik) di dalam hidupku dan setelah aku mati.’

[al-Hilyah 9/107, al-Harawi 4/71]

Imam as-Syafie juga berkata:

'Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadith yang sahih yang diriwayatkan dari Rasulallah (s.a.w) menyanggahi pendapatku, maka hadith itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku (i.e. ikutilah ketetapan hadith itu).’

[al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/34,Beirut, Muassasah al-Risalah]

Juga Imam as-Syafie berkata:

‘Setiap hadith daripada Rasulallah (s.a.w) adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya dariku.

[al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/35]

Katanya lagi:

‘Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya suatu sunnah daripada Rasulallah (s.a.w), maka tidak boleh meninggalkannya (i.e. menolak sunnah itu) kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.’

[ibnu Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/263]

Katanya lagi:

‘Setiap perkara yang telah aku perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama’ hadith daripada Nabi (s.a.w), maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas matiku.’

[ibnu-Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/266]

Katanya lagi:

‘Apabila sahihnya sesuatu hadith maka itulah mazhabku.’

[al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala, 10/35]

Apa kata Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi)


Imam Abu Hanifah:

‘Tidak dihalalkan bagi seseorang berpegang kepada perkataan kami (i.e. Abu Hanifah), selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.’

[Ibnu Abdl Barr, al-Intiqa’u fi- fada’ilits Tsalasatil A’immatil Fuqaha’i. m.s 145]

Apa Kata Imam Malik b Anas (Mazhab Maliki)

Imam Malik berkata:

‘Sesungguhnya aku ini adalah seorang manusia yg kadang kala salah dan kadang kala benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapatku yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka ambillah. Dan setiap (pendapatku) yang tidak sesuai dengan al-Kitab (i.e. al-Quran) dan as-Sunnah, maka tinggalkanlah.’

[Abd Barri di dalam al-Jami’, 2/32]


Apa Kata Imam Ahmad ibn Hanbal (Mazhab Hanbali)

Imam Ahmad ibnu Hanbal berkata:

'Janganlah engkau taklid (i.e. mengikuti) kepadaku dan janganlah engkau mengikuti Malik, Syafie, Auza’i, dan at-Tsauri. Tapi ambillah dari mana mereka mengambil (i.e. sumber pendapat mereka).’

[al-Fulani 113, dan ibnu al-Qayim di dalam al-Ilam, 2/302]

Saudara, itulah rumusan ajaran yg dibawakan oleh empat tokoh imam yg dikatakan pengasas fahaman kemazhaban. Yg lebih utama bukan fahaman mazhab. Yg paling utama adalah kita ilmukan diri kita dengan mengaji dan pelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka kita akan faham Islam dan tuntutannya. As-Sunnah akan menunjukkan kita jalan ke syurga itu. Inilah yg disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:


Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda: ‘Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam (yakni, kitab Allah (a.w), maksudnya al-Quran)) dan hidayah (yakni, petunjuk Rasulallah (s.a.w)). Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, dan perkara-perkara yang tidak baik itu adalah pembaharuan (dalam urusan atau perkara ugama) yang diada-adakan (yakni, yang tiada dalam as-Sunnah), dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan).

[Sebahagian Hadith Ibnu Majah]



No comments: