Pada akhir zaman, seperti sekarang ini banyak kita jumpai pengaruh, ajakan, rayuan dan bimbingan dalam masalah beribadah. Dan dalam hal ini banyak pengaruh yang mengarah kepada hal-hal yang negatif yang mana tidak sesuai dengan pedoman dasarnya Agama Islam bersandarkan al-Quran dan al-Hadith.
Oleh karena itu, kita mengajak dan membimbing masyarakat dalam hal beribadah yang benar dan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith secara teori dan praktik, Adapun teorinya, iaitu meningkatkan ilmu dengan mengaji al-Quran dan al-Hadith yang biasa di lakukan sekurang-kurangnya setiap minggu satu (1) kali, dan selainnya mengikut keperluan tertentu. Apabila sudah mendapat ilmu dari pengajian, barulah di amalkan sesuai ilmu yang sudah ada, dan di kuasai agar dalam melaksanakannya boleh YAQIN dan tahu dasar dalilnya.
Kenapa ini harus di bahas, di perhatikan dan di teliti..?
Di antaranya kerana sabda Nabi SAW:
وَأَنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ، اثْنَتَانِ وَسَبْعِيْنَ فِيْ النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ * رواه سنن أبي داود
“Dan Sesungguhnya ini Agama akan terpecah belah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan, Adapun yang tujuh puluh dua (72) golongan masuk Neraka dan yang satu (1) golongan masuk Syurga, iaitu Jama'ah (Golongan yang perpedoman al-Quran dan al-Hadith).”
[Hadith Riwayat Sunan Abu Daud]
No comments:
Post a Comment